Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

14 Februari 2016

YAB TPM @Zahid_Hamidi Lantik Haron Din Kluster Dakwah Majlis Perundingan Islam (MPI)

Haron Din dilantik ketua kluster dakwah MPI

Wartawan Sinar Harian
13 Februari 2016


Haron Din


SHAH ALAM - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melantik Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din sebagai ketua kluster dakwah dalam Majlis Perundingan Islam (MPI) yang diadakan kelmarin.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengesahkan perkara itu dalam laman sosial Facebooknya, semalam.

Menurut Asyraf, antara resolusi penting MPI yang dipengerusikan Ahmad Zahid Hamidi ialah menghimpunkan ahli-ahli majlis seramai 87 orang daripada pelbagai latar belakang, ideologi dan fikrah di bawah tujuh kluster khusus.

Katanya, ia bagi membolehkan perbincangan secara tuntas dan telus dapat dilakukan bagi mencari formula terbaik dan mencadangkan penyelesaian kepada pelbagai isu yang menimpa umat Islam di Malaysia.

“Kluster ini seterusnya akan membawa cadangan kepada MPI bagi disepakati bersama,” katanya.

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate