Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

13 April 2016

ZAID Tidak Perlu Puji @Zahid_Hamidi Boleh Ganti @Najib_Razak Jadi Perdana Menteri


Bekas Menteri ZAID Ibrahim dilapor memuji melangit tinggi bahawa Zahid boleh ganti Najib.
Beri Zahid peluang ganti Najib, kata bekas menteri
https://m.malaysiakini.com/news/337541#.VwzimO7UcXk.twitter

Antara lain beliau dilapor portal Malaysiakini menulis di blog beliau :
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim mahu semua pihak memberi peluang kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk menerajui negara.

Menulis di blog, katanya, rakyat telah sekian lama melalui kemelut skandal 1MDB dan bersetuju dengan perdana menteri bahawa semua pihak mesti bergerak ke hadapan tetapi bukannya bersama Datuk Seri Najib Razak.

"Beliau (Zahid) perlu beritahu perdana menteri, dengan tegas, bahawa peralihan kuasa perlu mengambil tempat sebaik sahaja pilihan raya Sarawak selesai, dan tidak boleh menunggu sehari lebih lama.

"Beliau mesti meletakkan kepentingan negara terlebih dahulu, walaupun ini bermakna mengambil sebarang langkah akan meletakkan dirinya dalam risiko.

"Beliau perlu menjalankan pemberontakan ini," kata Zaid yang bersama Tun Dr Mahathir Mohamad yang terbabit secara aktif dalam gerakan Deklarasi Rakyat bagi 'Selamatkan Malaysia' dengan agenda utama menumbangkan Najib.

ZAID Tidak Perlu untuk menunjukkan kejujuran beliau sebagai bekas Menteri yang dikenali ramai dengan berbagai kenyataan dan gosip yang tidak boleh diterima rakyat yang bermoral untuk melagakan antara Zahid dan Najib.

Gandingan yang mantap ini tidak akan boleh dipatahkan dengan kenyataan ZAID di blognya kerana kekuasaan bukan sesuatu yang dikejar Zahid dari dulu hingga ke hari ini.

Zahid bukan seperti ZAID yang rela melupakan maruah dan asas perjuangan sebelum ini di dalam umno demi mengejar kekuasaan dalam parti musuh umno meskipun gagal dalam percubaan tersebut di Parlimen Hulu Selangor.

Zahid juga bukan tamak seperti ZAID yang sanggup bersama bekas PM Tun Mahathir untuk menjatuhkan Presiden dan Perdana Menteri DS Najib Tun Ab Razak.

Zahid jika sama sikapnya dengan ZAID susah tentu beliau akan mencabar jawatan Timbalan Presiden Umno namun tidak melakukannya kerana nasihat Pak Lah selaku Presiden ketika itu.

Zahid jika ikutkan kecewa seperti ZAID juga akan keluar parti untuk melawan Umno selepas dikenakan ISA namun berkat istikharah mohon petunjuk akhirnya belia kekal istiqamah dalam Umno hingga diangkat kembali oleh Allah sebagai Menteri menjaga ISA walau ia dimansuhkan dalam era transformasi Najib.

ZAID perlu berhenti melagakan antara pemimpin atau ZAID akan dikecam kerana terus membuat provokasi atas keutuhan persahabatan antara PM dan TPM.

Cukuplah keliberalan ZAID selama ini dan jangan ia ditambah lagi dengan usaha halus beliau untuk pecahkan kesetiakawanan antara Jawa dan Bugis ini demi masa depan Malaysia.


Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate