Pengikut Blog Panglima

09 Disember 2015

@Zahid_Hamidi : Kita Tidak Tanya Duit Tun Mahathir Kerana hormatinya


Kita tidak tanya Dr Mahathir mana dapat duit zamannya sebab hormat beliau: Zahid

Oleh ROSLAN BIAN dan ROSLI ISMAIL

9 DIS: "Saya ingat kalau Tok Arab itu gila pun dia tidak akan bagi banyak itu,"…itu antara kata Tun Dr Mahathir Mohamad yang persoalkan mengenai derma RM2.6 billion yang masuk ke akaun Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bunyinya macam ada lojik.Siapa yang senang-senang mahu bagi duit sebanyak itu.Namun, itu bukan sesuatu yang pelik kerana kerap kali disiarkan berita hidup orang-orang super kaya di serata dunia menderma  berbillion wangnya untuk tujuan ikut selera mereka.

Ragam manusia juga berbeza.Ada orang pergi dapat dan ada orang pergi tak dapat.Ini fakta hidup.

Jadi siapa 'individu' yang begitu murah hati bagi RM2.6 billion kepada Perdana Menteri Malaysia?

Identiti penderma masih rahsia.Namun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah tahu dan begitu juga Bank Negara.

SPRM pun sudah hantar pegawainya ke Timur Tengah jumpa penderma itu.

Ada diantara pimpinan utama UMNO sudah tahu siapa penderma tersebut.

Antaranya Timbalan Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO,Datuk Seri Dr Ahmad  Zahid Hamidi.

Beliau sudah tengok dokumen mengenainya dan temui wakil penderma itu.

Dari segi faktanya, penderma itu menang wujud.

Ia bukan orang bunian yang cipta untuk selindung diri dalam isu yang hangat diperbualkan ini.

zahidpress1Soalnya bagaimana kreditbiliti dan kedudukan penderma itu sampai mampu bagi RM2.6 billion?

Ketika dijolok dengan kata-kata Dr Mahathir Tok Arab gila pun tak akan bagi sebanyak itu,Timbalan Perdana Menteri dalam satu interbiu dengan

www.agendadaily.com dan www.bnbbc.my telah memperjelaskan lagi status penderma itu.

Penderma RM2.6 billion itu,katanya bukanlah individu dalam ertikata seorang.

Ia adalah pimpinan sebuah kerajaan.

"Orang yang beri ini bukan individu. Tetapi saya tidak mahu menyebutkan (sebab penderma tidak mahu didedahkan).

"Pimpinan kerajaan itu telah memberikan jumlah dana yang lebih besar dan banyak kepada negara Islam yang lain.

"Kenapa perlu dipertikaikan keikhlasan itu? Dan negara itu tidak minta kontrak atau projek daripada kita.

"Patutnya kita berterima kasih kerana negara itu tidak minta apa-apapun.

Kebolehpercayaan kepada UMNO sebab UMNO boleh membawa Islam, kerana UMNO menentang mazhab-mazhab di luar Ahli Sunnah Wal Jamaah. Ini harus difahami dan kita harus menghargai.

"Kita mempertikaikan seolah-olah kita boleh dan mampu untuk mencari (derma). Dahlah kita tak mencari, kita pertikaikan orang lain yang membuat.

Zahid berkata sejak awal bila isu ini timbul pendiriannya konsisten yakin kepada Perdana Menteri.

Katanya soal memperolehi dana politik ini dilakukan oleh semua parti politik.

Beliau kesal kerana ada pihak terus pertikaikan sumbangan yang diterima itu.

"Seharusnya kita membantu, bukan mempertikaikan. Sudahlah kita tidak membantu, kita mempertikaikan pula orang yang memperolehi dana berkenaan dan memberikan pengaighan untuk memperkuatkan parti,"katanya.

Menurut Zahid sekalipun sudah diperjelaskan oleh Perdana Menteri tetapi oleh kerana ianya dipertikaikan maka persepsi itu terus membongkah dengan besar.

"Apabila kebencian itu ditanamkan, maka sebarang realiti dan kebenaran itu tidak diterima lagi.Dan inilah permasalahan yang timbul,"katanya.

Kepada soalan mungkin orang terkejut ini pertama kali dengar sumbangan sebesar itu,Zahid membangkitkan kisah selepas Dr Mahathir letak jawatan.

Katanya bekas Perdana Menteri itu disebut dalam International Transparency Internatinal kata RM1.2 billion diserahkan kepada penganti Tun Abdullah Badawi.

"RM1 billion dalam bentuk aset dan RM200 juta dalam bentuk tunai. Kita pun boleh tanya dengan Dr Mahathir mana dia dapat duit itu?

"Lima kali pilihanraya di zaman beliau tentu orang pun boleh bertanya tetapi tidak mahu tanya sebab kita hormat.

"Kita serah pada dia sebagai pemimpin ketika itu. Dari sumber mana dia dapat, asalkan ia mengikut undang-undang dan tata-etika dan ini harus dihormati oleh semua,"kata Zahid.

Ditanya pula apakah majoriti anggota kabinet dan pimpinan UMNO ' bodoh sangatkah' terima penjelasan dan sanggup tunggu hasil siasatan 1MDB sedangnya dua tiga kerat lain terus pertikai,beliau berkata:

"Hakikat dalam sistem demokrasi, suara majoriti itu mengatasi suara minoriti tetapi tidak semestinya suara majoriti itu mengetepikan suara minoriti.

"Perbezaan pendapat harus diraikan. Tetapi pada waktu sama bila sesuatu keputusan telah dicapai, suara minoriti hendaklah menerima dan mengesahkan suara majoriti. Jika kita seorang demokrat, maka itulah prinsipnya yang harus ada pada kita.

"Kita tak boleh paksa orang lain menerima pendapat kita dan mana-mana minoriti yang tidak bersama dengan kita seolah-olah kita berada dalam zaman edanan dan kemoronan yang tidak sama tahap pemikirannya. Jangan rendahkan orang lain. Nanti orang lain akan merendahkan orang itu.

"Oleh sebab itu saya fikir eloklah kita mengingatkan diri kita. Saya sendiri mengingatkan diri saya supaya saya juga tidak cross the line

https://www.bnbbc.my/kita-tidak-tanya-dr-mahathir-mana-dapat-duit-zamannya-sebab-hormat-beliau-zahid/

Catat Ulasan