Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

06 Disember 2014

@Zahid_Hamidi : Jangan Pertikai Tindakan Pendakwah Luar Negara Akan Ditapis @PDRMsia

Jangan pertikai prosedur tapisan pendakwah

06 Disember 2014 2:06 AM
Ahmad Zahid Hamidi merangkap Penaung Kempen Global Selamatkan

Ahmad Zahid Hamidi merangkap Penaung Kempen Global Selamatkan Al-Quds menandatangani poster simbolik perasmian kempen tersebut di Masjid Tuanku Mizan Abidin, Putrajaya semalam. Yang turut hadir Pengarah Urusan Yayasan al-Quds Malaysia (QFM), Dr. Mohammad Makram Balawi (kiri) yang juga Koordinator Kempen. – bernama

Advertisement

PUTRAJAYA 5 Dis. – Kementerian Dalam Negeri meminta semua pihak akur dengan prosedur tapisan polis terhadap pendakwah luar negara yang ingin memberikan sebarang syarahan di mana-mana lokasi di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, arahan tersebut bertujuan memastikan fahaman ekstrem termasuk berunsur militan tidak disebarkan di Malaysia melalui syarahan.

Beliau berkata, ini merupakan usaha kerajaan untuk menentang sebarang kegiatan yang boleh mewujudkan elemen keganasan terutamanya merekrut anggota militan dalam kalangan rakyat Malaysia.

"Prosedur tersebut perlu diikuti oleh semua pihak bagi memastikan tiada sebarang kegiatan untuk mewujudkan elemen keganasan di negara ini.

"Saya juga akan meneliti mekanisme dan prosedur yang dinyatakan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman, SAC Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Kempen Global Selamatkan Al-Quds, di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ayob Khan tentang keperluan prosedur tapisan terhadap pendakwah luar negara yang ingin membuat syarahan di negara ini.

Ayob Khan berkata, berdasarkan pengalaman lalu, ideologi berunsur militan dan ekstremisme dibawa oleh orang asing ke negara ini, antaranya Jemaah Islamiah dan Jemaah Anshorut Tauhid (JAT).

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, Malaysia akan menggunakan kelebihan menganggotai kerusi tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk membantu membebaskan Palestin daripada kekejaman Israel.

Katanya, ketika ini semua pihak ingin membantu Palestin keluar daripada kekejaman rejim Zionis dan untuk tujuan itu, sebanyak 134 negara telah mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara berdaulat dan terbaharu ialah Sepanyol.

"Kita serahkan kepada Wisma Putra untuk bawa isu Palestin ke peringkat antarabangsa, khususnya dalam Majlis Keselamatan PBB, kita minta masyarakat dunia mengikut resolusi yang ditetapkan bagi tujuan pemberian bantuan," katanya.

Mengulas tentang Kempen Global Selamatkan Al-Quds, Ahmad Zahid berkata, kempen seumpama itu perlu diperbanyakkan dan dianjurkan secara berterusan bagi memberi tekanan kepada Israel.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/jangan-pertikai-prosedur-tapisan-pendakwah-1.33179#sthash.ki13xGoM.dpuf

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate