Alhamdulillah dua hari lepas saya selamat tiba di Malaysia selepas sebulan di tanah suci Mekah.
Banyak pengalaman mahu dikongsi dengan sahabat semua.
Ibadah haji dua kali ganda penat berbanding ibadah umrah.
Pengalaman melontar di Mina, bermalam hari di Muzdalifah, selepas berpanas di Arafah menguji kekuatan iman kepada Allah.
Semua membina kekuatan fizikal dan mental.
Paling mustahak doa perlu diperbanyakkan kepada Allah agar dipermudahkan segalanya.
Banyakkan menjaga lisan dan lintasan hati.
Banyakkan berbuat baik kerana di situ juga Allah akan memperlihatkan balasannya.
Jika mampu usahakan pergi waktu usia masih muda.
Ukhwah sepanjang haji juga sangka kuat. Ia berguna untuk satukan umat Islam.
Tidak kira pangkat dan kekayaan semua akan memakai warna sama di lokasi ibadat yang sama untuk beribadah kepada Allah.
Susah sama susah. Senang sama senang.
Masa ini perangai sebenar manusia akan keluar.
Ada kejadian jemaah kami hampir mati menjelang wukuf di Arafah kerana lelah sangat teruk. Namun berkat doa semua berjalan lancar. Ada juga sakit jantung menjelang Maghrib hari Arafat namun masih dipanjangkan umur hingga pulang.
Sifat sabar antara yang akan diperolehi semua jemaah haji kerana ia kunci utama menempuh semua manasik haji yang dilakukan.
Tahun ini haji yang banyak ujian.
Bermula dengan runtuhan kren kerana ribut pasir di Mekah, kebakaran di Aziziyah, rempuhan di Mina menjadikan semua sebagai ujian kepada hujjaj adakah mereka berani menempuh cabaran berisiko tinggi demi Allah atau tidak.
Hari di Madinah selepas selesai ibadat di Mekah adalah waktu rehat untuk jemaah. Masa penat sudah berlalu. Umrah sunat sudah tidak lagi dibuat.
Minuman wajib air Zam Zam setiap kali masuk masjid di Mekah atau Madinah.
Masa ke masjid solat lima waktu kemudian ke supermarket serta lawatan ke tempat bersejarah antara agenda wajib jemaah. Malam pula mencari kedai makan yang popular untuk merasa hidangan berbeza seperti kambing gelek, daging unta atau ikan besar.
Ada pandai tempah jubah sesuai saiz badan untuk koleksi kenangan. Ada juga mencari ubat kuat dhob dan hagah jahanam untuk diguna bila sampai di Malaysia.
Akhir sebelum pulang masa kirim kotak Nation Wide. Senang ringan beg.
Bila balik ramai bawa batuk. Tak sah tak ada batuk.
Bukan sahaja Malaysia negara lain pun sama.
Paling kita nampak ialah Malaysia ada Tabung Haji sedia kemudahan klinik dan kaunter ambil wang.
Negara lain tak ada macam Malaysia.
Selepas balik Malaysia jam 2 pagi hajjis masih sibuk borak di whatsapp. Jet lag alasannya.
Subuh ke masjid jumpa sahabat jiran peluk haji yang baru menjadi haji yang diharapkan mabrur ini.
Perjalanan saya bermula dengan doa untuk tunai haji tahun ini dimudahkan hingga selesai walau pemikiran logik akal sukar menerima kenyataan ini berdasarkan beberapa faktor tertentu.
Pesan saya mulakan berdoa untuk tunai haji usia muda Insya Allah akan dimakbulkan.
Senjata orang beriman ialah doa dan doalah apa sahaja kepada Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan