Pihak Istana bukan tidak menghantar surat peringatan kepada semua parti Pakatan agar mereka menghantar lebih satu nama. Namun DAP PKR tetap bongkak tidak mahu hantar nama seperti diminta.
Selepas dikecam dibidas kerana biadap dan derhaka titah baginda maka dua parti DAP PKR mula berlakon wayang meminta maaf secara terbuka.
Maka drama meminta maaf oleh DAP PKR adalah drama paling haprak sekali selepas mereka secara sengaja enggan menghantar nama walaupun selepas diberi surat peringatan oleh baginda Sultan.
Baca ayat yang dilapor Sinar Harian ini :
Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng bagaimanapun berkata, meskipun parti itu gagal memenuhi permintaan tuanku supaya mengemukakan lebih dua nama bagi jawatan itu, namun pihaknya sentiasa setia dan mempertahankan institusi Raja Berperlembagaan itu.
Adakah ada setia seperti diperkatakan DAP jika sengaja tidak hantar dua nama ??? Putar belit ini bukan sekali ini sahaja berlaku dan banyak kali sudah dimainkan hingga menimbulkan kemarahan orang Melayu terhadap parti rasis DAP ini.
Pada 3 September lalu surat peringatan telah dihantar Istana agar dihantar lebih dua nama seperti disahkan Sinar Harian di sini http://www.sinarharian.com.my/politik/pkr-utus-surat-mohon-maaf-kepada-sultan-1.315338?
Kita minta PKR DAP dihukum kerana begitu biadap dan derhaka kepada Sultan Selangor !!!
Bukan hari ini Istana Selangor meminta dua nama bahkan pada PRU 2008 dan 2013 perkara dan amalan ini telah pun dipraktikkan. Maka kenyataan Anwar dan PKR bahawa mereka mengikut adat sebelum ini adalah satu penipuan !!!
Dalam hal ini PAS patut dipuji kerana akur dengan arahan Istana agar menghantar lebih dua nama seperti dikehendaki Istana. Walaupun ada juga pemimpinnya Khalid Samad turut menghasut menggunakan alasan suara netizen agar Sultan tidak diberi kuasa lantik MB seperti disiar The Malaysian Insider di sini http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/sultan-tidak-patut-diberi-hak-mutlak-lantik-mb-kata-khalid-samad
Tiada ulasan:
Catat Ulasan