Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

08 April 2015

BNBBC :: Portal Majlis Ahli Parlimen BN - Soalan terakhir Jamaluddin di Parlimen dijawab secara bertulis

7 APR: Soalan Ahli Parlimen Rompin Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis yang ingin tahu adakah ada kajian dan unjuran gas oleh Petronas kerana TNB menggunakan lebih 50 peratus daripada keperluan gas untuk menjana jana kuasanya adalah soalan terakhir beliau di Dewan Rakyat, semalam .

dato-seri-jj Soalan No 53 dalam aturan urusan mesyuarat Dewan Rakyat itu diberikan jawapan bertulis oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.

Dalam jawapannya, kementerian berkenaan menjelaskan  kajian dan unjuran oleh Petronas bagi keperluan gas akan disemak setiap tahun sejajar dengan perkembangan semasa sektor tersebut.

"Berdasarkan kajian yang dijalankan, keperluan gas bagi sektor tenaga diunjurkan berkuangan pada masa hadapan mengambil kira rasionalisasi subsidi gas oleh kerajaan," menurut jawapan tersebut.

Disamping itu, permintaan tenaga  pada masa hadapan akan turut dicorak oleh sumber bahan api yang lain seperti arang batu, hidro, tenaga boleh baharu dan sebagainya.

Hal ini secara tidak langsung dapat meningkatkan keselamatan bekalan melalui keperlbagaian campuran tenaga.

soalanjj Unjuran campuran bahan api bagi tahun 2014 hingga 2030 mendapati gas merupakan salah satu bahan api utama yang akan diguna pakai bagi tujuan penjanaan tenaga elektrik iaitu menyumbang sebanyak 20 hingga 48 peratus di Semenanjung dan lebih daripada 80 peratus di Sabah sepanjang tempoh tersebut.

Menurut kementerian berkenaan, kerajaan sentiasa melaksanakan kajian dan unjuran keperluan gas bagi memastikan tahap keselamatan tenaga terus kekal kukuh dan stabil.

Kajian keperluannya akan dibuat bersekeli dengan keperluan sumber bahan api lain seperti arang batu, hidro, tenaga boleh baharu dan sebagainya bagi memastikan keseimbangan, campuran bahan api dicapai mencerminkan kehendak dan keperluan bekalan eletrik.

Jawapan bertulis adalah untuk menjawab soalan-soalan ahli parlimen yang tidak sempat dikemukakan pada pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan ketika sesi berkenaan bermula jam 10 pagi hingga 11.30 pagi.

Semakan dalam aturan urusan mesyuarat Dewan Rakyat mendapati, itu adalah soalan yang dijawab oleh kementerian berkenaan, semalam.

Kebiasaannya soalan nombor 10 hingga 70 di jawab secara bertulis.

Soalan-soalan lisan lazimnya dihantar oleh ahli-ahli parlimen tiga minggu sebelum sidang Dewan Rakyat bermula pada setiap sesi.

Semalam, Dewan Rakyat merakam ucapan takziah kepada Allahyarham Jamaluddin yang meninggal dunia dalam nahas helikopter yang turut mengorbankan lima orang lain di Semenyih, petang Sabtu.

Kali terakhir Allahyarham berada di Dewan Rakyat dan mencelah adalah pada Rabu lalu ketika perbahasan mengenai bahaya air ketum.

http://www.bnbbc.my/?p=43336


Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate