Pengikut Blog Panglima

10 Januari 2016

Trak Mac Sultan Johor Jadi Tumpuan


Trak Mack Sultan Johor jadi tumpuan [METROTV]

Oleh Izlaily Nurul Ain Hussein 
izlaily@hmetro.com.my


Johor Bahru: Kelibat trak Mack milik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menarik perhatian pengunjung di Danga Bay di sini, tengah hari tadi.

Trak termahal di dunia itu dikerumuni orang ramai ketika diletakkan di tempat letak kereta di hadapan sebuah restoran di kawasan itu sementara Sultan Ibrahim meluangkan masa makan tengah hari di restoran berkenaan.

Trak yang dianggarkan mencecah RM1.4 juta itu dilihat berada di kawasan terbabit kira-kira satu jam setengah.

Kelihatan Sultan Johor turut beramah mesra bersama rakyat yang tidak melepaskan peluang melihat trak terbabit dengan lebih dekat.

Ini kali pertama baginda menggunakan trak berkenaan selepas kenderaan itu tiba di Johor beberapa hari lalu.

Trak itu akan diletakkan di bawah Gerbang Mahkota Istana Bukit Serene malam ini bagi rakyat Johor melihat dengan lebih dekat selain berpeluang bergambar dengan kenderaan itu.

Artikel ini disiarkan pada : 
Ahad, 10 January 2016 @ 3:44 PM 
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/106230?m=1#sthash.hYqZIJ6P.dpuf


Sent from my iPhone
Catat Ulasan