Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

23 Mei 2016

NGO Berkaitan Dadah Perlu Utamakan Keberhasilan Program Perangi Dadah-Ahmad @Zahid_Hamidi

KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu badan-badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan dadah mengutamakan keberhasilan program yang dilaksanakan untuk memerangi penyalahgunaan dadah.

Timbalan Perdana Menteri berkata, meskipun pelbagai aktiviti dilaksanakan NGO dan agensi kerajaan untuk membanteras penyalahgunaan dadah, jumlah penagih dadah masih tidak berkurangan setiap tahun.

"Kita harus melihat bukan hanya dari segi output...berapa banyak persatuan yang ada. Berapa banyak aktiviti yang ada. Berapa banyak wang yang akan diberikan.

"Tetapi kita kena lihat apakah hasilnya. Apakah keberhasilannya daripada dana yang diberikan kerajaan, selain daya pintar yang dibuat NGO dan pusat pemulihan daripada kerajaan," katanya semasa melancarkan Majlis Penyalahgunaan Dadah Malaysia (MASAC) di sini hari ini.

Sempena pelancaran itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri turut menyerahkan dana RM2 juta kepada MASAC sebagai geran tahunan untuk melaksanakan pelbagai program bagi memerangi najis dadah.

MASAC adalah gabungan 60 NGO dan pusat pemulihan persendirian yang menjalankan program dan aktiviti berkaitan penyalahgunaan bahan terlarang, termasuk menyediakan rawatan dan pemulihan dadah.

Menurut Ahmad Zahid beliau juga mahu melihat hasil daripada penubuhan MASAC menerusi dana yang diberikan.

"Mulai hari ini, kita tutup buku lama. Kita buka buku baharu. Saya telah isytiharkan di Sarawak tahun membanteras dadah. Tetapi jangan biarkan saya keseorangan kerana saya yakin saya tidak keseorangan. Saya yakin saudara-saudari boleh melakukan yang terbaik," katanya.

Beliau berkata sudah tiba masanya NGO dan pelbagai pihak tanpa mengira bangsa untuk bersatu membanteras penyalahgunaan dadah dan memulihkan para penagih dengan menggunakan pelbagai pendekatan.

"Kita semua adalah aset kepada negara. Kalau menjadi pesakit, aset ini akan bertukar menjadi liabiliti. Jadi tanggungan kepada masyarakat, ibu bapa dan institusi sosial dan beban kepada negara," kata beliau.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/newsindex.php?id=1248107

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate