Surat palsu Kabinet baharu usaha lagakan pemimpin UMNO - Razali
AYER KEROH: Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Razali Ibrahim menafikan dirinya terbabit dalam senarai palsu cadangan Kabinet baharu yang viral di aplikasi WhatsApp.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, surat berkenaan bukan sahaja palsu malah format penulisan juga secara jelas tidak betul.
"Tindakan membuat surat palsu itu hanya boleh menimbulkan rasa marah terutama kepada sesiapa yang tidak tersenarai. Saya rasa itu semua perkara yang tidak menguntungkan.
"Siapa pun yang buat saya tidak rasa perkara itu boleh membawa kita ke mana-mana selain kalau ada nama di dalam itu dia mungkin rasa seronok, kalau tiada, dia rasa marah, akhirnya apa kita dapat? Hentikanlah perkara tidak berfaedah ini," katanya selepas menghadiri Majlis Konvokesyen Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (KAYM) ke-14, di Seri Negeri.
Jelas Razali, beliau tidak menolak pihak tidak bertanggungjawab sengaja ingin menimbulkan huru-hara dalam senarai Kabinet dan mahu ia dihentikan sebelum tindakan lebih tegas diambil.
Surat yang dimaksudkan ialah :
Tiada ulasan:
Catat Ulasan