KOTA BAHARU, 5 Julai – UMNO akan melakukan penilaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) di semua peringkat bagi mengetahui pencapaian sebenar parti
itu di seluruh negara akhir tahun ini.
itu di seluruh negara akhir tahun ini.
Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata penilaian itu juga bagi mendapatkan gambaran sebenar hala tuju Umno selain menaik taraf parti berkenaan terutama dalam menghadapi era masa kini.
“Sekarang belum buat penilaian lagi kerana ia dilakukan oleh orang ketiga dan barangkali akan dilakukan akhir tahun ini.
“Penilaian melibatkan perhubungan negeri, bahagian dan cawangan dan terhadap perjalanan serta aktiviti parti dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan taklimat KPI UMNO di Bangunan UMNO Negeri di sini, hari ini.
Turut hadir Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed.
“Tindakan ini patut kita lakukan kerana kita lihat bahawa dunia sekarang berubah dan pemikiran rakyat serta ahli parti pun berubah, jadi kita terpaksa lakukan sedikit perubahan demi kebaikan parti.
“Penilaian bukan diadakan untuk menghukum orang tertentu tetapi ia sebenarnya satu kaedah untuk kita beri pandangan dan membawa kebaikan kepada parti,” kata Tengku Adnan.
Awal tahun ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden UMNO meluluskan KPI bagi memastikan semua kerja dapat dilaksana dengan lebih aktif serta sistematik, dan setiap anggota Majlis Tertinggi (MT) akan diberi tanggungjawab memantau KPI bahagian, manakala ketua bahagian ditugaskanmemantau KPI cawangan.
Selain itu, Tengku Adnan berkata setiap bahagian dan cawangan UMNO diperingkat negeri disarankan mewujudkan biro-biro yang sama seperti di peringkat
MT.-MediaUMNO
MT.-MediaUMNO
Panglima : usaha menilai apa yang dilakukan sangat baik. Sistem penilaian membolehkan seseorang pemimpin dapat diberi sokongan atau ditukar dengan pemimpin yang lain. Jika tidak kita akan menjadi pengikut pemimpin yang tidak berupaya memimpin.
Satu lagi sistem yang perlu dibuat ialah sistem audit duit yang disalurkan. Ia penting kerana perpecahan sering berlaku kerana duit samada diseleweng atau disangka diselewengkan. Justeru ia perlu juga ditangani dengan segera demi keutuhan parti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan