Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

05 Disember 2014

Memang patut gelaran 'Datuk Seri' Anwar ditarik balik - Aidit JATI

Post Pic

SHAH ALAM: Timbalan Presiden JATI, Datuk Aidit Ghazali menyifatkan tindakan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menarik balik gelaran 'Datuk Seri' daripada Anwar Ibrahim adalah tepat ekoran tindakan Ketua Umum PKR itu yang sering mempertikaikan keputusan baginda.
 
"Anwar memang tidak layak untuk memegang anugerah itu, berdasarkan pelbagai kesalahan dan juga kebiadapan yang beliau telah tunjuk terhadap keagungan agama Islam, perkara yang termaktub dalam perlembagaan. Malah ada ketikanya Anwar mempersoalkan tindakan Sultan Selangor," katanya kepada Antarapos.
 
Sultan Selangor menarik balik gelaran Datuk Seri daripada Anwar berkuatkuasa 3 November dan diwartakan pada 20 November lalu.
 
Gelaran tersebut diberikan pada tahun 1992.
 
Penarikan balik gelaran tersebut dibuat kerana Anwar dikatakan sering mempertikai titah Sultan Selangor sehingga mencalar kredibiliti baginda dan institusi di-Raja Selangor sepanjang kontroversi pelantikan Menteri Besar Selangor yang baru.
 
Anwar sebelum ini berkeras mahukan isterinya yang juga ADUN Kajang menjadi Menteri Besar Selangor kerana kononnya mendapat sokongan majoriti DUN Selangor.
 
Ketua Pembangkang itu pada mulanya enggan akur pada titah Sultan untuk menamakan lebih daripada dua nama. Beliau akhirnya akur untuk berbuat demikian selepas baginda murka dan buat kali pertama menegur PKR secara terbuka.
 
Aidit dalam pada itu tidak menolak gelaran itu dilucutkan kerana Sultan Selangor sudah hilang sabar dengan tindak-tanduk Anwar yang kerap menongkah arus dan bercanggah dengan keputusan Ketua Islam di negeri itu. 
 
"Saya yakin bahawa perkara ni, Tuanku sudah fikir lama tetapi Tuanku adalah seorang manusia yang penuh dengan toleransi dan kesabaran tetapi kesabaran itu ada batasannya. Jadi apa yang Tuanku lakukan sepatutnya telah lama dibuat," katanya.
 
Anwar sebelum ini dilaporkan pernah mempertikaikan penggunaan kalimah Allah di Selangor meskipun Sultan Sharafuddin bertitah bukan Islam dilarang menggunakann perkataan itu tertakluk kepada Undan-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor.
 
Terbaru beliau melahirkan rasa ragu-ragunya terhadap fatwa pengharaman ke atas Badan Bukan Kerajaan (NGO) Sisters in Islam (SIS) yang dibuat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor.
 
Tambah Aidit lagi, tindakan ini diharapkan dapat memberi pengajaran kepada pemimpin Pakatan yang lain dalam berhati-hati memberi kenyataan yang boleh menimbulkan kemurkaan Sultan.
 
"Saya harap ini biarlah menjadi pengajaran kepada ahli politik lebih-lebih lagi daripada pembangkang, yang kini kita lihat begitu seringkali mempersoalkan kedudukan agama Islam, hak-hak umat Islam, institusi diRaja," katanya.  

http://antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7WlcpRkbQ==


Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate