Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

19 September 2014

Tahaluf Siyasi pakatan makin rapuh, tunggu masa pecah - @Zahid_Hamidi | Berita Harian @BHarianmy












Tahaluf Siyasi pakatan makin rapuh, tunggu masa pecah - Zahid


TUMPAT : Tahaluf Siyasi (kerjasama politik) yang menjadi teras penyatuan parti dalam Pakatan Rakyat kini semakin rapuh dan hanya menanti masa untuk berpecah.

Sebagai bukti, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan kenyataan Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din meminta supaya kerjasama politik dalam pakatan itu dikaji semula, menunjukkan tokoh agama itu kini tidak lagi berkeyakinan dengan kerjasama itu.

Malah katanya, keretakan itu sendiri boleh dilihat dengan jelas pada hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor pada 13 September lalu, yang menyaksikan tiada langsung kehadiran pemimpin utama PKR dan DAP.

"Tidak ada pemimpin DAP yang datang. (ketua pembangkang, Datuk Seri) Anwar Ibrahim tiada, (Presiden PKR, Datuk Seri Dr) Wan Azizah (Wan Ismail) pun tidak ada. Ini maknanya keretakan itu sudah berlaku dalam pakatan pembangkang, dan hanya menunggu masa untuk berpecah.

"Tahaluf Siyasi itu sudah longgar. Kelonggaran ini mungkin disebabkan oleh tembelang (mereka) sudah terbuka," katanya ketika menyampaikan ceramah umum Barisan Nasional (BN) di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Pengkalan Kubor di sini, malam tadi.

Kelmarin, dalam ucapannya ketika Muktamar Dewan Ulama PAS di Kulai Jaya, Johor, Haron menyeru supaya Dewan Ulama PAS meneliti sama ada kerjasama politik dalam Pakatan Rakyat perlu diteruskan demi mengelakkan fitnah ke atas pemimpin utama parti Islam itu.

Punca keretakan itu antara lainnya disebabkan krisis jawatan Menteri Besar Selangor yang sehingga kini masih belum nampak ia akan berpenghujung dan selesai.

Malah, kemelut itu digambarkan ramai pihak mungkin akan berlarutan selepas ini sejurus Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memperkenan melantik Menteri Besar baharu menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Selasa depan yang berkemungkinan besar bukan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi pilihan Istana.

MENTERI Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan ucapan pada Program Ramah Mesra Bersama Pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA) Pengkalan Kubor di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor (2) di sini, hari ini. - Foto BERNAMA

Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate