Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

08 Februari 2016

Dr Asyraf Tidak Setuju Debat Dr Asri vs Dr Zamihan Diadakan Terbuka Kepada Orang Awam




SHAH ALAM – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berpendapat program debat melibatkan Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Waljamaah Malaysia (Aswaja), Zamihan Mat Zin dengan Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin perlu diadakan secara tertutup.

Menurutnya menerusi kenyataan hari ini, ia bagi mengelakkan fitnah dan mudarat melibatkan orang awam yang mungkin sukar memahami dan menerima perbezaan antara dua fahaman yang ditegakkan oleh dua pemimpin agama itu.

Menurutnya lagi, kehadiran peserta pada program itu tidak perlu dibuka kepada orang ramai, sebaliknya hanya perlu dibuka kepada golongan ulama dan cendekiawan sahaja.

“Pandangan saya lebih molek program ini diadakan secara muzakarah mahabbah atau perbincangan harmoni secara tertutup.

“Polemik yang tercetus seolah-olah program ini bagaikan suatu pentas perdebatan untuk menentukan siapa juara hujah juga hanya akan mengelirukan bahkan memberikan gambaran tidak baik terhadap ulama dan Islam secara umumnya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Beliau berkata, perbezaan ideologi dan fikrah tidak akan mungkin dapat diselesaikan dalam satu majlis apatah lagi jika dilaksanakan secara terbuka.

“Lebih membimbangkan jika kalangan pengikut yang taksub, tidak mampu menerima pandangan berbeza atau bersetuju untuk tidak bersetuju.

“Sebab itulah bagi saya adalah lebih wajar forum seperti ini diadakan secara tertutup dengan dihadiri golongan ulama, ahli ilmu dan cendekiawan dengan harmoni dan penuh berlapang dada,” katanya lagi.

Dr Asri dan Zamihan dikatakan bakal berdepan antara satu sama lain menerusi satu wacana yang dianjurkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.

Asyraf Wajdi dalam kenyataannya turut menekankan matlamat penganjuran program tersebut.

Menurutnya lagi, program wacana yang dirancang mestilah bersifat mendidik umat dan masyarakat untuk belajar memahami perbezaan yang ada dan bersedia bertoleransi menerima pandangan berbeza.

“Saya rasa tak sihat apa yang dah tersebar dalam media sosial seolah-olah satu debat antara Dr Asri yang mewakili satu fahaman dengan Zamihan satu lagi fahaman,” katanya.







Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate