Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

26 Mei 2018

Penjawat Awam Yang Dibuang Bukan Kroni Kepada Menteri Atau Ketua Jabatan – @Zahid_Hamidi

Penjawat Awam Yang Dibuang Bukan Kroni Kepada Menteri Atau Ketua Jabatan – Zahid


Penjawat Awam Yang Dibuang Bukan Kroni Kepada Menteri Atau Ketua Jabatan – Zahid


Wan Hafiz Hamzah

KUALA LUMPUR, 25 Mei – Naib Presiden yang menjalankan tugas Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi hari ini menyangkal dakwaan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mengatakan pegawai dan staf kerajaan 'lantikan politik' merupakan kroni kepada Menteri atau ketua jabatan tertentu.

Sebaliknya menurut Zahid, pegawai dan staf kerajaan itu adalah terdiri daripada mereka yang dilantik dengan persetujuan dan rujukan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), yang mana menentukan tangga gaji yang sesuai dengan jawatan dan kelayakan yang disandang.

"Saya terpanggil untuk menyentuh sedikit mengenai ribuan pegawai dan staf kerajaan 'lantikan politik', seperti yang disebut oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, baru-baru ini.

"Beliau telah mengambil keputusan untuk memberhentikan perkhidmatan mereka, dengan alasan mereka bergaji besar dan bertindak sebagai kroni Menteri dan ketua jabatan tertentu.

"Untuk makluman, perlu saya jelaskan bahawa sebahagian besar daripada pegawai dan kakitangan ini bergaji sederhana dan rendah, ada antaranya yang menerima gaji mengikut Gred 17", katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Justeru jelas beliau dakwaan bahawa mereka menjadi kroni Menteri j adalah tidak benar kerana mereka ini dilantik menerusi SPA dan bukannya dilantik secara terus.

Mereka tegasnya pelu melalui proses yang sama seperti mana penjawat awam lain termasuk temuduga dan saringan kesihatan.

Oleh itu tambah beliau tidak timbul sama sekali anggapan bahawa kakitangan ini merupakan kroni yang diambil terus oleh Menteri atau ketua jabatan masing-masing.

"Namun apa yang menimpa mereka sekarang mencerminkan ketidakprihatinan kerajaan terhadap perkara ini.

"Apa lagi, mereka ini ditamatkan serta-merta ketika kita umat Islam sedang bersiap sedia menyambut kedatangan Syawal. Pasti tindakan ini menimbulkan beban dan keresahan kepada mereka yang terlibat", ujarnya.

Beliau seterusnya berkata adalah lebih baik sekiranya sebahagian besar mereka diserapkan ke perkhidmatan awam, supaya kerajaan PH dilihat benar-benar ingin membela nasib rakyat, dan bukan dengan menghukum mereka dengan tindakan membuang kerja.

Katanya lagi, UMNO melihat perkembangan ini sebagai sesuatu yang tidak sihat dan tidak seharusnya berlaku.

Ujar beliau, biarpun mereka adalah kakitangan sandaran, namun mereka mempunyai keluarga untuk ditanggung.

"Jangan jadikan mereka sebagai sasaran mainan dan agenda politik. Mereka adalah rakyat yang memerlukan pembelaan dan mereka juga adalah pengundi kita.

"Fikirkanlah soal kebajikan anak isteri mereka selepas ini", katanya.

UMNO juga tegas beliau bimbang bahawa cubaan kerajaan PH untuk memberi gambaran tidak betul bahawa hutang kerajaan lebih tinggi dari yang dilaporkan dahulu akan digunakan sebagai alasan untuk memecat lebih banyak penjawat awam dalam masa terdekat ini.

"Saya yakin, rakyat tidak akan lupa bahawa hasrat parti Dap dari dulu lagi ialah untuk mengurangkan beratus ribu penjawat awam.

"Tidak mustahil bahawa ribuan penjawat awam ini hanya merupakan titik permulaan kepada pelaksanaan agenda Dap itu," jelasnya.-MediaUMNO


http://www.umno-online.my/2018/05/25/penjawat-awam-yang-dibuang-bukan-kroni-kepada-menteri-atau-ketua-jabatan-zahid/


Sent from my iPhone X

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate