Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

15 Mei 2016

Analisa PRK Sungai Besar dan PRK Kuala Kangsar Berdasar Keputusan PRU 13 dan PRN Sarawak



Analisa PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar



PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar adalah pilihan raya kecil ke-11 selepas PRU13 yang berlangsung pada 5 Mei 2013.


Sepuluh PRK sebelum ini ialah PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Terengganu (24 Julai 2013); PRK DUN Sungai Limau, Kedah (4 Nov 2013); PRK DUN Kajang, Selangor (23 Mac 2014); PRK DUN Balingian, Sarawak (29 Mac 2014); PRK


Parlimen Bukit Gelugor, Pulau Pinang (25 Mei 2014); PRK Parlimen Teluk Intan, Perak (31 Mei 2014); PRK DUN Pengkalan Kubor, Kelantan (25 Sept 2014) dan PRK DUN Chempaka, Kelantan (22 Mac 2015); PRK Parlimen Rompin, Pahang (5 Mei 2015); dan PRK Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang (7 Mei 2015).


Pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar, Perak dan Sungai Besar, Selangor akan diadakan serentak pada 18 Jun ini. Tarikh penamaan calon bagi kedua-dua PRK itu pada 5 Jun, manakala pengundian awal pada 14 Jun.


Parlimen Kuala Kangsar mempunyai 32,949 pemilih berdaftar melibatkan pengundi biasa (32,632), pengundi awal (312) dan pemilih tidak hadir luar negara (lima).


Parlimen Sungai Besar pula mempunyai 42,655 pemilih berdaftar dengan pengundi biasa (42,365), pengundi awal (286) dan pemilih tidak hadir luar negara (empat).


Daftar pemilih pilihan raya bagi kedua-dua bahagian pilihan raya berkenaan akan mula dijual pada 2 Jun, manakala anggaran belanjawan yang diperlukan bagi mengendalikan kedua-dua PRK ini adalah sebanyak RM2.7 juta,


Sudah beberapa kali dalam sejarah PRK diadakan pada bulan puasa dan yang terbaharu di Kuala Besut, Terengganu (24 Julai 2013).
Analisa Parti Bertanding 

1. PAS mahu bertanding di kedua kerusi kerana kalah dengan majoriti kecil pada PRU13
2. DAP tidak berminat bertanding di kedua kerusi.
3. PKR juga dijangka meletakkan calonnya di Sg Besar.


Spekulasi Calon

1. BN mungkin meletakkan isteri calon di Kuala Kangsar dan akan umum seminggu sebelum penamaam calon pada 5 Jun 2016.
2. PAS dan PAN mungkin meletakkan calon di Kuala Kangsar.
3. PKR dan PAS mungkin menentang BN di Sg Besar.


Faktor Kekalahan dan Kemenangan BN

BN mungkin sedikit sukar kerana perpecahan dalaman antara Najib dengan Tun Mahathir disertai Tan Sri Muhyiddin dan Dato Seri Shafie APdal. Terbaru Tun Mahathir telah menandatangani deklarasi rakyat pada 4 Mac 2016 yang disertai pembangkang seperti PAN, DAP dan PKR. Lebih 50 pemimpin menandatanganinya termasuk bekas Presiden MCA DS Lim Liong Sik.

mahathir malaysiakini najib


Tun Mahathir telah keluar parti pada 29 Feb 2016 buat kali kedua selepas kali pertama semasa zaman Pak Lah menjadi Perdana Menteri.

Kuala Kangsar juga turut menjadi tempat bekas pemimpin wanita UMNO ( Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia ) yang keluar parti dan bertanding bebas ( Datuk Kamilia) walau hanya mendapat 447 undi dan hilang wang deposit.

PAS menganggap beliau saingan utama mereka pada PRU yang lalu.

Kemenangan Datuk Wan Khair-il juga tidak sama dengan majoriti calon BN pada PRU 12 Datuk Seri Rafidah Aziz yang menewaskan calon PAS Dr Khairuddin Abdul Malik dengan majoriti 1458 undi.

Kejayaan di Sarawak tidak sama dengan situasi di Semenanjung.

Perpecahan antara PAS dan PAN selain pergeseran antara Azmin dan Azizah serta skandal Banglo Lim Guan Eng mungkin menjadi faktor peluang kemenangan BN di Sg Besar dan Kuala Kangsar.


Faktor Kemenangan 

Strategi BN meletakkan Dr Zambry dan Ds Noh Omar sebagai Pengarah PRK Kuala Kangsar dan Sg Besar dengan diselaras oleh Pemangku Timbalan Presiden DS Dr Ahmad Zahid Hamidi dan dibantu Naib Presiden DS Hishammuddin Hussein mungkin menggandakan lagi skala kempen BN di kedua kawasan yang ditandingi. 

Dengan petunjuk ekonomi yang semakin baik selain kemenangan bergaya BN di Sarawak barangkali boleh memberi semangat berbeza kepada rakyat untuk terus memilih BN di kedua PRK ini.

Dengan pengundian pada bulan Ramadhan dijangka emosi kedua parti akan lebih stabil dan tidak mudah membuka ruang kepada kempen yang menyalahi undang-undang atau syariat Islam.

Kenyataan DS Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa calon 'winniable' dan 'likeable' akan dipilih meningkatkan lagi keyakinan rakyat kepada BN.


KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM
PARLIMEN
NEGERI : SELANGOR

BAHAGIAN PILIHAN RAYA : P.093 - SUNGAI BESAR
NAMA PENUHPARTIBILANGAN UNDIKEPUTUSAN
1. MOHAMED SALLEH BIN M HUSIN PAS18,296
2. NORIAH BINTI KASNON BN18,695MENANG

JUMLAH PEMILIH BERDAFTAR:42,837
JUMLAH KERTAS UNDI DITOLAK:690
JUMLAH KERTAS UNDI DALAM PETI UNDI:37,681
JUMLAH KERTAS UNDI DIKELUARKAN:37,810
JUMLAH KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN:129
PERATUS PENGUNDIAN:88.30%
MAJORITI:399

KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM
PARLIMEN
NEGERI : PERAK

BAHAGIAN PILIHAN RAYA : P.067 - KUALA KANGSAR
NAMA PENUHPARTIBILANGAN UNDIKEPUTUSAN
1. KAMILIA BINTI IBRAHIM BEBAS447HILANG DEPOSIT
2. WAN MOHAMMAD KHAIR-IL ANUAR BIN WAN AHMAD BN14,218MENANG
3. KHALIL IDHAM LIM BIN ABDULLAH PAS13,136
JUMLAH PEMILIH BERDAFTAR:33,540
JUMLAH KERTAS UNDI DITOLAK:407
JUMLAH KERTAS UNDI DALAM PETI UNDI:28,208
JUMLAH KERTAS UNDI DIKELUARKAN:28,283
JUMLAH KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN:75
PERATUS PENGUNDIAN:84.30%
MAJORITI:1,082

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate