KUALA LUMPUR - Pihak yang mempertikaikan usul Rang Undang-undang (RUU) Akta Pencegahan Keganasan (Pota) yang dibawa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi minggu lalu boleh dianggap sebagai golongan tidak patriotik dan sanggup mempertaruhkan keselamatan negara.
Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno, Sheikh Nafiq Alfirdaous Sheikh Abd Rahman menegaskan RUU Pota adalah penyelesaian terbaik untuk dalam membendung dan menangani ancaman pengganas yang semakin ketara menular di negara ini.
Beliau berkata, pembentangan RRU Pota itu membuktikan KDN dan kerajaan tidak lagi berkompromi dengan penyusupan elemen keganasan di negara ini dalam memastikan keselamatan rakyat menjadi keutamaan.
"Saya tidak faham dengan pemikiran dan minda golongan penentang Pota ini kerana seolah-olah mereka ambil mudah soal ancaman keganasan dan isu keselamatan negara.
"Dalam keadaan kebanyakan negara di dunia ini termasuk Malaysia semakin dianggap elemen pengganas seperti IS dan sebagainya, kita semestinya perlu memiliki satu akta yang cukup kuat seperti Pota bagi menangani isu yang menggugat kedaulatan negara ini," tegasnya.
Sheikh Nafiq berkata, alasan politik dan dakwaan Pota sebagai bersifat kuno adalah satu tuduhan tidak masuk akal kerana aspek keganasan ini sepatutnya tidak diberi ruang langsung untuk bertapak dalam negara ini.
"Janganlah bab keselamatan negara pun mahu dikaitkan dengan politik dan tuduhan-tuduhan liar tidak berasas.
"Saya nak tanya golongan penentang itu, kerajaan manakah yang sanggup melihat negara mereka hanya diganyang pengganas hanya kerana kepentingan politik?," tegasnya.
Oleh itu, sebagai Exco Pemuda, beliau melaungkan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap RRU Pota ini dan menyeru golongan penentang supaya berfikir sejenak mengenai keselamatan negara berbanding isu kepentingan peribadi atau cita-cita politik sempit semata-mata.
Sent from my iPhone
Tiada ulasan:
Catat Ulasan