Pengikut Blog Panglima

12 Januari 2016

Video : TPM @Zahid_Hamidi - Jangan Gunakan Kuasa Politik Untuk Kepentingan Peribadi dan Perniagaan

Ramai silap faham kenyataan DS Ahmad Zahid Hamidi berhubung orang politik berniaga. Banyak kecaman dibuat walau mereka silap faham maksud sebenar YAB TPM.

Beliau sebenarnya hanya mahu membetulkan nawaitu sesetengah orang bisnes yang menyertai politik demi kepentingan peribadi. Yang menggunakan kekayaan untuk menjana pengaruh lalu melobi untuk kepentingan diri demi keuntungan besar dalam perniagaan yang dijalankan.

Bayangkan masalah akan dihadapi BN jika kepentingan peribadi dalam perjuangan politik sehingga melupakan matlamat perjuangan sebenar untuk meluaskan pengaruh parti bagi mencapai kemenangan besar dalam PRU 14 nanti.

Bukan bermakna orang bisnes tidak boleh mencampuri bidang politik tetapi harus dengan niat yang murni bukan dengan impian peribadi yang menggunung tinggi.

Senario ini walau pedih untuk diperkatakan namun ia diluahkan YAB Timbalan Perdana Menteri demi kebaikan parti dan negara seluruhnya.

Adalah wajar ahli politik melepaskan kepentingan bisnes jika mahu berpolitik bukan menggunakan kedudukan politik untuk kejayaan diri hingga merosakkan masa depan parti.

Lihat ucapan sebenar DS Zahid Hamidi di bawah :

http://youtu.be/cAC7rBRd11o


Mohon sebarkan.

Sent from my iPhone
Catat Ulasan