Pengikut Blog Panglima

27 Mei 2016

MSAN setuju negeri, Pusat laksana pembekalan sumber air tanah - @Zahid_Hamidi


MSAN setuju negeri, Pusat laksana pembekalan sumber air tanah - Zahid

BERNAMA
26 Mei 2016 6:36 PM

KUALA LUMPUR 26 Mei - Mesyuarat Majlis Sumber Air Negara (MSAN) hari ini bersetuju kerajaan negeri dan Pusat melaksanakan pembekalan sumber air tanah sebagai air mentah secara berterusan di loji rawatan air sedia ada bagi menghadapi kemarau.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan itu dibuat berikutan cuaca panas melampau beberapa bulan lepas hingga menyebabkan 17 daripada 505 loji rawatan air di negara ini kekurangan sumber air mentah.

"Mesyuarat hari ini turut membincangkan empat kertas pertimbangan mengenai penyelarasan tadbir urus sumber air bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan dan pembangunan sumber air negara," katanya dalam kenyataan media yang diedarkan selepas mempengerusikan mesyuarat MSAN ke-11, di Menara Parlimen hari ini.

Mesyuarat berlangsung kira-kira dua jam itu turut dihadiri Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili, menteri -menteri besar, ketua-ketua menteri dan menteri-menteri persekutuan serta exco kerajaan negeri.

Menurut Ahmad Zahid, MSAN juga bersetuju supaya Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (Nahrim) dan Jabatan Pengairan dan Saliran melaksanakan Kajian Pelan Induk Sistem Bekalan Air Konjungtif di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. - BERNAMA

- See more at: http://m.utusan.com.my/berita/nasional/msan-setuju-negeri-pusat-laksana-pembekalan-sumber-air-tanah-zahid-1.334876#sthash.1jak5Vpf.dpuf

Catat Ulasan