Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

22 Oktober 2014

Gambar Penganjur I Want Touch A Dog Pegang Anjing

Penuh gambar anjing di media sosial bila program sentuh anjing dibuat minggu lepas pada 19.10.2014 di Central Park One Utama Petaling Jaya. Yang dijalankan selama dua jam.

Ramai peserta (1800 orang) mengikut laporan blog Berita Semasa http://www.beritasemasa.com.my/gambar-i-want-to-touch-a-dog
yang menghadirinya samada lelaki dan perempuan kecil dan besar termasuk yang berusia dan layak digelar makcik pakcik .

Program ini sekaligus memberi mesej bahawa umat Islam ( atau mereka menyamar?) sudah tidak kisah lagi pegang anjing atau bergambar memegang anjing.

Beberapa analisa saya selepas beberapa perbincangan dengan sahabat seperjuangan isu ini :

1. Kemungkinan Penganjur Syed Azmi dan ustaz jemputan nama Ustaz Iqbal sendiri salah faham isu pegang anjing lalu menganjurkan memegangnya sebelum disamak selepas itu. Namun ustaz Iqbal dilihat memahaminya melalui video yang disebarkan walau lokasinya dirakam tidak disebut di mana. Sehingga kini nama sebenar Syed Azmi yang sebenar belum diperolehi atau ditemui. Tidak mustahil juga keturunan Syed yang liberal kerana kurang kefahaman agama juga punca berlaku perkara ini. Ingatkah bahawa Iman tidak boleh diwarisi.

2. Program dilulus oleh MAIS ini asal tujuan baik untuk didik bab samak tangan jika pegang anjing tetapi bertukar sebaliknya bila ramai memegang anjing bila nampak anjing yang cantik dijaga. Penyebaran surat MAIS tanpa kandungan penuh juga dilihat cubaan memburukkan nama majlis agama tersebut sekaligus nama baik Sultan Selangor.

3. Usaha mengubah tanggapan masyarakat terhadap anjing usaha yang baik namun jika salah cara ia akan membawa budaya memelihara anjing di kalangan umat Islam seperti di negara lain. Hadis jelas menyebutkan umat Islam tidak digalakkan memelihara anjing walau dibenar menyentuhnya untuk tujuan tertentu seperti berburu bukan untuk dijadikan haiwan peliharaan. Perkara ini sudah jelas dipersetujui Majlis Fatwa Kebangsaan.

Daripada Sufyan bin Abu Zuhair, bahawa Nabi SAW bersabda: Barang siapa memelihara anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternak, maka setiap hari pahalanya berkurangan satu qirath. (riwayat Bukhari dan Muslim dan semua ahli hadis yang lain).


4. Lebih mengejutkan mesej disebar memberitahu penganjur program adalah menyamar masuk Islam juga memeranjatkan kita dan perlu diperiksa dengan penuh teliti agar tidak mencetuskan kegelisahan di kalangan masyarakat atau memburukkan mana-mana pihak. Berita palsu sebegini sangat bahaya boleh mencetuskan huru hara di negara kita. Jika benar juga maka siasatan perlu dijalankan dan didedah kepada umum agar kekeliruan tidak lagi muncul dalam pemikiran rakyat beragama Islam di negara kita.

5. Aspek positifnya ia membuka kembali perdebatan bab anjing sehingga ramai bertambah faham isu pegang anjing. Selain itu ia juga mengundang kritikan parti PAS yang dilihat selari dengan majlis fatwa yang tidak membenarkannya dipegang untuk suka-suka. Paling penting kita sudah mengetahui tahap pemahaman agama Islam di tengah Kuala Lumpur yang keliru hukum memegang anjing walau mereka dikelilingi masjid dan surau mengajar ilmu setiap masa.

Boleh jadi penerapan isu politik golongan ustaz di surau masjid menjadi punca golongan muda menjauhinya lalu menjadikan internet sumber rujukan tanpa sedar mereka sudah terpengaruh dengan ajaran tidak tepat berkaitan Islam yang mudah disebar dengan sekali klik hari ini.

Mari kita luaskan lagi mesej dakwah ASWJ kepada semua pengguna alam maya agar mereka akan terselamat dari fahaman sesat militan liberal dan sebagainya.

Gambar : Syed Azmi Alhabshee penganjur program

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate