Saya baru sahaja membaca artikel Parpukari bertajuk CELCOM di ambang kemusnahan kerana CEO Mat Saleh http://parpukari.blogspot.my/2017/01/cili-kasi-taruk-celcom-diambang.html
Banyak kisah berlaku dan saya tidak perasan CEO CELCOM sudah bertukar rupanya
AXIATA dalam satu kenyataan telah menjawab sebelum ini justifikasi perlantikan CEO baru yang bukan warga Malaysia http://www.thestar.com.my/news/nation/2016/08/30/axiata-group-defends-celcom-new-non-bumi-ceo/
Axiata’s response was in reference to remarks
by Klang Umno chief Datuk Nasaruddin M. Zin, who said at the division’s
meeting recently that the CEO position in Celcom should be given to a
Malay or Malaysian.
“In his CEO role, he will continue to carry
the Prime Minister’s approved mandates to empower bumiputra human
capital and equality of opportunity as his personal KPI,” the company
added.
Sebagai pengguna tegar Celcom saya berpendapat sesiapa pun boleh dilantik. Tidak kisah asalkan mereka di bawah Chairman Melayu Bumiputera.
Walaupun kadangkala ada juga jenis yang nama sahaja Melayu Bumiputera namun sikap dan pendirian lebih teruk dari bukan Bumiputera.
Utusan juga sebelum ini pernah menulis artikel berkenaan masalah CELCOM bertajuk 'Masalah Celcom jadi bualan di Facebook' http://ww1.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140404/dn_15/Masalah-Celcom-jadi-bualan-di-Facebook
"Antara masalah yang diutarakan ialah tentang kualiti capaian internet
yang kurang memuaskan, caj talian prabayar dan kesukaran menghubungi
talian perkhidmatan pelanggan syarikat telekomunikasi tersebut."
Pengalaman peribadi penulis setakat ini boleh dikira dengan jari masalah liputan CELCOM. Panggilan ke Pusat Perkhidmatan Pelanggan juga sangat bagus.
Cuma jika benar CELCOM makin kerugian kerana CEO baru maka mungkin penilaian semula perlu dibuat.
Jangan kerana kesilapan membuatkan satu GLC besar negara akan runtuh,
Dakwaan blog https://telcogila.wordpress.com/2016/12/05/celcom-lost-80000-customers-in-the-last-3-months/ dalam artikel bertarikh 1.12.2016 bahawa CELCOM kehilangan 80 ribu pelanggan dalam masa tiga bulan juga perlu disiasat. Jika tidak benar maka elok blog yang sebar fitnah ini disaman. '
Sebagai pengguna tegar sejak dahulu dengan CELCOM diharap isu ini tidak akan menjejaskan masa depan CELCOM sebagai penjana hasil pendapatan yang besar kepada Kerajaan.
Pihak terbabit perlu menjelaskan isu ini termasuk dakwaan kerugiaan dan kehilangan pelanggan begitu teruk di bawah CEO baru.
Kita sangat berharap CELCOM akan terus menerajui Telco di Malaysia. Kerana ia sebuah GLC milik kerajaan dan akan menjana keuntungan kepada Kerajaan untuk kebaikan rakyat Malaysia keseluruhannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan