Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

29 April 2015

Blogger PKR Ramal @drwanazizah Sukar Menang di #prkpermatangpauh

Blogger Omakkau dikenali pro Khalid Ibrahim iaitu dari kem Dr Wan Azizah.

Tulisan beliau mengakui kesukaran PKR menang di Permatang Pauh mungkin memberi sedikit suntikan semangat kepada jentera BN tanpa perlu leka dengan pandangannya.

Analisa beliau sebagai orang PKR sendiri yang berpegang kepada konsep kebebasan bersuara dan memberi kritikan barangkali menjadi sebab keberanian tulisan ini disiarkan.

Jika melihat kepada penamaan calon PRK Permatang Pauh yang jauh berbeza berbanding PRU lepas dan ketidakhadiran pemimpin tertinggi PAS dan jenteranya maka ia seakan mengiyakan ramalan beliau.

Selain itu sambutan hambar ceramah PKR seperti ceramah Azmin ALI di PDM Mengkuang PDA 24 April 2015 menambahkan lagi harapan BN menang atau mengurangkan majoriti PKR kali ini.

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate