Selepas diasak begitu teruk isu MB Selangor, kenyataan Tun M dilihat peluang untuk mengalih perhatian rakyat agar tidak menumpukan perhatian kepada isu dan krisis yang melanda PKR PAS DAP yang paling kronik pada hemat penulis setakat ini.
Untuk mendapat pandangan lebih jelas elok kita melihat kembali kenyataan yang dibuat agar tidak ada pihak salah anggap terhadap DS Ahmad Zahid seolah menentang teguran Tun Mahathir.
Melagakan antara saudara seagama bukan perkara yang baik dan menaruh buruk sangka adalah jauh tidak baik.
Hanya media pro Pembangkang sahaja yang cuba membuat spekulasi dan persepsi seperti kita menidakkan teguran walhal jelas teguran dialukan untuk kebaikan negara dan rakyat amnya.
Perkara ini ditegaskan dalam video di bawah dan harap jangan mencetuskan polemik antara bekas pemimpin dengan kepimpinan sedia ada kerana kita juga akan rugi akhirnya.
Terima kasih Tun Mahathir atas teguran dan kita perlu perbaiki kesilapan atau menunggu ditumbangkan jika gagal membaiki diri.
Seperti kata YAB PM sendiri - 'berubah atau rebah' !!!
Baca selanjutnya blog di bawah :
http://eddyjugaks.blogspot.com/2014/08/teguran-tun-m-nak-bagi-baik-atau-nak.html?m=0Baca selanjutnya blog di bawah :
Sent from my iPhone
Tiada ulasan:
Catat Ulasan