Pengikut Blog Panglima

20 November 2014

Statistik : Lebih 26,000 pendatang asing ditahan sehingga kelmarin - @Zahid_Hamidi



RABU, 19 NOVEMBER 2014 @ 9:01 PM


KUALA LUMPUR: Seramai 451 majikan dan 26,785 pendatang asing tanpa izin (PATI) telah ditahan sejak Januari hingga kelmarin, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, hari ini.
Beliau berkata, mereka ditahan dalam 4,893 operasi yang dilaksanakan oleh Jabatan Imigresen di seluruh negara.
"Operasi berkenaan akan selalu dilaksanakan secara konsisten dalam usaha membanteras kehadiran PATI," katanya berucap pada Persidangan Antarabangsa mengenai Undang-undang, Perintah dan Keadilan Jenayah 2014, di sini.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Mohamad Khalid Shariff.

Catat Ulasan