Pengikut Blog Panglima

28 Julai 2015

Rombakan Kabinet: @Zahid_Hamidi bersyukur atas pelantikan sebagai TPM | Berita Harian

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersyukur dan menjunjung kasih kepada Yang Dipertuan Agong Tuanku Abdul Halim kerana memperkenan pelantikan atas cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau mengambil tanggungjawab ini dengan ucapan terima kasih di atas kepercayaan dberikan oleh Perdana Menteri kepadanya. Ahmad Zahid berkata, beliau tahu ini (pelantikan) bukan satu habuan sebaliknya satu tanggungjawab yang harus diterjemah untuk negara, orang Melayu dan seluruh bangsa di Malaysia.

"Tentunya saya dapat memahami keputusan dibuat Perdana Menteri adalah keputusan yang berat namun, saya fikir ia dibuat atas dasar kebersamaan yang wujud antara saya dan beliau selama ini," katanya pada sidang media di sini sebentar tadi.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/70579?m=1

Catat Ulasan