Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

29 Mei 2016

Kumpulan kedua rakyat Syria tiba disambut YAB TPM @Zahid_Hamidi


Kumpulan kedua rakyat Syria tiba

SYUKRI SHAARI
29 Mei 2016 12:47 AM

KUALA LUMPUR 28 Mei - Malaysia terus berusaha me­­realisasikan komitmen da­­lam membantu rakyat Syria yang berhadapan dengan konflik perang saudara di negara mereka dengan menerima keha­diran kumpulan kedua rakyat negara itu hari ini.

Kumpulan kedua berkenaan yang melibatkan 68 orang daripada 18 keluarga tiba kira-kira pukul 11.30 pagi ini di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Su­bang dekat sini.

Ketibaan kumpulan rakyat Syria itu disambut oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang diiringi oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Ahmad Zahid berkata, sasaran asal ialah seramai 150 rakyat Syria akan menjadi kumpulan kedua tiba, tetapi selepas disaring daripada aspek kesihatan, keselamatan dan pemeriksaan dokumen, hanya 68 orang yang melepasinya.

Katanya, kumpulan kedua itu akan ditempatkan di negara ini secara sementara di Setia Alam dan diberikan Sijil Perakuan Cemas.

"Kesemua 18 keluarga ini akan ditempatkan sementara di sebuah apartmen tiga bilik di Setia Alam. Pertubuhan - pertubuhan bukan ke­­rajaan (NGO) akan membantu me­nguruskan penempatan mereka dan lihat kepada soal kebajikan serta beberapa perkara lain.

"Ini kerana kumpulan kedua yang kita sambut terdiri daripada ka­langan profesional yang antaranya merupakan jurutera, doktor, pensyarah dan sebagainya. Jadi, sekira­nya ada dalam kalangan mereka boleh diambil bekerja di beberapa syarikat, maka Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) akan dikeluarkan.

"Begitu juga dengan mereka yang terdiri daripada golongan pelajar, kita akan keluarkan visa pelajar. Ini termasuklah peringkat tadika, sekolah rendah, menengah, apatah lagi yang layak masuk universiti," katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri program sambutan Ketibaan Migran Syria di sini hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap pada sesi perbahasan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Amerika Syarikat tahun lalu memberi komitmen bahawa kerajaan Malaysia sanggup menerima sebanyak 3,000 pelarian dari Syria yang dilanda konflik bagi menangani krisis pelarian di negara tersebut.

Kumpulan pertama rakyat Syria seramai lapan orang terdiri daripada dua keluarga tiba di negara ini pada 8 Disember tahun lalu.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid memberitahu, kerajaan menjangka menyambut ketibaan kumpulan ketiga dan keempat rakyat negara itu pada bulan Ramadan ini.

Katanya, kerajaan menjangkakan seramai 200 orang lagi pada ketibaan akan datang tetapi menjelaskan bahawa semuanya bergantung kepada proses saringan.

"Sebenarnya untuk tahun ini kita sasarkan 500 rakyat Syria akan tiba tinggal sementara. Kita akan uruskan setelah bekerjasama dengan duta Lebanon untuk pergi ke kem pelarian di Lembah Bekaa," jelas beliau.

Menurut Ahmad Zahid, setakat ini kerajaan telah membelanjakan peruntukan sebanyak RM2 juta untuk membawa rakyat negara itu, tetapi percaya masih perlu tambahan.

"Sebab itu kami memohon bantuan orang ramai. Kutipan derma telah dimulakan, diharapkan sumbangan akan berterusan kerana keprihatinan rakyat Malaysia amat didambakan," ujar beliau.

- See more at: http://m.utusan.com.my/berita/nasional/kumpulan-kedua-rakyat-syria-tiba-1.335907#sthash.z3LJWOt7.dpuf

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate