Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

06 Disember 2014

Malaysia guna saluran PBB perhebatkan pembelaan Palestin - @Zahid_Hamidi | Berita Harian

JUMAAT, 5 DISEMBER 2014 - 6:10PM  


DATUK Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menurunkan tanda tangan pada poster Kempen Selamatkan Al -Quds sebagai melancarkan kempen berkenaan anjuran Yayasan Al-Quds Malaysia di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya hari ini. Turut sama Pengarah Urusan Yayasan Al - Quds Malaysia, Dr Mohammad Makram Balawi (kiri). - Foto Fariz Iswadi Ismail

PUTRAJAYA: Malaysia akan menggunakan kedudukannya sebagai anggota tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) untuk memperhebatkan usaha pembelaan terhadap Palestin daripada kekejaman rejim Zionis, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, kerajaan menyerahkan peranan kepada Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, untuk mengetengahkan isu-isu berkenaan Palestin pada mesyuarat PBB berkaitan.

"Tentunya Malaysia akan memainkan peranan dengan menggunakan kerusi di PBB untuk memperjuangkan negara serta rakyat Palestin, dan yang penting menyelamatkan Masjid Al-Aqsa daripada dikuasai rejim Zionis," katanya pada sidang media selepas melancarkan Kempen Global Selamatkan Al-Quds di sini, hari ini.

Kempen Global Selamatkan Al-Quds, dengan Ahmad Zahid selaku penaungnya, adalah inisiatif untuk mendedahkan kepada rakyat mengenai keadaan kritikal yang kini menyelubungi Al-Quds dan Masjid Al-Aqsa, sekali gus meletakkan tekanan kepada Israel supaya menghentikan segera usaha 'pengyahudian' Al-Quds.

Ahmad Zahid berkata, kewujudan Palestin yang kini diiktiraf oleh 134 negara, memberi isyarat dan membangkitkan kesedaran dalam kalangan masyarakat dunia tentang perlunya pembelaan sewajarnya diberikan.

"Walaupun sesetengah negara yang bersahabat dengan Malaysia masih bersama-sama Israel tetapi kita harap sokongan negara dunia terhadap Palestin yang kian bertambah, secara tidak langsung mampu memberi tekanan kepada kuasa-kuasa besar yang selama ini mendokong Israel, agar tunduk kepada permintaan masyarakat dunia yang mahu keganasan dihentikan," katanya.

Diminta mengulas saranan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman, SAC Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, supaya pendakwah asing melalui tapisan keselamatan polis sebelum dibenarkan memberi syarahan, Ahmad Zahid berkata beliau akan meneliti perkara itu.

Beliau berkata, pegawai polis, selaku pihak yang arif tentang isu ekstremis dan militan, pasti mempunyai sebab untuk mengemukakan saranan sedemikian selaras dengan keputusan kerajaan menentang sebarang kegiatan yang boleh mewujudkan fahaman ekstrem dan elemen keganasan.

Ayob Khan dilaporkan berkata satu mekanisme perlu diwujudkan bagi menapis pendakwah dari negara luar yang antara lain bagi mengekang kemasukan individu yang kononnya pendakwah sedangkan membawa fahaman ekstremisme dan bertentangan dengan landasan Islam sebenar.

- BERNAMA


http://www.bharian.com.my/node/21696?m=1


Gambar sekitar program 
















Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate