Ia berlaku selepas DAP membuat sidang akhbar menafikan poster berkenaan susunan kabinet mereka yang juga tersebar dengan kedudukan Tun Mahathir menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Faktor fitnah sebegini dihala kepada YAB TPM Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kemungkinan dari beberapa faktor :
1. Mood perang PRU14 yang dilihat begitu ketara dalam PAU yang lalu maka usaha melagakan Najib dengan Zahid mula dilakukan sehingga ke tahap mereka cipta surat palsu kononnya mendesak Najib letak jawatan.
Ikrar setia Zahid hingga dipuji Najib menambahkan lagi kesakitan hati mereka ekoran dihasut syaitan yang durjana untuk membuat fitnah keji dan bahaya ini.
2. TPM Zahid Hamidi dilihat berupaya membangkitkan semangat dan menyatukan UMNO dalam ucapan perasmian sayap dan melalui kursus biro latihannya iaitu Keris 2314 yang akan bermula siri 2.0 tidak lama lagi.
3. Zahid dilihat komited bantu Rohingya sekaligus menjadi simbol perpaduan umat Islam antara dua parti Utama Melayu Islam. Najib dan Hadi sanggup duduk sepentas demi ummah yang menggabungkan semangat 316 NGO NGO Islam Malaysia dengan puluh ribu hadir memenuhi Stadium Titiwangsa minggu lalu.
4. Pihak pembangkang hanya akan berjaya memerintah Malaysia jika UMNO dilemahkan dengan fitnah sebegini kerana BN bergantung kepada kekuatan UMNO dan tidak mustahil BN boleh tumbang jika UMNO berpecah lagi jika fitnah sebegini ditelan membuta tuli oleh orang yang kurang teliti dan tidak berhati-hati menerima info di media sosial akhir zaman ini.
Sempena berkat Maulid Nabi hari ini kita sama-sama berazam agar jangan menjadi antara kalangan tukang penyebar fitnah atau salah seorang jurutera tidak bergaji kilang fitnah.
Jangan lupa bahaya fitnah sangat besar dan jangan lupa banyak perkara merosakkan umat kerana fitnah sesama sendiri.
Selamat meraikan Maulid Nabi hari ini semoga kekal cinta kepada baginda dan bertambah kasih hingga kita boleh berkasih sayang sesama saudara seagama dan berani mempertahankan Islam dan umatnya tanpa menzalimi umat bukan Islam yang hormat agama kita....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan