Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

20 November 2014

250 anggota, pegawai polis Johor dikenakan tindakan tatatertib @KdnPutrajaya


20/11/2014 3:03pm

KULAIJAYA - Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff menyatakan seramai 250 pegawai kanan dan anggota polis di Johor dikenakan tindakan tatatertib atas pelbagai kesalahan sejak Januari sehingga Oktober tahun ini.
Menurut beliau, daripada jumlah itu sebanyak 47 pegawai dan anggota masih ditahan kerja dan 24 orang digantung kerja.
“Sebanyak 245 kertas siasatan tatatertib telah dibuka melibatkan sebanyak 290 orang terdiri daripada 24 pegawai kanan, 261 anggota lain-lain pangkat dan lima pegawai awam,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan majlis Kempen Tolak Rasuah Peringkat Kontinjen Johor 2014 di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulaijaya di sini, hari ini.
Sehubungan itu, beliau berkata satu jabatan baharu iaitu Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) telah ditubuhkan pada Julai tahun ini bagi tujuan mempertingkat keberkesanan tindakan penyeliaan, penguatkuasaan, pemulihan dalam menangani salah laku disiplin dalam kalangan pegawai, anggota dan pegawai awam. - Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1120&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_18.htm#ixzz3JbQ7DfKi 
Hakcipta terpelihara 

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate