Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

09 Oktober 2014

ISMA : @NajibRazak patut pecat @Saifuddinabd Jemput Tokoh Liberal

October 9, 2014 Berita UtamaUtama 0
najib3
BANGI, 9 Okt – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak digesa mengambil tindakan tegas dengan memecat Datuk Saifuddin Abdullah daripada terus menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) kerana membawa agenda asing ke negara ini.

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman berkata, Datuk Seri Najib patut memecat Saifuddin kerana GMM adalah projek perdana menteri itu.

Jika beliau tidak berbuat demikian, ia pasti boleh mengelirukan pandangan masyarakat bahawa Datuk Seri Najib yang mendokong agenda liberal.Untuk itu, Datuk Seri Najib diingatkan agar tidak lepas tangan dengan apa yang dilakukan oleh Datuk Saifuddin.

"Sekiranya Datuk Seri Najib menyedari tentang mudarat Islam liberal kepada masyarakat dan tidak mahu ia terus merosakkan pemikiran orang muda, Datuk Seri Najib wajar memecat Saifuddin.

"Saifuddin secara terang-terangan bekerjasama dengan puak ekstremis liberal mendokong pemikiran yang berbahaya kepada masa depan umat dan negara," tegasnya kepada wartawan ISMAweb.

Beliau berkata demikian mengulas penganjuran diskusi meja bulat bertajuk Tentangan Fundamentalisme Agama di Abad Ini anjuran bersama  GMM dan Islamic Renaissance Front (IRF) pada 18 Oktober ini.

Diskusi itu menampilkan tokoh liberal Indonesia, Dr Ulil Abshar Abdalla sebagai pembentang.


http://www.ismaweb.net/2014/10/najib-patut-pecat-saifuddin/

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate