Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

08 Februari 2016

Dr Zamihan Cabar @realdrmaza Debat Sejak 2008 Kerana Difitnah Pro Syiah !!!


Sebelum pergi jauh penulis ingin memberi sedikit pencerahan berkenaan wahabi seperti disebut dalam portal E-Fatwa Kerajaan Malaysia di sini http://www.e-fatwa.gov.my/blog/pandangan-mengenai-golongan-wahabi


Pandangan Mengenai Golongan Wahabi


Submitted by FatwaMalaysia on 23 December 2013 - 11:09am

Sosial/Syariah

FatwaMalaysia's blog
73993 reads
ShareThis


ISU:

Apakah pandangan berkenaan dengan golongan Wahabi? Adakah golongan yang berzikir dan berdoa secara sendiri-sendiri selepas solat itu Wahabi?


PENJELASAN:


Aliran Wahabi bukanlah satu mazhab akan tetapi satu bentuk gerakan pemikiran agama yang banyak dipegang oleh ulama-ulama Haramayn (Mekah dan Madinah) kontemporari mengikuti pendekatan yang diambil oleh Muhammad bin Abd Wahhab (m.1792). Dari segi mazhab , mereka lebih hampir dengan mazhab Hanbali walaupun dari beberapa segi mereka lebih ketat dan keras.


Dalam sejarah tradisi ilmu Islam, aliran Wahhabi bukanlah mewakili arus perdana mazhab Ahl Sunnah wa al-Jamaah kerana sejak seribu tahun lebih, aliran yang menjadi peneraju kepada pentafsiran Ahl Sunnah wa al-Jamaah dalam bidang akidah ialah Asha’irah dan Maturidiyah, manakala dalam bidang fiqh ialah empat mazhab utama iaitu Shafi’i, Hanafi, Maliki dan Hanbali.


Dari segi pendekatan ilmiah, aliran Wahabi membawa pendekatan yang agak sempit dengan metodologi harfiah (literal) yang mereka ambil dalam memahami sumber agama khususnya al-Qur’an. Justeru itu, sebahagian dari pandangan mereka dalam agama bersifat agak keras terutama terhadap orang yang tidak mengambil pendekatan mereka. Pendekatan sebegini akhirnya telah membawa kepada kecenderungan untuk mudah mengeluarkan orang Islam dari lingkungan agama yang tidak sealiran dengan aliran Wahabi.



Contoh perbezaan pandangan golongan Wahabi yang agak jelas ialah pandangan mengenai sunnah dan bid’ah. Berdasarkan makna literal beberapa hadis Nabi, mereka menganggap bahawa setiap amalan ibadat yang tidak mengikuti secara langsung cara yang dibawa oleh Nabi saw, dianggap bid’ah dan terkeluar dari Islam.



Justeru itu banyak amalan dan pegangan yang telah diamalkan oleh masyarakat Islam telah dianggap terkeluar dari agama Islam oleh golongan Wahabi. Pendekatan ini telah menyebabkan perpecahan di kalangan sebahagian masyarakat yang telah lama mempunyai kesatuan dalam ibadat menurut pentafsiran imam-imam muktabar dalam mazhab Shafi’i dan dalam akidah menuruti aliran al-Ash’ari dan al-Maturidi.



Point pertama : Wahabi bukan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Seterusnya berita isu semasa berkenaan tawaran debat dibuat oleh Menteri di JPM Datuk Shahidan Kassim untuk menemukan kedua tokoh ini.


Menurut Sinar Harian http://www.sinarharian.com.my/nasional/zamihan-setuju-hadir-tazkirah-banduan-dapat-diganti-1.482170 Dr Asri Mufti Perlis telah mengesahkan Dr Zamihan telah bersetuju untuk hadir memenuhi jemputan debat bersama beliau pada 10 hb Feb 2016 di Putrajaya.


SHAH ALAM - Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Maza) bersyukur Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Waljamaah Malaysia (Aswaja), Zamihan Mat Zin dapat menghadirkan diri dalam program debat bersama beliau pada 10 Februari ini.

Beliau berkata, Zamihan telah menyatakan persetujuan untuk hadir dan menangguhkan program motivasinya kepada banduan pada tarikah tersebut.

“Urusan Presiden Pertubuhan Aswaja, Zamihan Mat Zin di Machang untuk memberikan motivasi kepada banduan Insya-ALLAH dapat diganti. Banduan rasanya Insya ALLAH tidak begitu sibuk dan tidak ke mana-mana.

“Alhamdulillah saya difahamkan bahawa pihak Zamihan telah bersetuju hadir. Tazkirah untuk banduan itu boleh dibuat hari sebelum ataupun selepas (hari debat) memandang beliau sendiri yang mencabar dengan menyatakan bila-bila masa, di mana-mana, apa-apa topik, sesiapapun peserta dan apapun format,” katanya menerusi posting Facebook hari ini.

Kelmarin, Zamihan dilaporkan tidak keberatan untuk mengambil tindakan undang-undang sivil dan mengadakan perdebatan dengan Dr Maza sekiranya Mufti Perlis itu terus mengaitkan dirinya dengan elemen pro syiah, ekstemis takfir dan sesat.

Demi mendapat pengesahan dari Dr Zamihan maka penulis telah menghubungi Dr Zamihan sebentar tadi jam 10.30 pagi dan penulis mendapat tahu bahawa beliau tidak pernah bersetuju tarikh tersebut kerana mempunyai arahan tugas rasmi di Kelantan.

Memandangkan cuti panjang bermula Sabtu hingga Selasa depan maka sebarang urusan rasmi menangguhkan arahan tersebut tidak dapat dibuat sekaligus menyukarkan debat 10 hb ini diadakan antara MAZA dan Zamihan.

Di Facebook DS Shahidan juga beliau telah menerima keuzuran tersebut dan mahu dibuat dalam tempoh 11 -17 hb Feb 2016 dengan dibuat siaran langsung di TV Bernama.

Debat kali ini juga dibuat tanpa sebarang surat dihantar oleh Menteri JPM melalui SUSK beliau dan hanya diwar-warkan melalui whatsapp dan disiarkan Sinar Harian di sini http://www.sinarharian.com.my/nasional/zamihan-setuju-hadir-tazkirah-banduan-dapat-diganti-1.482170





Beliau setuju agar sedikit masa diberikan untuk kebaikan semua pihak.

Selain itu menurut beliau lagi, format debat, tempat, audien juga tidak berlaku antara beliau dan pihak Shahidan Kassim yang mahu adakan debat tersebut.

Sebagai Menteri jaga bencana alam beliau sepatutnya membiarkan Menteri Agama membuat debat ini namun ia tidak berlaku seperti sepatutnya. Lebih teruk ia tidak mengikut prosedur rasmi dan lebih dilihat dibuat secara tergesa-gesa sehingga menjejaskan persediaan dibuat oleh Dr Zamihan yang terikat dengan jadual rasmi memulihkan pengganas, militan, banduan seluruh Malaysia. Selain menghadiri perbicaraan militan di mahkamah.

Portal Mynewshubb mengesahkan perkara ini http://www.mynewshub.cc/2016/02/05/zamihan-jawab-fitnah-mufti-perlis/ seperti laporan berikut :

Kata Zamihan, beliau terkejut apabila Mufti Perlis mendakwa beliau bersetuju untuk menyertai debat yang cuba digambarkan oleh Mohd. Asri sebagai wacana ilmiah tersebut sedangkan beliau sendiri masih belum menerima atau melihat surat jemputan itu.


“Aturcara pula mengikut seleranya apabila menjadikan 10 Februari sebagai tarikh wacana. Walhal pada tarikh itu saya bertugas memulihkan pengganas dan penjenayah di penjara Machang, Kelantan.


“Membuat keputusan tanpa merujuk tuan badan akan membuka ruang bagi menuduh saya takut untuk berdebat atau berwacana dengan Mohd. Asri pada tarikh berkenaan. Ternyata orang seperti ini mahir dengan seni auta,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.


Penulis mendapat tahu bahawa beliau telah dituduh syiah sejak 2001 oleh Dr Asri atau MAZA.






Beliau juga berulang kali telah membuat tawaran debat dengan MAZA pada tahun 2008, 2010 dan 2014. Namun tidak dijawab oleh beliau. Notis jemputan dalam masa singkat ini sememangnya berniat jahat dan hanya mahu menggagalkan pihak Dr Zamihan untuk hadir atas alasan beliau sedia bila-bila masa walhal ia juga perlu mengambil kira faktor lain seperti tugasan rasmi dan sebagainya.

Point kedua : Mufti Perlis Dr Asri penipu


Isu debat ini pada hemat penulis mungkin rentetan pengharaman 16 penceramah wahabi di Johor yang dikaitkan dengan Dr Zamihan di mana Mufti Perlis tersebut menuduh beliau sebagai dalang walhal ia ditandatangani oleh DYMM Sultan Johor sendiri bukan dipengaruhi oleh sesiapa. Rujuk berita pengharaman yang turut disiar di sini http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/39803-dr-asri-fathul-bari-antara-dilarang-berceramah-di-johor

Ia juga mungkin ekoran pengharaman fahaman wahabi dari disebarkan di Negeri Sembilan baru-baru ini yang membawa kepada tekanan untuk pihak digelar wahabi ini membuat debat secara koboi demi menjatuhkan maruah Dr Zamihan selepas Shahidan juga sebelum ini turut membuat kenyataan menyindir penjawat awam dari PDRM bahagian E8 Dato Ayob Mydin kerana menyebut tokoh rujukan Wahabi sebagai punca militan ekstremisme.

Sebagai seorang Mufti sudah tentu beliau tidak akan berbohong kerana sifat berbohong bukan sifat mulia yang layak bagi seorang Mufti hal ehwal agama Islam meskipun telah tersebar beliau dikaitkan dengan pembohongan sijil beliau di Jordan. Selain pernah dikait fitnah di Facebook isu jet Perdana Menteri http://taipingmali.blogspot.my/2014/01/isu-jet-kerajaan-maza-akui-silap.html Rakan blogger Pejuang Bangsa turut mengecam Asri di sini http://sejarahmelayu.blogspot.my/2014/01/dr-maza-tumpang-sekaki-sebar-fitnah.html

Selain Zamihan, Datuk Ustaz Kazim Elias juga difitnah oleh Asri bawa hadis palsu http://khairulryezal.blogspot.my/2015/03/apabila-mufti-perlis-yang-baru-dilantik.html sehingga kecoh satu Malaysia berhubung tuduhan yang begitu berat dan merosakkan imej beliau sebagai pendakwah terkemuka Malaysia.

Portal politik MyKMU turut mengecam tindakan Asri menabur minyak atas api ketika krisis banjir di Kelantan di sini http://www.mykmu.net/2014/12/orang-lain-sibuk-membantu-dr-maza-pimpin-rakyat-jalan-ke-neraka/ apabila mengkritik tindakan meletakkan label pada barang bantuan banjir.

Jangan terkejut Sultan Johor juga tidak terlepas dari fitnah Dr Asri berhubung Kembara Mahkota Johor yang melibatkan bas mewah http://celahgelegar.blogspot.my/2014/06/dr-asri-sebar-gambar-fitnah-kembara.html





Point ketiga : Mufti Perlis Dr Asri penfitnah

Asri bukan itu sahaja bahkan turut meyokong fatwa Dr Qaradawi bahawa gelatin babi itu halal kerana telah melalui proses transformasi / istihlal seperti disebut oleh blog di atas. Lebih teruk Asri juga mengecam tindakan Kerajaan menangkap Syiah di Gombak selain mempertahankan Sister in Islam isu khalwat.

Mufti Kedah dalam satu rakaman video juga telah menempelak Dr Asri dan Dr Fathul Bari dengan wahabi https://www.youtube.com/watch?v=_CVTt0BmjBE yang telah ditonton hampir 100 ribu pengguna alam maya.

Bermakna bukan Dr Zamihan sahaja menuduh beliau sebagai wahabi.

Pendakwah tersohor Ust Azhar Idrus turut menempelak wahabi dalam video beliau di sini https://www.youtube.com/watch?v=uEdicBYluOk

Imbas juga kisah penahanan Dr Asri kerana mengajar tanpa tauliah oleh JAIS kerana dikaitkan dengan wahabi membuktikan majoriti ulama menolak wahabi dan menyekat fahaman ini kerana ia bahaya kepada umat Islam.

Lihat page Facebook ini untuk info lanjut penolakan beberapa negeri di Malaysia terhadap Asri dan melarangnya dari menyebarkan fahaman beliau https://www.facebook.com/SunniMalaysia/?fref=nf yang mempunya 34,214 likes dari pengguna FB.

Banyak ulama dunia mengesahkan fahaman wahabi adalah punca militan /ekstremisme di dunia sehingga mencemarkan maruah Islam.


Point keempat : Dr Asri ditolak majoriti Ulama


Sementara itu beberapa tokoh mahu debat ini diadakan secara tertutup sepert Dr Asyraf Wajdi http://www.sinarharian.com.my/nasional/debat-dr-asri-zamihan-lebih-baik-secara-tertutup-1.482664 dan Syed Abd Kadir Syed Hussin Aljoofre http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/pendakwah-sokong-debat-asri-zamihan-diadakan-1.482208

Ia mahu isu ini yang sukar difahami orang awam dihadiri oleh ilmuan islam sahaja demi mengelakkan fitnah dan kecelaruan di kalangan mereka.


Pendakwah sokong debat Asri-Zamihan diadakan


ASYRAF MUHAMMAD


5 Februari 2016





Ustaz Syed Abd Kadir


SHAH ALAM – Pendakwah terkenal, Syed Abd Kadir Syed Hussin Aljoofre menyokong debat di antara Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin bersama Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jammah(Aswaja), Zamihan Mat Zin diadakan.


Bagaimanapun, beliau berpendapat adalah lebih sesuai sekiranya sesi debat berkenaan dilaksanakan secara tertutup dan dihadiri ilmuwan agama.


“Debat ini lebih sesuai dibuat secara tertutup kerana kita bukannya mencari kemenangan tapi kebenaran.


“Kalau dibuat secara terbuka ia hanya bertujuan untuk menaikkan populariti masing-masing dan bukan untuk mencari kebenaran,”katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.



[ARTIKEL BERKAITAN:Zamihan setuju hadir, tazkirah banduan dapat diganti]


Beliau berkata, sekiranya niat kedua-dua pihak adalah untuk mencari kebenaran, ia akan memberi kebaikan kepada umat Islam khususnya di negara ini.


Tambahnya, isu melibatkan umat adalah terlalu meluas dan sekiranya tidak diuruskan dengan sempurna, ia dibimbangkan akan menimbulkan kekeliruan khususnya kepada golongan muda.


Dalam pada itu, Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din memaklumkan bahawa setiap pihak perlu mengetahui terlebih dahulu tujuan penganjuran debat yang bakal diadakan pada Rabu Depan bagi menggelakkan berlakunya salah faham


Menurutnya, jika dalam sesi berkenaan setiap pihak hanya berdebat untuk mencari kemenangan, ia merupakan satu tindakan yang sia-sia memandangkan tiada istilah berkenaan dalam isu keagamaan.


“Kalau sekadar semata-mata nak nyatakan pendapat, tak perlu debat. Benda Khilaf ini takkan selesai kerana melalui debat mereka hanya nyatakan pandangan masing-masing,”katanya.


Kesimpulannya :


Mufti Perlis terbukti seorang yang banyak masalah sebelum ini. Ditahan oleh JAIS pada Nov 2009 kerana mengajar tanpa tauliah, kritik tindakan jabatan agama buat serbuan khalwat, kecam Kerajaan tahan Syiah, sokong Sister in Islam, menfitnah PM, Sultan Johor, Datuk Kazim Elias, Dr Zamihan membuktikan masalah beliau ini telah mengelirukan masyarakat. 

Artikel berkenaan sokongan beliau kepada Sister in Islam baca di sini http://penembak-tepat.blogspot.my/2009/11/edisi-panas-sister-in-islam-turut-hadir.html dan kenyataan mengkritik kerajaan menahan pengikut Syiah di sini https://www.malaysiakini.com/news/151614


Sudah sampai masanya masyarakat sedar siapa beliau sebenar dan membuat keputusan untuk menolak fahaman wahabi ini dari berkembang di Malaysia.


Penafian guru Dr Zamihan iaitu Syeikh Hassan Saqqaf beliau seorang syiah di sini https://www.youtube.com/watch?v=vxwZQwySYqk

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate