Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

03 April 2015

POTA Dijangka Kurang Terima Tentangan Pembangkang - Utusan Online

Nasional - Utusan Online

POTA dijangka kurang terima
tentangan pembangkang

03 April 2015 1:27 AM

Dr. Ahmad Zahid Hamidi bersama Pengerusi Humanitarian Care Malaysia

KUALA LUMPUR 2 April – Rang undang-undang Pencegahan Keganasan (POTA) yang akan dibentang kali kedua di Parlimen 6 April ini dijangka kurang menerima tentangan daripada pembangkang berikutan kerajaan berjaya menunjukkan contoh pengenalan Akta Pencegahan Jenayah (POCA) yang telus dan baik.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, POCA kini menjadi kayu pengukur dan contoh kepada pelaksanaan POTA.

Menurut beliau, apabila contoh itu ada dan digunapakai untuk POTA, maka halangan itu berkurangan.

Bagaimanapun, kata Ahmad Zahid, cuma mungkin badan hak asasi manusia atau peguam-peguam yang ada di Dewan Rakyat biasanya akan mempersoalkan hak asasi manusia yang paling minimum dapat digunakan dalam POTA.

Namun setakat ini tiada mana-mana ahli politik yang dizalimi atau ditahan disebabkan perbezaan pendapat di bawah POCA.

"Saya tidak fikir ramai yang tidak setuju dengan POTA ini berbanding dengan POCA yang dibentangkan tahun lepas.

"POCA dianggap menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Jelas apabila POCA dijalankan dan laporan telah dibentangkan di Kabinet dan Dewan Rakyat, tidak ada mana-mana ahli politik yang tidak terlibat dengan sebarang aktiviti jenayah yang ditangkap.

"Juga, tidak ada tangkapan dilakukan kerana perbezaan pendapat dan tidak ada tangkapan ke­rana berdasarkan penganiayaan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Humanitarian Care Malaysia (MyCare) di sini hari ini.

MyCare adalah gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam bagi menjalankan misi membangunkan bantuan kemanusiaan yang terdiri daripada Aqsa Syarif, i4Syria, Salam Iraq, Rose2Rose, Nusantara Care (NICE) dan Palestine Centre of Ecxellence (PACE).

Matlamat penubuhan MyCare adalah untuk menggabungkan sumber, tenaga dan kepakaran daripada setiap agensi ini dapat diurus dengan lebih kemas dan berkesan.

Isnin lalu, dua rang undang-undang baharu yang membolehkan pihak berkuasa memerangi ancaman keganasan secara lebih berkesan iaitu Pencegahan Keganasan (POTA) 2015 dan Langkah-Langkah Khas Menentang Keganasan di Luar Negara 2015 dibentangkan di Dewan Rakyat.

Rang undang-undang tersebut yang dilihat cukup bertaring dalam membantu pihak berkuasa memastikan tidak berlaku penularan aktiviti keganasan ke negara ini, dibentangkan untuk bacaan kali pertama oleh Ahmad Zahid.

Jika diluluskan, POTA membo­leh­kan pihak berkuasa menahan selama tidak lebih dua tahun sebelum melanjutkan tempoh tahanan jika perlu, ke atas individu atau kumpulan yang disyaki terlibat dengan sebarang aktiviti keganasan tanpa boleh dicabar oleh mana-mana mahkamah di negara ini.

Tambah Ahmad Zahid, kerajaan memberi keyakinan bahawa kuasa menteri ditiadakan di bawah POTA tetapi kuasa itu diserahkan kepada lembaga pencegahan jenayah dan di dalam hal ini di bawah lembaga pencegahan keganasan.

Selepas itu, katanya, kalau mereka yang ditahan tidak setuju dengan penahanan, mereka boleh mela­kukan penyemakan kehakiman kerana ada sebab kuasa lembaga penasihat akan melihat keputusan yang dibuat oleh lembaga pencegahan keganasan.

"Daripada enam orang yang ditahan atas cadangan lembaga pencegahan jenayah, selepas di­bawa ke lembaga penasihat, lima daripadanya dilepaskan.

"Di sini berlaku satu penyemakan yang tidak dizalimi dan tidak ada penganiayaan. Walaupun polis agak jatuh moral tetapi itulah kehendak undang-undang pencegahan yang diperkenalkan," ujarnya.


Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate