Pengikut Blog Panglima

18 November 2014

Analisa Statistik Jenayah Terutama Warga Asing Menurun 2014 - @Zahid_Hamidi @KDNPUTRAJAYA #dszh

analisa : 

Tahun 2012 jumlah kes jenayah ialah 153,669 kes dengan jumlah pembabitan warga asing ialah 1% iaitu 1575 kes.

Tahun 2013 sebanyak 147,062 kes direkodkan dengan pembabitan  warga asing seramai 13,591 kes bersamaan 9.2% dari jumlah kes. 

Sepanjang 8 bulan 2014 hanya 85,029 kes jenayah direkodkan dengan kes warga asing telah menurun kepada 9,496 kes atau 11% dari  keseluruhan kes.

Penurunan ini sekaligus membuktikan kejayaan PDRM melaksanakan operasi cegah dan banteras jenayah tahun 2014 terutama yang melibatkan warga asing. 

Walaupun kadar peratusan semakin tinggi namun jika dibandingkan dengan kadar kes jenayah yang semakin rendah ia menunjukkan keberkesanan langkah yang dilaksanakan oleh KDN setakat ini.

Analisa ini berdasarkan kepada jawapan Menteri dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Parlimen pada 13 November 2014 yang lalu.



KUALA LUMPUR: Sebanyak 9,496 kes jenayah melibatkan warga asing dicatatkan antara Jan hingga Ogos tahun ini, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Menurutnya, jumlah itu adalah 11.2 peratus daripada keseluruhan 85,029 kes jenayah yang direkodkan dalam tempoh sama di negara ini.
"Walaupun perangkaan itu masih lagi kecil berbanding keseluruhan indeks jenayah negara, polis sentiasa memberi perhatian serius dalam membendung kegiatan jenayah melibatkan warga asing kerana ia boleh membawa kemudaratan kepada rakyat tempatan," katanya.
Ahmad Zahid berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Zuraida Kamaruddin (PKR-Ampang) yang ingin tahu statistik pendatang asing tanpa izin (PATI) dan pekerja asing yang terlibat dalam kes jenayah serta pelan tindakan kementerian dalam memastikan kegiatan mereka dapat dikawal.
Katanya, daripada jumlah itu, 2,306 melibatkan jenayah kekerasan iaitu bunuh (167), rogol (138), samun berkawan bersenjata api (108), samun berkawan tanpa senjata api (1,008), samun bersenjata api (10), samun tanpa senjata api (377) dan mencederakan (498).
Ahmad Zahid berkata, 7,190 kes pula melibatkan jenayah harta benda iaitu curi (1,871), curi kereta (568), curi motosikal (1,252), curi jentera berat (78), ragut (318) dan pecah rumah (3,103).
Tambahnya, pada 2012 terdapat 1,575 kes jenayah melibatkan warga asing atau satu peratus daripada keseluruhan 153,669 kes jenayah, manakala tahun lepas jumlah itu meningkat kepada 13,591 atau 9.2 peratus daripada 147,062 keseluruhan kes.
Menurutnya, beberapa tindakan telah diambil untuk mengawal kegiatan jenayah oleh warga asing termasuk mengadakan operasi bersepadu melibatkan polis, Jabatan Imigresen, Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
"Kementerian juga telah menghantar lebih ramai pegawai serta anggota tambahan ke kawasan-kawasan yang kerap menjadi tumpuan warga asing, selain mewujudkan balai atau pondok polis dan meningkatkan operasi besar-besaran di kawasan terbabit," katanya.
Selain itu, katanya polis juga mengadakan kerjasama erat dengan kumpulan masyarakat dan kerajaan tempatan serta meningkatkan keberkesanan penggunaan sistem televisyen litar tertutup (CCTV).
"Cap jari (biometrik) semua pekerja asing turut diambil melalui program 6P untuk mengesan kemasukan kali kedua dan pendaftaran rekod jenayah," tambahnya.

Catat Ulasan