Pengikut Blog Panglima

28 Julai 2015

Ucapan TPM DS @Zahid_Hamidi - Ikrar Bantu YAB PM @NajibRazak

https://youtu.be/VZdhVFfCw5g

Laporan berita :

PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri yang baharu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan rasa syukur di atas pelantikannya sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Ahmad Zahid berkata, beliau turut menjunjung kasih ke atas Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang memperkenankan pelantikan beliau di atas cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

"Saya ambil tanggungjawab ini dengan terima kasih di atas kepercayaan kepada saya.

"Saya tahu bahawa ini bukan satu habuan, ia adalah satu pertanggungjawaban yang harus saya terjemahkan kepada negara kita," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, beliau memahami keputusan yang dibuat oleh Najib.

‎"Saya dapat memahami keputusan Najib adalah keputusan yang berat, namun, kebersamaan antara beliau dan saya dalam memikul tanggungjawab ini tidak dapat saya jelaskan.

"Ia mengulangi  sejarah lama, ketika dia jadi Menteri Belia dan Sukan... kemudian, saya dilantik jadi Setiausaha Politik.

"Ini adalah kitaran politik yang tidak pernah saya harapkan. Saya terima sebagai satu takdir qada dan qadar," katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, beliau ‎memohon rakan-rakan dalam Kabinet dan ahli Umno malah kepimpinan parti dapat memberi sokongan kepada Najib.

Sinar Harian

Catat Ulasan