BTN nampaknya semakin mesra dengan media konvensional dalam masa terdekat ini apabila mendapat banyak sorotan lensa kamera pengamal media.
Sebelum ini program kayuhan cinta Malaysia yang akan berlangsung esok di Putrajaya yang mendapat sambutan begitu di luar jangkaan pendaftarannya.
Terbaru semalam sidang meja bulat BTN. Paling bagus apabila DAP turut dijemput untuk mengikuti sidang meja bulat ini.
Langkah bijak oleh KP BTN Dato Ibrahim untuk menghalang kritikan DAP selepas ini jika mereka masih mahu mengkritik BTN perkauman atau rasis.
Dari dahulu BTN dilabel rasis dilontar pelbagai tohmahan oleh pembangkang maka usaha menanganinya memang wajar dibuat untuk memastikan rakyat tidak mudah termakan dengan dakyah jahat pembangkang.
Sebelum ini BTN juga muncul juara melawan isu LGBT dengan berbagai program diadakan dan diharap ia akan dikekalkan momentum tersebut kerana isu ini boleh menjadi barah dalam masyarakat !!!
Kita yakin Menteri di JPM Dato Azalina Othman yang menjaga BTN tidak akan menolaknya.
Syabas BTN atas perubahan ini.
KUALA LUMPUR 21 Jan. – Proses penjenamaan semula Biro Tatanegara (BTN) yang sedang dirangka kerajaan akan memberi tumpuan bagi menangani persepsi negatif orang ramai yang sering mengaitkan BTN sebagai rasis.
Ketua Pengarahnya, Datuk Ibrahim Saad berkata, seramai 16 ahli panel yang terdiri daripada pelbagai bidang telah dipanggil bagi membincangkan proses penambahbaikan terhadap BTN.
Menurutnya, antara cadangan yang dikemukakan meliputi aspek kandungan ceramah, cara penyampaian, bentuk sasaran dan pendekatan yang akan diambil dengan memberi penekanan kepada golongan belia di bawah umur 30 tahun.
"Kali terakhir kandungan BTN ini disemak ialah pada 2011 apabila dimasukkan gagasan 1Malaysia dalam kursus tersebut selari dengan kehendak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Pada kali ini, proses penjenamaan semula BTN itu akan disesuaikan dengan mengambil kira keadaan semasa bagi menangani persepsi negatif orang ramai terhadap BTN. Bagaimanapun, modul tetap sama iaitu untuk membina sebuah negara bangsa berbilang kaum dengan menerapkan semangat patriotik," katanya kepada pemberita selepas sidang Meja Bulat Penjenamaan Semula BTN di sini hari ini.
Seramai 16 ahli panel hadir dalam sidang meja bulat tersebut antaranya Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said; Ahli Dewan Negara, Senator Tan Sri Dr. Ibrahim Abu Shah dan Ahli Parlimen Kepong, Tan Seng Giaw.
Mengulas lanjut, Ibrahim berkata, pihaknya akan mengadakan satu lagi sidang meja bulat bagi membincangkan penjenamaan semula BTN pada pertengahan bulan Februari depan.
"Kita menjangkakan jika tiada sebarang masalah, BTN yang baharu ini akan dapat dilaksanakan pada pertengahan bulan Mac ini.
"Kita bersedia menerima kritikan daripada orang ramai asalkan ia pandangan yang membina. Walaupun masa begitu singkat, kita perlu bergerak dengan pantas bagi memastikan perkara ini dapat dilaksanakan," jelasnya. - UTUSAN ONLINE
- See more at: http://m.utusan.com.my/berita/nasional/penjenamaan-semula-btn-tumpu-tangani-persepsi-negatif-1.181923#sthash.Fo2wJD5y.dpuf
Sent from my iPhone
Tiada ulasan:
Catat Ulasan