Pengikut Blog Panglima

01 Jun 2015

Kenapa Mufti Dr Asri @RealDrMaza Serang Pegawai Kerajaan Dr Zamihan Kait Syiah & KDN ???



Saya membaca status FB dipercayai dimuatnaik oleh beliau atau admin FB miliknya berkenaan dengan Ustaz Zamihan yang memuatkan video berkenaan potongan ceramah Zamihan yang menyebut nama Asri dan Fathul Bari. 

Beliau cuba membawa senario jika Nabi ada sudah tentu baginda akan malu dengan perangai Zamihan yang keras dan kasar mengkritik beliau.

Beliau juga memberitahu agar KDN tidak dikaitkan dengan ektremis kerana mempunyai pegawai seperti Ustaz Zamihan.

Sebelum ini beliau juga menuduh Ust Zamihan mempunyai guru syiah. Selepas itu beliau juga pernah menyaman Ust Zamihan sebanyak RM 10 juta. Kisahnya sila baca di sini http://al-hanief.blogspot.com/2011/07/asri-sijil-palsu-ust-zamihan-satu.html

Dalam jawapan balas Ust Zamihan menyatakan bahawa beliaulah orang yang telah menentang syiah dan membentangkan bahaya syiah kepada pihak tertinggi negara. 

Bukan itu sahaja fahaman Islam Liberal atau Wahabi atau ajaran sesat seperti Kahar yang mengaku Rasul Melayu turut menjadi tugas utama beliau sebagai pegawai di KDN.

Maka tindakan cuba meletakkan KDN di dalam konflik beliau dengan Zamihan berkenaan hujjah agama bab khilaf dan akidah yang telah lama berlaku antara mereka berdua satu tindakan tidak tepat.

Pelawaan debat oleh Zamihan sepatutnya menjadi platform kepada Asri untuk menyelesaikan konflik beliau dengan pegawai Jakim yang dipinjamkan ke KDN ini. Sudah lama tawaran debat diajukan oleh Zamihan kepada Asri namun diam hingga kini.

Sejarah Asri ditahan kerana mengajar tanpa tauliah di Selangor masih kita ingat lagi dan begitu juga komen beliau berkenaan politik negara yang membawa kepada fitnah Perdana Menteri akan dikenang sebagai lipatan sejarah beliau sebagai ahli agama yang suka memberi kenyataan tanpa memeriksa terlebih dahulu info yang disampaikan.

Pada 18 Nov 2009, Mohd Asri mengaku tidak bersalah di Mahkamah  Rendah Syariah Gombak Timur  di atas tuduhan mengajar agama Islam tanpa  tauliah di sebuah rumah di Lorong 2C Taman Seri Ukay Ampang antara  pukul 8.10 malam hingga 9.45 malam 1 Nov tahun lalu.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 119 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 dan jika sabit kesalahan Mohd Asri berhadapan hukuman  denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau  kedua-duanya sekali


Dalam uslub dakwah tidak ramai yang bersikap keras pada perkataan mereka kecuali beberapa orang seperti Ust Zamihan dan Ustaz Azhar Idrus.

Latar belakang Terengganu dan Kelantan barangkali menjadikan perkataan mereka dilihat agak keras padahal ia satu budaya di kalangan rakyat kedua negeri tersebut.

Mereka layak digelar pewaris Umar Al Khattab di dalam membela akidah dan fahaman ahli sunnah wal jamaah.

Hal ini tidak salah kerena yang menjadi kemarahan mereka sebagai orang alim ialah pandangan yang salah dan ditolak majoriti ulama yang cuba disebarkan untuk diambil oleh masyarakat. 

Mereka bukan jenis suka mengeji berkata kesat sesuka hati namun meluahkan kemarahan atas penyelewengan agama yang ditolak majoriti ulama.

Jika majoriti ulama menerima wahabi sudah tentu Zamihan tidak akan mengecam sebegitu rupa.

Soalnya antara perkataan kasar dengan fitnah, yang manakah lebih berdosa ???


Hayati hadis Nabi saw berkenaan manusia akhir zaman yang akidah rosak namun nampak begitu islamik.


Orang Yang Tak Sedarkan Diri
Daripada Abu Hurairah r.a. Bahawasanya Rasulullah SAW bersabda “Jika ada seseorang berkata, ramai orang telah rosak, maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka” (HR Muslim)


Ahli Ibadat Yang Jahil Dan Ulama Yang Fasik
Daripada Anas r.a. Beliau berkata, bersabda Rasulullah SAW “Akan ada pada akhir zaman ahli ibadat yang jahil dan ulama yang fasik ” (HR Ibnu Ady)
[Orang jahil yang rajin beribadat dan ada pula orang alim yang fasik]

Menjual Agama Kerana Dunia
Daripada Abu Hurairah r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda “Akan keluar pada akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka berpakaian di hadapan orang lain dengan pakaian yang dibuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan perkataan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala. Allah SWT berfirman kepada mereka “Apakah kamu tertipu dengan kelembutanKu? Ataukah kamu terlalu berani berbohong kepadaKu? Demi kebesaranKu, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim (cendekiawan) pun akan menjadi bingung” (HR Tirmizi)

Pendusta Dan Pengkhianat
Daripada Abu Hurairah r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda “Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan tipuan. Pada waktu itu si pendusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan dusta. Pengkhianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berkesempatan berbicara (cuba membetulkan) hanyalah golongan “Ruwaibidhah”. Sahabat bertanya “Apakah Ruwaibidhah itu wahai Rasulullah?” Nabi SAW menjawab “Orang kerdil, hina, dan tidak mengetahui bagaimana hendak mengurus orang yang ramai” (HR Ibnu Majah)

Kefasikan Berleluasa
Daripada Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda “Bersegeralah kamu beramal sebelum menemui fitnah (ujian berat) seumpama malam yang sangat gelap. Seseorang yang masih beriman pada waktu pagi, kemudian pada waktu petang dia sudah menjadi kafir, atau seseorang yang masih beriman pada waktu petang, kemudian pada keesokan harinya dia sudah menjadi kafir. Dia telah menjual agamanya dengan sedikit harta benda dunia” (HR Muslim)

Penindasan Terhadap Umat Islam
Daripada Tsauban r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda “Hampir tiba suatu zaman di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang kelaparan mengerumuni bekas hidangan mereka” Maka salah seorang sahabat bertanya “Apakah kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi SAW menjawab “Bahkan kamu pada hari itu terlalu ramai, tetapi kamu umpama buih pada masa banjir, dan Allah akan mencabut rasa gentar terhadap kamu daripada hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan melemparkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’. Seorang sahabat bertanya “Apakah ‘wahan’ itu, wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab “Cinta dunia dan takut mati” (HR Abu Daud)

Namanya Saja Islam
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Beliau berkata, telah bersabda Rasulullah SAW “Telah hampir tiba suatu zaman, di mana tidak ada lagi dari Islam kecuali hanya namanya, dan tidak ada lagi dari Al-Quran kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka indah, tetapi kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah langit. Daripada merekalah keluar fitnah, dan kepada mereka jua fitnah itu akan kembali ” (HR Al-Baihaqi)

Budaya Barat Ikutan Umat Islam Kini
Daripada Abu Sa’id Al-Khudri r.a. Beliau berkata, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda “Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak sekalipun kamu akan mengikut mereka” Sahabat bertanya “Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang Tuan maksudkan?” Nabi SAW menjawab “Siapa lagi?” (HR Muslim)

Ulama Tidak Dipedulikan
Daripada Sahl bin Saad as-Sa ‘idi r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda “Ya Allah! Janganlah Engkau menemukan aku dan mudah-mudahan kamu juga tidak bertemu dengan suatu zaman di mana para ulama sudah tidak diikuti lagi, dan orang yang penyantun sudah tidak dihiraukan lagi. Hati mereka seperti hati orang Ajam, lidah mereka seperti lidah orang Arab” (HR Ahmad)

Ulama Agama Semakin Berkurang
Daripada Abdullah bin Amr bin ‘Ash r.a. Beliau berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda “Bahawasanya Allah SWT tidak akan mencabut (menghilangkan) ilmu dengan sekali gus daripada manusia. Tetapi Allah SWT menghilangkan ilmu agama dengan mematikan para ulama. Apabila telah ditiadakan para ulama, orang banyak akan memilih orang-orang jahil sebagai pemimpinnya. Apabila pemimpin yang jahil itu ditanyakan, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain” (HR Muslim)

sumber https://peribadirasulullah.wordpress.com/2014/06/06/zaman-yang-paling-rasulullah-saw-takuti-2/
Catat Ulasan