Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

12 Disember 2016

700 Ribu Kad Pengenalan Di Johor : @KDNPutrajaya Tampil Nafikan Tuduhan Dr Mahathir | Barisan Nasional


KDN Tampil Nafikan Tuduhan Dr Mahathir

alwi ibrahim.jpg

Tuduhan yang dilemparkan oleh Mantan Perdana Menteri serta menakut-nakutkan rakyat berkaitan 700,000 warga asing di Johor yang kononnya akan diberi kad pengenalan (IC) untuk  menjadi pengundi ternyata palsu dan tidak benar. 

Tuduhan Dr Mahathir yang dimuatnaik  di dalam entri blog peribadinya, chedet.cc bertarikh 6 Disember lalu dan diulanginya di dalam satu siri ceramah di Pasir Gudang, Johor baru-baru ini bukan sahaja dibidas oleh Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin malahan hari ini, Kementerian Dalam Negeri (KDN) turut tampil menafikan tuduhan Dr Mahathir Itu. 

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Alwi Ibrahim Dalam satu kenyataan hari ini, menegaskan bahawa penganugerahan kewarganegaraan merupakan anugerah tertinggi kerajaan Malaysia. 

"Ini merupakan hak eksklusif kerajaan persekutuan yang tidak ditawarkan dan tidak diberikan dengan sewenang-wenangnya. 

"Adalah tidak benar ke atas dakwaan bahawa kerajaan akan memberikan kad pengenalan kepada 700,000 warga asing," katanya. 

Alwi berkata setiap permohonan kewarganegaraan memerlukan penelitian yang terperinci seperti yang diperuntukkan di bawah Bahagian III, Perlembagaan Persekutian. 

Ini kerana ia akan menyebablan individu yang berkenaan menikmati keistimewaan dan hak yang sebelum ini dinikmati seseorang yang berstatus warganegara sahaja, katanya. 

"Kementerian sentiasa komited dalam memastikan semua penganugerahan kewarganegaraan adalah teratur dan mematuhi perundangan yang berkuat kuasa agar keselamatan, keharmonian, perpaduan dan ketenteraman awam terpelihara," katanya.

http://www.barisannasional.org.my/news/kdn-tampil-nafikan-tuduhan-dr-mahathir


Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate