Pengikut Blog Panglima

03 Ogos 2015

@mohdsharkar : Tiada Keperluan Tukar MB Pahang


Tiada keperluan tukar MB Pahang
03 Ogos 2015 1:20 AM

KUANTAN 2 Ogos – Tiada keperluan untuk menukar Menteri Besar secara tergesa-gesa di negeri ini ke­rana apa yang lebih penting terus bekerja menguatkan parti sebelum pilihan raya umum akan datang.

MOHD. SHARKAR SHAMSUDIN
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin berkata, setakat ini beliau yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri selesa bekerja di bawah kepemimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob.

"Apa yang penting sekarang adalah memberikan tumpuan de­ngan turun bertemu rakyat di pe­ringkat akar umbi dan menerangkan tentang isu-isu semasa yang berlaku," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas spekulasi beberapa Menteri Besar bakal digugurkan ekoran rombakan Kabinet baru-baru ini, antaranya Adnan dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Spekulasi itu menyebut beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelancong­an dan Kebudayaan negeri antara calon Menteri Besar baharu di negeri ini selain seorang lagi calon iaitu Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Keusahawanan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Seri Shahiruddin Ab. Moin.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menafikan spekulasi berkenaan dan berkata, perkara tersebut tidak dibincangkan dalam pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan semua Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri kelmarin.

Ahmad Zahid per­caya rombakan Kabinet baru-baru ini tidak akan melibatkan perubahan kepemim­pinan di peringkat negeri.

Mengulas lanjut, Mohd. Sharkar berkata, situasi politik sekarang menuntut seluruh ahli parti supaya bersatu dan memberi tumpuan menyelesaikan isu serta masalah rakyat.

http://m.utusan.com.my/berita/politik/tiada-keperluan-tukar-mb-pahang-1.119870

Catat Ulasan