Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

26 Disember 2016

Blue Tears / Blue Sand Pulau Sembilan, Bagan Datuk Bakal Destinasi Pelancongan Dunia

Pandangan Memukau Kristal Kebiruan Di Pesisiran Pantai Taman Negeri Pulau Sembilan, Bagan Datuk, Bakal Destinasi Pelancongan Dunia

Pandangan Memukau Kristal Kebiruan Di Pesisiran Pantai Taman Negeri Pulau Sembilan, Bagan Datuk, Bakal Destinasi Pelancongan Dunia

pulau-9

Oleh Azreyna Razali

Ajaib dan aneh ! Pemandangan kristal-kristal kebiruan mewarnai sepanjang pesisiran pantai.

Begitulah pandangan pertama pengunjung yang pertama kali datang ke Taman Negeri Pulau Sembilan, yang terletak 10 kilometer dari tanah besar Bagan Datuk, Perak.

pulau-9-a

Malahan pengunjung yang pernah ke Taman Negeri Pulau Sembilan pun sendiri masih tidak percaya adanya ajaib di pulau bekenaan.

Fenomena itu dikenali sebagai phytoplankton atau lebih dikenali dengan 'Blue Tears' atau pun 'Blue Sand'.

Taman Negeri Pulau Sembilan ini sebenarnya terdiri daripada sembilan gugusan pulau iaitu Pulau Agas, Pulau Lalang, Pulau Saga, Pulau Nipis, Pulau Rumbia, Pulau Payong, Pulau Buluh, Pulau Batu Putih dan Pulau Batu Hitam.

pulau-9-b

Tarikan lain pula ialah kesukaan sekumpulan ikan lumba-lumba dan penyu di sekitar Taman Negeri Pulau Sembilan, di samping tumpuan kaki penyelam skuba.

Air bak kristal dan jernih ini adalah lubuk dunia dasar laut yang tidak diketahui ramai, malahan dikatakan lebih baik daripada pulau-pulau yang menjadi tumpuan penyelam skuba dari seluruh dunia ke Sabah.

pulau-9-c

Taman Negeri Pulau Sembilan ini mempunyai potensi yang cerah sebagai satu destinasi pelancongan bertaraf dunia.

Ahad lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Ahli Parlimen Bagan Datoh, turun ke Pulau Sembilan bagi melihat sendiri keindahan alam semulajadi dan mahu suntikan ekonomi baharu di pulau berkenaan, diperkasakan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan,

Kini Taman Negeri Pulau Sembilan turut menjadi lokasi pilihan jurugambar professional dari seluruh dunia bagi merakam keajaiban yang tidak ada di kawasan dunia lain.



Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate