Pengikut Blog Panglima

27 Januari 2016

RM 2.6 Bilion : Tidak Perlu Dipersoalkan Lagi - TPM @Zahid_Hamidi


Tidak perlu dipersoalkan lagi – TPM

AHMAD ZAHID HAMIDI

KUALA LUMPUR 26 Jan. – Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, tiada mana-mana individu sepatutnya mempersoalkan kecekapan dan kebebasan institusi negara ini atau proses perundangannya dalam isu SRC International dan dana RM2.6 bilion yang dihadapi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Perdana Menteri berkata, penyiasatan yang merintis kepada penemuan oleh Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berhubung isu berkenaan dibuat dengan teliti dan menyeluruh merangkumi pemeriksaan terhadap setiap butiran dan bukti.

"Sebagaimana yang dijelaskan, tiada apa-apa syarat dikenakan terhadap sumbangan berkenaan yang dibuat secara peribadi kepada Perdana Menteri atas kepercayaan kepadanya dan kepe­mimpinannya dalam isu-isu utama.

"Saya sendiri mengetahuinya kerana telah bertemu penyumbang. Perdana Menteri sendiri yang memilih untuk menggunakan sumbangan itu untuk faedah parti dan masyarakat yang memerlukan di seluruh negara," katanya dalam satu kenyata­an di sini malam ini.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, ahli-ahli politik sememangnya perlu bersedia diserang oleh pihak lawan yang cuba memusnahkan reputasi melalui tuduhan palsu dengan tujuan menjadi pengganti.

Bagaimanapun tegasnya, adalah menjadi kesalahan untuk me­rosakkan reputasi kerajaan dan negara untuk tujuan politik peri­badi kerana kepentingan negara mesti diutamakan.

"Kita telah menghabiskan banyak masa akibat isu ini, saya meminta semua pihak supaya terus ke hadapan. Kita perlu bersatu sekarang dan mara ke hadapan di bawah kepemimpinan Perdana Menteri untuk masa depan Malaysia yang lebih baik.

"Beliau merupakan orang yang tepat untuk membawa kita semua mengharungi badai ekonomi glo­bal dan ancaman keselamatan yang dihadapi," katanya.



Sent from my iPhone
Catat Ulasan