Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

29 Jun 2018

Video Malaysiakini : Semua terkejut KJ bertanding - Ku Li #pemilihanumno2018





Klik pautan di bawah :








Dihantar daripada iPhone saya

PENCAPAIAN DR AHMAD ZAHID HAMIDI SEBAGAI PEMIMPIN PERINGKAT DUNIA - MALAYSIA DAN UMNO #pemilihanumno2018 #umnobangkit

PENCAPAIAN DR AHMAD ZAHID HAMIDI SEBAGAI PEMIMPIN PERINGKAT DUNIA  MALAYSIA DAN UMNO #pemilihanumno2018 #umnobangkit 


BERIKUT PENCERAHAN KEPADA AHLI UMNO YANG AKAN MEMILIH PRESIDEN BARU ESOK.

SENARAI INI DIHARAP DAPAT MEMBUKA MATA MEREKA AGAR TIDAK TERSILAP MEMBUAT PILIHAN.

SEBARKAN BAHAN INI DAN JASA BAIK ANDA DIUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH.



PERINGKAT DUNIA

Berucap di PBB mewakili Malaysia 

Turun padang melawat pelarian umat Islam Rohingya 

DESAK Krisis Rohingya diselesaikan oleh Myanmar di forum Antarabangsa 

Mewujudkan World Sufi Center di Malaysia

Menaungi penganjuran ZIKIR PERDANA yang disertai ratusan ulama dunia

Komited dengan program Wakaf Al Quran di Kemboja

Menubuh sekolah tahfiz bertaraf dunia di Melaka selain pusat anak yatim dan sekolah tahfiz di Bagan Datuk

Mahu lahirkan 125 ribu hafiz Al Quran menjelang 2050


PERINGKAT KEMENTERIAN / KABINET

Menubuhkan pasukan Taktikal STAGG STAFOC STING banteras Jenayah Judi Gangsterisme

Berjaya mengekang pencerobohan Dulu di Lahad Datu

Berjaya melaksanakan sistem parol sehingga jenayah berulang turun dari 9.03% kepasa 0.48%

Memperkenalkan program tahfiz Al Quran kepada banduan 

Membuka peluang banduan sambung belajar sehingga ke peringkat Phd

Mencapai KPI KDN melebihi sasaran dalam tempoh 6 bulan

Membawa KDN melonjak naik dalam Indeks Akauntabiliti dari no 19 kepada tangga kedua dengan penarafan lima bintang.

MENURUNKAN kadar jenayah 47% 


PERINGKAT NEGERI

Menjadikan Bagan Datuk daerah 12 Perak

Membangunkan Bagan Datuk dengan projek bilion ringgit


POLITIK

Mengemudi jentera PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar sehingga menang 

Memenangi PRU14 Parlimen Bagan Datuk dengan majoriti melebihi dua kali ganda berbanding PRU13

Mengetuai Biro Latihan UMNO dengan program KERIS2314 

#Poster 15 janji Calon Presiden UMNO No 03 Dr Ahmad Zahid Hamidi

Mohon sahabat dan pembaca semua share dan sebarkan...

pilih yang terbaik antara yang baik.

Panassss : Gambar Marina Anak Mahathir & Nori Bini KJ Di Program NGO Sisters In Islam - Pejuang Liberalisme di Malaysia

dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Selain Marina, Nori Abdullah Pun Terlibat Dalam Sisters In Islam ! ? ?

Panglima : dalam memilih pemimpin sebarang fahaman mereka dan pendirian mereka juga perlu diambil kira. Isteri juga boleh mempengaruhi suami dan banyak keadaan suami dikawal oleh isteri. 

Maka sesiapa sahaja perwakilan perlu melihat siapakah yang berada di sebalik kehebatan seorang suami yang bakal menjadi pemimpin tertinggi umno esok.

Isu ini wajar dihebahkan agar keputusan tepat dapat dibuat dan masa depan parti tidak akan goyang atau berubah apabila bertukar kepimpinan kelak.

Sisters in Islam juara isu liberal dan tidak diterima majoriti ulama Malaysia ahli sunnah wal jamaah.

Sebarkan kepada semua ahli ahli umno hal ini untuk mereka menilai sendiri perkara ini....

Mohon jangan benarkan pemimpin liberal jadi pemimpin kita...


Selain Marina, Nori Abdullah Pun Terlibat Dalam Sisters In Islam ! ? ?


Ramai yang tahu tentang COMANGO dan memang ramai yang marah dengan COMANGO yang memperjuangkan hak kaum Nabi Luth di persada antarabangsa. Dan ramai juga tahu NGO Sisters In Islam ( SIS ) merupakan salah satu dalang dibelakang COMANGO.

Punyalah sensitif perkara ini sehinggakan salah seorang ahli Lembaga Pengarah SIS terpaksa mengeluarkan kenyataan akhbar menafikan yang beliau terlibat dalam COMANGO ...... ( walaupun beliau mengakui sebagai salah seorang ahli Lembaga Pengarah SIS ? ) - siapa lagi kalau bukan Marina Mahathir !

Walaupun saya adalah ahli Lembaga Pengarah Sisters in Islam yang juga diantara 54 NGO dalam COMANGO, tetapi saya tidak langsung terlibat dalam proses mengeluarkan laporan COMANGO - KLiK

Hmmmm ... tidak pula Marina keluarkan kenyataan mengutuk penglibatan SIS dalam COMANGO, ek ? 

Blogger Helenang ada menulis tentang ini - KLiK. dimana beliau ada menimbulkan satu persoalan tentang keikhlasan Marina - Will she do this – resign as SIS board member – rather than threatening to sue, sue, sue all the accuser(s) and all the media carrying Isma's flyer?

Daripada sibuk nak menyaman pihak yang menuduh, kenapa tidak Marina berhenti saja dari menjadi ahli Lembaga Pengarah SIS ?

Tapi ada satu ayat lain dari artikel itu yang menarik perhatian saya -

In fact, SIS not only has Marina on board but Nori Abdullah too, another daughter of an ex-premier (Abdullah Ahmad Badawi) and wife of the "liberal and progressive" Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. You can say that SIS is quite the glitterati.

Biar betul ..... isteri Ketua Pemuda Umno yang baru memenangi anugerah Shouts Award Khairy Jamaluddin yang juga merupakan Menteri Belia dan Sukan, Nori Abdullah turut sama terlibat dalam Sisters in Islam ? !

Kalau betullah, ini betul2 Progresif dan Liberal punya keluarga nih .....

Saya cek lah laman SIS untuk cari bahan mengesahkan perkara ini dan menemui beberapa info yang mengaitkan Nori dengan SIS.


Caption untuk gambar diatas - Opening Ceremony: Monologue by Puan Nori Abdullah, Puan Hanis Husein and Datin Paduka Marina Mahathir


Caption - The three daughters of fomer Prime Ministers of Malaysia joined hands and officiated the opening of the International Consultation on Trends in Family Law Reform in Muslim Countries

Itu bagi satu majlis anjuran SIS pada tahun 2006 - KLiK.
.

Well ... itu tidak membuktikan apa-apa ..... OK, satu lagi, dari laman SIS juga ( KLiK ) ada satu artikel yang pernah diterbitkan tahun 2006 oleh International Herald Tribune mengenai SIS -

( Anwar diatas merujuk kepada bos SIS iaitu Zainah Anwar )

Satu lagi kelebihan utama, Zainah Anwar rapat dengan dua wanita progresif yang punya kabel baik punya iaitu Marina Mahathir, anak kepada mantan PM dan Nori Abdullah, anak kepada PM. 'Beliau sering dengar kata2 anaknya' kata Zainah yang merujuk kepada hubungan Nori dengan ayahnya.


Masih tidak membuktikan apa-apa selain dari hubungan yang rapat antara Nori dengan SIS, kan ?


Ada satu lagi artikel antarabangsa terbitan reporternews oleh wartawan AP- Islamic women struggle for place in hajj ( pada 5 Disember 2009 ) dan didalamnya tertulis satu wawancara dengan seorang peserta haji wanita dari Malaysia yang kebetulan namanya Nori Abdullah -


Dilaporkan Nori Abdullah di atas mengaku sebagai pejuang hak wanita ( feminist ) dan diMalaysia beliau adalah sebahagian dari Sisters in Islam ! Satu kebetulan ?


Apapun yang pasti, Nori Abdullah memang rapat dengan SIS, tapi saya tak berapa nak pasti apakah Nori ahli SIS dan punya jawatan tinggi dalam SIS sepertimana Marina. 

Dan seperti juga Marina, mungkin ada baiknya Nori juga tampil membuat kenyataan apakah beliau tahu dan terlibat sama dengan COMANGO ? 

Isteri Ketua Pemuda Umno, isteri Menteri KBS tuh ...... yang juga merupakan Pemenang Shouts Award 2013 tuh ! Antara pemimpin tertinggi Melayu Islam dalam negara ketika ini, jadi saya rasa perlu sedikit penjelasan dari empunya badan .... tak gitu ?


Dihantar daripada iPhone saya

Ahmad Zahid dakwa akaun UMNO pusat, Selangor dibekukan SPRM | Astro Awani

Ahmad Zahid dakwa akaun UMNO pusat, Selangor dibekukan SPRM | Astro Awani

Ahmad Zahid dakwa akaun UMNO pusat, Selangor dibekukan SPRM

Ahmad Zahid dakwa akaun UMNO pusat, Selangor dibekukan SPRM
AHMAD ZAHID: Kini BN sedang digugat, daripada 13 parti kini tinggal tiga parti.
JOHOR BAHRU: Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membekukan akaun UMNO pusat dan UMNO negeri Selangor.

Ahmad Zahid yang menjalankan tugas-tugas presiden berkata perkara itu diketahuinya sebentar tadi dan beliau berkeyakinan hampir pasti akaun UMNO negeri Johor turut dibekukan SPRM.

Beliau mendakwa Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan meminta Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk membatalkan pertubuhan parti itu. "Tidak ada jaminan sesiapa yang menang jawatan Presiden UMNO, anggota-anggota Majlis Tertinggi dan rakan-rakan Naib Presiden dan Timbalan Presiden yang menang tidak akan disiasat SPRM.

"...tiada jaminan mantan Menteri Besar Johor tidak disiasat SPRM, kerana kita bukan lagi kerajaan," katanya ketika berucap pada majlis Hari Raya Aidilfitri UMNO Johor bersama Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan beberapa anggota Majlis Tertinggi UMNO termasuk Datuk Seri Mohamad Hasan, Datuk Ahmad Maslan, Datuk Seri Azalina Othman Said dan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Dalam pada itu Ahmad Zahid yang merupakan calon presiden UMNO berkata beliau berjanji akan melakukan pembaharuan parti itu sekiranya diberikan mandat pada pemilihan majlis tertinggi parti, Sabtu ini.

"Kini Barisan Nasional (BN) sedang digugat, daripada 13 parti kini tinggal tiga parti...kita harus tahu apakah bentuk UMNO yang mahu dilihat dalam landskap politik yang berbeza hari ini setelah menjadi pembangkang.

"Untuk merelevankan UMNO, ia harus dirombak dari luar dan dari dalam...dan ini saya akan lakukan insyaAllah bersama-sama dengan Timbalan Presiden," katanya.

Pada masa sama, Ahmad Zahid turut berjanji beliau tidak akan meminggirkan dua calon lain iaitu Khairy Jamaluddin dan Tengku Razaleigh Hamzah dalam UMNO sekiranya beliau memenangi jawatan presiden parti.

-- BERNAMA


Dihantar daripada iPhone saya

24 Jun 2018

MASA TERBAIK PULIHKAN UMNO - Wawancara Calon Presiden 03 Zahid Hamidi - Utusan Online

MASA TERBAIK PULIHKAN UMNO - Utama - Utusan Online



MASA TERBAIK PULIHKAN UMNO

MUKADIMAH

TERDAPAT dua peristiwa menarik melibatkan DATUK SERI DR. AHMAD ZAHID HAMIDI sebelum dan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14. Pertama sebagai Naib Presiden, beliau telah diamanahkan menjalankan tugastugas Timbalan Presiden apabila penyandang jawatan itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dipecat daripada parti.

Apabila PRU-14 berakhir, Ahli Parlimen Bagan Datuk ini berhadapan dengan satu lagi cabaran apabila dipertanggungjawabkan menjalankan tugas-tugas Presiden apabila Datuk Seri Najib Tun Razak melepaskan jawatan berikutan kekalahan teruk yang dialami oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Maknanya, Ahmad Zahid mencatatkan sejarah tersendiri apabila menjadi individu pertama perlu memangku dua jawatan penting dalam UMNO dan sekarang beliau menawarkan diri untuk menjadi Presiden UMNO.

Dalam wawancara bersama wartawan Mingguan Malaysia, ZULKIFLEE BAKAR dan HAFIZAHRIL HAMID, bekas Timbalan Perdana Menteri itu membentangkan hujah kenapa beliau bertanding jawatan tersebut dan menggariskan langkah yang akan beliau lakukan bagi memperkasakan semula UMNO.  

MINGGUAN:  Apabila Datuk Seri menawarkan diri untuk bertanding jawatan Presiden, ramai pihak memandang sinis keputusan tersebut. Mereka melihat Datuk Seri juga harus bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku kepada UMNO dan Barisan Nasional dalam PRU-14. Sebenarnya apa yang mendorong Datuk Seri untuk tetap bertanding jawatan tersebut?

ZAHID HAMIDI:
Ia satu kebertanggungjawaban. Sewaktu peralihan kepimpinan daripada Datuk Seri Najib Razak kepada saya selepas tamparan hebat keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), ia satu keadaan yang sukar, dilema, perit dan kesengsaraan.

Saya bulatkan tekad dan hati bahawa ini bukan masanya untuk berundur. Mengapa waktu senang, kita boleh bersama-sama dalam satu saf, tetapi apabila berlaku waktu susah, tetiba hendak melarikan diri atau mengundurkan diri?

Saya ketika itu memikul tanggungjawab tugas-tugas sebagai Timbalan Presiden dan apabila Presiden (Najib) membuat keputusan untuk mengundur, maka saya pada ketika itu pemimpin pilihan yang ada.Kedudukan saya juga (memikul tanggungjawab tugas-tugas Timbalan Presiden) telah menolak saya ke arah satu tanggungjawab yang cukup besar iaitu menjalankan tugas-tugas sebagai seorang Presiden UMNO.

Dua tiga minggu yang penuh dengan cabaran, keperitan, kepayahan, kesengsaraan, kesukaran, konflik kepimpinan dan permainan emosi serta diplomasi yang begitu tinggi tekanannya telah saya lalui dalam tempoh yang singkat itu.

Apabila diminta akar umbi untuk pemilihan UMNO kali ini dibuka pintu seluas-luasnya, saya berasakan satu tanggungjawab yang perlu dipikul kerana saya telah memikul tanggungjawab sebagai seorang Pemangku
Presiden yang telah, sedang dan masih membaiki dan membaik pulih bahtera UMNO yang hampir karam ini.

Inilah masa terbaik saya untuk tampil ke depan demi kelangsungan masa depan parti keramat ini yang berusia 72 tahun. Waktu kepayahan inilah saya berasakan tidak rela diketepikan begitu sahaja.
 
Walaupun UMNO dan Barisan Nasional tidak lagi mempunyai kuasa memerintah tetapi jumlah calon yang menawarkan diri untuk bertanding termasuk di peringkat bahagian, begitu ramai sekali, apa komen Datuk Seri terhadap senario ini?

ZAHID HAMIDI:
UMNO dan Barisan Nasional masih memerintah di dua negeri iaitu Perlis dan Pahang. Di Sarawak pun, parti pemerintah masih friendly dengan kita yang selama ini telah menyokong mereka.
Kita berlapang dada dan kita memahami akan tindakan rakan kita di Sarawak. Walaupun kuasa memerintah itu sudah tidak menyeluruh atau total, namun UMNO dan BN masih mempunyai kuasa dan pengaruh sebagai king makers di peringkat Parlimen.

Kita mempunyai 78 kerusi (BN) dan daripada jumlah itu, UMNO mempunyai 54 kerusi. Sebagai parti tunggal, UMNO yang terkuat. Atas faktor-faktor itu, sudah tentu UMNO masih mempunyai tarikan yang kuat bagi menampilkan pemimpin yang baharu, pemimpin yang segar, pemimpin yang mempunyai visi, pemimpin berpengalaman yang ada visi pembaharuan serta pemimpin muda yang dinamik.

Fenomena sedemikian jelas menunjukkan demokratik UMNO lebih terserlah berbanding parti-parti politik lain termasuk parti politik yang memegang tampuk kerajaan yang baharu.

Sebab itu, ramai ahli parti UMNO yang berminat menabur bakti, kudrat, idea dan sebagainya, sekali gus menunjukkan UMNO tidak ketandusan kepimpinan walaupun dalam keadaan yang tidak menentu.
 
Semua calon yang bertanding menyatakan mereka mahu membawa perubahan dan mengubah UMNO, tetapi apakah maksud perubahan itu sebenarnya. Apakah semata-mata ia berkisar soal memilih pemimpin baru sahaja dan  UMNO yang hanya dilihat berubah jika meletakkan pemimpin muda sebagai pemimpin utama, boleh Datuk Seri ulas perkara ini?

ZAHID HAMIDI:
 Semua orang mahukan perubahan. Ini proses normal malahan dalam kepimpinan politik pun, setiap perubahan itu perlu diketengahkan khususnya dalam 100 hari.

Tetapi apakah perubahan atau berubah itu perlu dilaksanakan 360 darjah sekali gus? Bercakap bagaikan bintang dan setinggi langit bolehlah, tetapi setakat mana keupayaan itu ?

Saya merasai kebertanggungjawab itu selaku pemangku Timbalan Presiden dan pemangku Presiden parti keramat ini, dan ia tidak semudah yang disangka tetapi boleh dilaksanakan.

Setiap calon mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing. Itu adat tetapi soalnya sekarang ialah kebijaksanaan ahli parti memilih siapa yang hendak memimpin mereka selepas ini.

Dalam keadaan UMNO yang hampir lemas, hampir karam, hampir rosak, hampir tersungkur, calon yang tampil ke depan adalah calon yang berani.

Ada calon yang berpengalaman, ada calon yang muda dan ada calon yang datang dari kilang akar umbi yang menaiki proses tangga satu persatu. Ada calon dari anak kampung, ada calon yang agamawan, ada calon yang intelektual, ada calon yang teknokrat, bangsawan dan kerabat diraja.

Semua ini mempunyai visi dan misi, tetapi kita kena ingat, ahli parti yang bakal menentukannya.
 
Bercakap soal perubahan, rakyat mengaitkan pemimpin-pemimpin UMNO dengan soal integriti  malah Datuk Seri sendiri tidak terlepas dikaitkan terutamanya ketika mengendalikan Kementerian Dalam Negeri apabila dikatakan memberikan permit kemasukan pekerja Bangladesh kepada adik sendiri, bagaimana Datuk Seri mahu berhadapan dengan isu seumpama ini?

ZAHID HAMIDI:
 Soal integriti sentiasa tersemat dalam hati naluri saya. Memang aspek integriti menjadi prinsip dalam setiap tindak-tanduk saya selama ini. Apabila ada orang mempersoalkan, termasuk diri saya, ini bermakna daya kepimpinan dan keserlahan idea dan penerimaan kita kepada rakyat atau umum telah mendahului orang-orang yang mempertikaikan kita.

Apabila mereka mula mempersoalkan integriti kita, bermakna hasad dengki, fitnah dan tohmahan menjadi senjata mereka untuk menimbulkan persepsi yang tidak baik.

Dari segi moral, kita sebenarnya sudah menang kerana ada pihak lain sudah mengakui akan kerja kita yang menunjukkan keberkesanan dan kebaikan kepada rakyat.

Sebab itu pihak tertentu ini menimbulkan persepsi dan berharap dapat mempengaruhi minda orang yang berada di luar untuk mempercayainya.

Saya tidak takut ini semua kerana kita berpaksikan kepada kebenaran dan bagaimana kita menguruskan kebenaran itu menjadikan senjata untuk kita menangkis semula terutama pada era sekarang yang menggunakan media sosial baharu sebagai lapangan lemparan fitnah dan berita yang tidak benar ini.
 
Penganalisis melihat berdasarkan kepada track record   sebagai Timbalan Perdana Menteri sebelum ini, mereka mengandaikan Datuk Seri bukanlah orang yang layak untuk memulihkan UMNO dan Barisan Nasional, adakah Datuk Seri terganggu dengan komen-komen seumpama ini?

ZAHID HAMIDI:
Inilah persepsi jahat yang cuba dimomokkan oleh pihak tertentu. Jawatan Timbalan Perdana Menteri adalah satu jawatan Eksekutif. Ia berlainan tanggungjawab dan peranan dalam Eksekutif dan parti politik.

Dalam parti politik, sayalah satu-satunya Naib Presiden yang memikul tanggungjawab dan melaksanakan tugas sebagai pemangku Timbalan Presiden dan pemangku Presiden UMNO.

Malahan saya memikul tanggungjawab ini sebelum dan selepas PRU-14. Waktu memerintah dan tidak memerintah. Waktu senang dan kepayahan.

Pemimpin mana yang ada kesanggupan mengharungi dua keadaan yang jauh berbeza ? Hanya Allah SWT sahaja mengetahui isi hati dan jiwa ini mengharungi keadaan sedemikian.

Apabila jiwa kita kuat dan kental dalam mengharungi keadaan-keadaan sebegini, komen-komen ini kita tolak ke tepilah kerana tidak membantu langsung. Saya mempunyai pendekatan tersendiri dan setakat ini, pucuk pimpinan parti UMNO, ahli parti dari pelbagai sayap dan komponen parti BN menerima dengan baik.  

    Walaupun UMNO berjaya menguasai 54 kerusi Parlimen tetapi satu perkara yang perlu diakui ada dalam kalangan ahli UMNO sendiri tidak menyokong Barisan Nasional disebabkan kecewa dengan gaya kepemimpinan parti. Pada pandangan Datuk Seri apakah kelemahan dari segi kepemimpinan yang perlu diperbaiki bagi mengelakkan perasaan kecewa itu berterusan?

ZAHID HAMIDI:
 Menyokong dan sokongan adalah satu perkara yang subjektif. Untuk memupuk ketaatan bukan suatu kerja yang mudah. Malah ada yang melihat ketaatan itu punca kekalahan
Waktu senang, semua orang menyokong. Ketika itu, ada sesiapa yang menyuarakan secara kritis sama ada sokongan itu ikhlas atau sebaliknya ? Waktu senang, semuanya rasa selesa tetapi waktu susah, ada yang lari, ada yang diam, ada yang kecewa, ada yang berpaling tadah, ada yang masih taat, ada yang memberi sokongan, ada yang masih syak-wasangka

Saya tidak nafikan ramai yang kecewa atau frust. Anda ingat saya tidak kecewa ke? Tetapi sudah tentu ramai yang masih sayang dan sokong parti UMNO ini. Tetapi cara kita menguruskan kekecewaan itu penting. Kita diberikan akal dan minda, maka susun-aturkan molek-molek, elok-elok, dan lakukan dalam keadaan tenang dan waras. Jangan buat keputusan apabila kita beremosi dan panas hati.

UMNO sudah acapkali atau beberapa kali melalui zaman kepayahan dan ancaman yang berterusan. Dulu kita ada Perikatan dan apabila mendepani krisis kepercayaan, kita ubah nama lalu menjadi Barisan Nasional.
Sekali lagi, kita mendepani krisis kepercayaan, adakah kita akan tukar nama kerjasama parti-parti dalam Barisan Nasional? Perkara ini perlu dibawa berbincang selepas adanya kepimpinan UMNO yang baharu.

Sudah ada cakap-cakap bahawa pemilihan UMNO kali ini tetap akan dicemari dengan politik wang, apa komen dan gesaan Datuk Seri kepada perwakilan?

ZAHID HAMIDI:
 Cakap-cakap inilah yang selalu menyebabkan persepsi umum memandang UMNO sebagai parti yang kotor, suka main wang, Cash Is King serta punya calon dan pemimpin yang tidak bersih.
Jawapan saya mudah, tolak politik wang. Sifar Politik Wang. Soalnya sekarang bukan UMNO yang perlu sifar politik wang. Parti-parti politik lain pun kena sifar politik wang. Bersih sangat ke mereka itu?

Datuk Seri baru-baru ini berharap pemilihan kali ini tidak akan mengulangi pemilihan tahun 1987. Oleh itu, apakah pesanan Datuk Seri kepada calon dan juga perwakilan?

ZAHID HAMIDI:
 Jangan ada perpecahan akibat dengki, fitnah, tohmahan, busuk hati, jiwa yang kacau, pemikiran yang huru-hara, kepentingan peribadi dan agenda tertentu.

Jauhilah, insya-Allah pemilihan kali ini dalam suasana kekeluargaan dan harmoni.

Yang penting jangan biarkan orang di luar parti kita, menyibuk dan mengatur-atur orang UMNO pula.

Akhir sekali, seandainya ditakdirkan Allah SWT, Datuk Seri yang secara ikhlas menawarkan diri untuk berkhidmat sebagai Presiden gagal memenangi jawatan itu, ke mana hala tuju politik Datuk Seri selepas itu?

ZAHID HAMIDI:
Dalam Islam, kita diajar dan mempercayai qada dan qadar. Sesungguhnya qada dan qadar adalah satu daripada Rukun Iman yang wajib diimani setiap orang Islam.

Namun qada terbahagi kepada dua iaitu qada mubram dan qada muallaq iaitu:
 i) Qada mubram adalah ketentuan Allah Taala yang pasti berlaku dan tidak dapat dihalang oleh sesuatu. Contohnya mati pasti akan berlaku.

ii) Qada muallaq pula adalah ketentuan yang tidak semestinya berlaku, bahkan bergantung kepada sesuatu perkara. Contohnya panjang usia bergantung kepada amalan berbuat baik kepada ibu bapa 

dan menghubungkan silaturahim.
Dalam politik pun bergantung dalam keadaan-keadaan yang saya sebutkan tadi. Sama ada pasti berlaku atau mengikut ketentuan yang tidak semestinya berlaku dalam soal qada.

Bagi qadar pula, ia satu ketentuan atau sukatan azali bagi setiap makhluk yang tertulis di Luh Mahfuz. Semua perkara dalam pengetahuan Allah SWT.

Segala perbuatan hamba  adalah diketahui Allah. Hanya ia terlindung dan tidak diketahui oleh hamba-Nya yang lemah. Sebab itu kita disuruh untuk sentiasa berusaha dan taat kepada-Nya kerana kita tidak mengetahui apa yang akan berlaku kepada kita nanti.

Maka saya berserah kepada Allah SWT dalam menentukan untung nasib dalam perjuangan kerana saya sudah berusaha, tawaduk, melaksanakan sesungguh hati, ikhlas, berserah jiwa raga dan niat yang betul. Seterusnya kita bertawakal dan berdoa.

Firman Allah dalam surah ar-Ra'd, ayat 11 bermaksud: "...sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. 

"Dan apabila dikehendaki oleh Allah keburukan kepada sesuatu kaum, maka tidak ada yang dapat menolak, serta tidak ada pelindung bagi mereka selain daripada-Nya."



Sent from my iPhone

Kerana marah dihina PM @chedetofficial tolak Kor Ming jadi menteri???

PM tolak Kor Ming jadi menteri? - Politik - Utusan Online

PM tolak Kor Ming jadi menteri?

Nga Kor Ming
Nga Kor Ming

KUALA LUMPUR 23 Jun - Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming dilaporkan tidak tersenarai sebagai anggota Kabinet Kerajaan Pakatan Harapan kerana nama beliau dikatakan mungkin ditolak oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ekoran pelbagai kenyataannya sebelum ini yang disifatkan berunsur perkauman.

Menurut laporan Malay Mail yang memetik sumber, perkara tersebut dimaklumkan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng kepada Kor Ming sebelum mempengerusikan mesyuarat mengejut Jawatankuasa Eksekutif Pusat parti itu semalam.

"Guan Eng hampir menitiskan air mata apabila gagal meyakinkan orang tua (Dr. Mahathir) untuk melantik Kor Ming sebagai menteri," menurut kata-kata sumber yang tidak dinamakan itu.

Dalam satu klip video kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Kor Ming merujuk Dr. Mahathir yang berusia 92 tahun akan digunakan untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) sebelum beliau mati untuk bersama-sama bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew yang meninggal dunia tiga tahun lalu. - UTUSAN ONLINE



Sent from my iPhone

Rasmi Asyraf Wajdi, Zahida Zarik Ketua Pemuda, Puteri UMNO - Politik - Utusan Online

Rasmi Asyraf Wajdi, Zahida Zarik Ketua Pemuda, Puteri UMNO - Politik - Utusan Online

Rasmi Asyraf Wajdi, Zahida Zarik Ketua Pemuda, Puteri UMNO


Asyraf Wajdi dan Zahida Zarik.
Asyraf Wajdi dan Zahida Zarik.

KUALA LUMPUR 24 Jun - Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dan Datuk Zahida Zarik Khan secara rasmi diumumkan sebagai Ketua Pemuda dan Ketua Puteri UMNO yang baharu bagi sesi 2018 - 2021.

Pengumuman keputusan tersebut dibuat melalui Twitter Pemilihan UMNO 2018.

Pemilihan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO menyaksikan Asyraf Wajdi memperoleh 65 undi, diikuti Senator Khairul Azwan Harun (62),  Datuk Mohd. Shahar Abdullah (51) dan Datuk Seri amal Yunos (2).-UTUSAN ONLINE



Sent from my iPhone

68 Senarai Pencapaian Malaysia Baru Pakatan Harapan

*Inilah 68 SENARAI yang berjaya direkodkan sepanjang kurang 100 hari kerajaan PH mentadbir Malaysia.*

1. Peguam Negara dipecat.
2. Hakim Negara didesak letak jawatan
3. KP SPRM dipecat
4. Gabenor BNM letak jawatan.
5. KPN didesak letak jawatan
6. Tiada tindakan diambil oleh pihak berkuasa terhadap A.Kadir Jasin dan aktivis PH Hishamudin Rais yang memFITNAH dan mengejek Institusi Raja2 Melayu dan YDPA.
7. Tiada penurunan harga minyak (bahan bakar RON95, RON97 dan DIESEL) seperti janji2 menifesto parti PH sebelum PRU14.
8. MemFITNAH Malaysia mempunyai hutang yang banyak tetapi badan antarabangsa (IMF dan agenci penarafan) tidak mengiktiraf laporan dari kerajaan PH melalui pengumuman menteri MOF yang hanya keluarkan kenyataan 'hear say' sahaja.
9. Mengutip derma dari rakyat kononnya negara hampir bankrap.
10. Harga Gas asli naik apabila TARIF asas gas asli dinaikkan 77 sen kepada RM23.80 per satu juta unit termal British (MMBtu) mulai 1hb Julai 2018.
11. Kes perbicaraan isu kerugian RM32 bilion akibat judi FOREX dihentikan.
12. Tiada duit raya untuk rakyat seperti mana yang pernah diberi oleh DS Najib ketika BN memerintah Malaysia.
13. Tol tidak dimahsuhkan
14. Kerajaan PH memohon berhutang dengan kerajaan Jepun
15. Merancang bina kilang automotif dipercayai untuk kroni bukan untuk Malaysia. Disyakki akan ada pula kes 'bailout' dimasa akan datang. 🤭🤭🤭
16. Kes 1MDB masih lagi belum di bawa ke mahkamah dan kes ini dikategorikan FITNAH kerajaan PH terhadap DS Najib.
17. Siti Kassim buat report polis...ada org nak rogol dia 😂🤣😃
18. Kerajaan PH melalui Menteri Pertanian (Salahudin Ayub) menipu apabila menyatakan harga barang turun 30%~50%
19. Harga Air batu (ais ketul) naik kepada RM6 selepas PRU14 dari harga RM3.50 satu kampit sebelum PRU14😂🤣😃😁
20. Pengundi PH kena kencing dengan kerajaan PH secara berjemaah berkenaan harga akan turun apabila sifar GST.
21. Dr Mazlee mungkir janji dan KENCING pengundinya secara berdiri! Tiada bayaran harga pampasan tol yang dibayar apabila NETIZEN tuntut janji.
22. Pasar ramadhan di jalan TAR KL diurus secara rasuah
23. Dr Tan Seng Giaw mengingatkan kerajaan PH bahawa Dato Seri Najib tidak melakukan sebarang kesalahan dalam kes 1MDB.
24.Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim tidak bersetuju dengan sikap DAP apabila hampir setiap hari mencipta berita palsu dengan bermacam2 dakwaan menyebabkan status negara jatuh.
25. Dosa2 Tun Mahathir yang lampau di DELETE (hapus) oleh DAP selepas Tun M menjadi PM.
26. Tun Mahathir PM ke 7 adalah penyebab beribu2 rakyat hilang pekerjaan di sektor awam
27. Peruntukan untuk baik pulih (renovation) dan pembinaan Madjid dan Surau diBATALkan.
28. Peruntukan untuk bina GEREJA sebanyak RM6 juta diluluskan.
29. Melantik si kafir DAP mengawal kewangan negara sekaligus menyekat peruntukan untul institusi Islam negara.
30. Memberhentikan guru2 Quran dan Fardu Ain.
31. Penjawat awan bertaraf kontrak dibuang kerja
32. Tidak bertindak terhadap pihak2 yang semakin berani menyerang JAKIM sebagai peneraju institusi Islam negara malah bertindak kaji untuk mengurangkan peranan JAKIM.
33. Berdiam diri dengan kelantangan pihak2 Islam liberal dan LGBT yang semakin gila dan berani menuntut kebebasan melakukan aktiviti persundalan, khalwat dan maksiat.
34. Melantik sekumpulan orang2 tua kaya raya yang sehingga hari ini masih tidak menonjolkan peranannya membantu kemajuan ekonomi negara. Malah gaji mereka sangat tinggi dibayar guna wang rakyat.
35. Meminta derma daripada rakyat dengan alasan untuk membayar hutang negara walhal diri sendiri, anak2 dan kroni kaya raya bertaraf jutawan dan bilioner.
36. Melantik seorang kafir sebagai peguam negara sedangkan Tun Mahathir tahu peguam negara berkait rapat dengan institusi Di Raja dalam sebuah negara Islam.
37. Pertikai penjawat2 awam yang berpolitik sedangkan suatu ketika dulu Tun Mahathir kata ianya hak kebebasan bersuara.
38. Membatalkan projek pengangkutan awan yang bakal menjadi alternatif untuk kemudahan rakyat dengan alasan tidak menguntungkan. Ianya telah menutup peluang perkembangan ekonomi dan pekerjaan hasil dari projek tersebut.
39. Menyerah kalah kepada Singapura dalam kes tuntutan Pulau Batu Putih dan menafikan hak negara terhadap penguasaan maritim beratus2 kilometer di perairan negara.
40. Tun Mahathir masih tidak mampu membuat penyelesaian urusan perlantikan menteri kabinet negara dengan kadar segera.
41. Kerajaan PH tidak mampu mengawal kenaikan harga barang yang melambung.
42. Kerajaan PH penyebab nilai matawang merosot teruk dan Bursa Saham merundum ke paras terburuk menyamai rekod era pemerintahan Tun Mahathir sebelum ini.
43. Gaji peneroka FELDA yang dibawah RM1,000 juga dipotong.
44. Pusat maksiat dan perjudian di Lembah Klang semakin aktif
45. Gagal menyiasat harta kekayaan anak beranak Tun Mahathir.
46. Gagal menjelaskan kepada rakyat keperluan pinjaman dengan Jepun sejumlah besar bernilai 40 Trillion Yen.
47. Kerajaan PH gagal menjelaskan sumber rujukan berita media asing seperti SARAWAK REPORT dan WSJ samada melaporkan BERITA benar atau palsu kerana sehingga kini kes 1MDB, isu DS Najib dan isteri yang dimainkan masih lagi belum dibawa ke mahkamah.
48. Memfitnah Dato Seri Najib mahu lari dengan 30 luggage.Walhal beliau mahu bercuti.
49. Kejatuhan Bursa Saham Malaysia setiap hari akibat persepsi fitnah kerajaan PH tanpa merujuk kepada nilai sebenar KDNK 50.8%.
50. LGE mendakwa kerajaan PH akan bankrap sekiranya tunai janji pilihanraya. Monisfesto PH sudah ternyata palsu semata2.
51. Isu rantai bini LGE berharga RM2.4 juta. Dari mana bini LGE dapat duit beli rantai itu?. Menabungkah? 😁😁😁
52. Janji hapuskan pinjaman PTPTN tidak serupa bikin. Janji tinggal janji!!!. Kencing berlari lagi kerajaan PH. Manisfesto siapa ya untuk hapuskan pinjaman PTPTN?.
53. DAP cadang Hanna Yeoh sebagai Speaker Dewan Rakyat... 😁😁
54. Budak2 pun kena chop di tangan apabila nak DUIT RAYA ketika berkunjung berhari raya di rumah Menteri Besar Kedah!!!. 🤣🤣🤣
55. Peminjam PTPTN bergaji RM4K ke bawah perlu bayar balik pinjaman mereka. Manisfesto sebelum PRU: tidak perlu bayar untuk peminjam bergaji RM4k ke bawah
56. KWSP rugi RM6.09 billion dalam tempoh masa kurang sebulan sejak kerajaan PH ambil alih pentadbiran negara dari kerajaan BN.
57. Saham bursa di BSKL semakin jatuh hari demi hari sejak bulan Mei 2018.
58. Pelabur mula tarik diri dari melabur di pasaran dalam negara.
59. KAFA dimansuhkan
60. Tun M menjemput DS Zahid dan menawarkan penyatuab UMNO/BN dan PPBM. Tetapi ditolak DS Zahid Hamidi.
61. Skandal BMF terbongkar. Keadilan buat Jalil Ibrahim.
62. Pemandu teksi Luah PERASAAN Sedih Ditipu Kerajaan PH
63. Bantuan kewangan kepada golongan nelayan dihentikan.
64. Ribuan pekerja ICU dibuang.
65. Ratusan pekerja di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dipecat serta merta dalam satu taklimat di JPM selepas keputusan PRU14 diumumkan
66. Seramai 3,600 guru KAFA di Kelantan dibuang.
67. Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dibubar dan pekerja JASA dipecat serta merta walhal Perdana Menteri tidak berhak bubar JASA kerana ia ditubuhkan dengan titah Yang di-Pertuan Agong setahun selepas negara merdeka.
68. MENTERI Pendidikan Maszlee Malik menggesa naib canselor dan timbalan naib canselor universiti awam yang cenderung menyokong BN meletak jawatan.

Senarai di atas terjadi tidak sampai 50 hari kerajaan PH memerintah Malaysia.

Bayangkan apa lagi kejutan dan kegilaan kerajaan PH dalam tempoh 100 hari!!!. Kemudian cuba bayangkan untuk tempoh 5 tahun!!!....

Rakyat Malaysia bakal disajikan kejatuhan EKONOMI dan krisis MORAL yang teruk apabila setiap hari pemimpin PH bersandiwara demi dendam dan menggapai matlamat menerusi jalan singkat melalui proses menghalalkan cara.

*Tarikh kemaskini: 22hb Jun 2018*
*Senarai ini akan sentiasa dikemaskini sehingga 100 hari pentadbiran kerajaan PH.*

Copy Paste


Sent from my iPhone

23 Jun 2018

Bubarkan UMNO Tiada Dalam Kamus Politik Saya – Zahid


22 June 2018  Berita Utama

Azlina Rosdy

SENDAYAN, 22 Jun – Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau tidak akan membenarkan sama sekali untuk UMNO dibubarkan apatah lagi sekiranya untuk menguatkan pihak lain.

Jelas beliau, perkara sebegitu tidak ada dalam kamus politik dirinya.

"Langkah mayat ahli UMNO dulu kalau mahu UMNO sertai mereka. Saya tidak akan mengguris hati orang UMNO.

"Rumah kita sudah terbakar… biarpun tiang rumah kita tinggal 54, saya tidak akan biarkan tiang ini dicabut baik dari dalam ataupun luar," ujar beliau dalam program sambutan Hari Raya Aidil Fitri dan pengenalan calon pemilihan parti di Sendayan, Negeri Sembilan.

Tambah Zahid, walaupun kini UMNO jatuh tetapi ia masih di dalam gelanggang maka UMNO harus terus bangkit menuju ke hadapan.

"UMNO belum kalah… marilah Wanita… Pemuda.. Puteri… kita hidupkan semula semangat UMNO.

"UMNO boleh bangkit.. UMNO boleh bangun semula dengan syarat kita bersatu sepenuh hati.

"Sekiranya saya terpilih sebagai pemimpin, saya akan bawa Ku Li (Tengku Razaleigh Hamzah) dan KJ (Khairy Jamaluddin) masuk untuk bersama-sama bangunkan UMNO," ujar beliau lagi. – MediaUMNO

22 Jun 2018

Hukum Debat Dalam Islam #PemilihanUmno2018 dan Kenyataan Pedas Annuar Musa Tolak Budaya Debat - Agenda Daily


Beberapa portal dan blog ada menulis dengan lengkap berkenaan isu debat. Setelah ia menjadi budaya baru dalam politik Malaysia meniru kaedah di negara Barat yang selalu berdebat antara calon Presiden mereka.

Islam bukan menolak semua dari Barat namun kaedah Islam yang diwariskan oleh Rasulullah saw ada tata cara yang perlu dan wajib kita ikuti.

Bukan Zahid gentar berdebat dan meminta Annuar Musa menjawab bagi pihak beliau kerana siapa tidak tahu bahawa Zahid seorang pemidato yang baik sebaris dengan pemimpin lain terutama Anwar Ibrahim.

Kepetahan berkata-kata bukan ukuran kepimpinan yang dikejar oleh ahli UMNO sekarang kerana kerosakan imej ini memerlukan tindakan rapi dan strategi yang betul sebelum kejayaan memenangi hati dan minda rakyat akan berjaya.

Zahid bukan seorang pemalas membaca buku bahkan sesiapa mengenali beliau akan melihat timbunan buku dan kemahiran 'speed reading' beliau. Perkara ini dibuktikan dengan Phd yang diperolehinya dalam bidang komunikasi yang menunjukkan kelebihan yang ada pada beliau. Menteri pertama berjaya selesaikan Phd semasa berkhidmat menjadi anggota Kabinet.


Kerana itu apabila portal pihak musuh UMNO menampilkan tajuk berita seolah Zahid enggan berdebat seperti takut kalah dan malu berpencak silat di media rakyat maka kita sudah nampak game mereka mahu melagakan sesama UMNO bukan mengukuhkan parti secara jujurnya.


Selain itu juga kita meneliti pandangan Al Quran dan Hadis berkaitan hal ini kerana tidak mahu ada sebarang tindakan UMNO membelakangkan nas utama agama kita. Jelas debat bukan kaedah sesuai untuk calon yang bertanding dalam sebuah parti yang mementingkan ukhwah persaudaraan dan semangat kekeluargaan dan sedang dilanda ujian kejatuhan selepas buat kali pertama kalah dalam PRU14 yang lepas.

Biarkan apa komen manusia kerana yang penting ialah keredhaan Allah Taala.... Politik matang mesti berlandaskan agama bukan kerana agama digunakan untuk keuntungan politik diri....atau budaya barat dibawa ke sini meskipun untuk tujuan kononnya membolehkan pemilih menilai calon Presiden yang akan membawa UMNO kali ini.

Mungkin kesanggupan calon Presiden seperti Ku Li dan KJ berdebat tidak diberi nasihat yang betul berkenaan hal debat ini dalam konteks agama. Jangan ada pula berkata mereka tidak mementingkan agama dan dilihat liberal dalam soal kehidupan kerana kita tidak mengetahui kedudukan manusia di sisi Allah.

Elok calon DAP atau PKR yang bertanding jawatan tertinggi parti berdebat terlebih dahulu sebelum menggesa UMNO membuat debat sesama calon...

Elok anak beranak berdebat demi parti meskipun ini ibarat menanti dinosaur wujud kembali.




"Sesungguhnya orang yang paling dimurkai oleh Allah ialah orang yang selalu mendebat.” (HR. Bukhari dan Muslim)

"Aku berikan jaminan rumah di dasar surga bagi orang yang meninggalkan debat meskipun dia berada dipihak yang benar. Dan aku menjaminkan sebuah rumah ditengah surga bagi orang yang meninggalkan dusta meskipun dalam keadaan bercanda. Dan aku akan menjamin sebuah rumah dibagian teratas surge bagi orang yang membaguskan akhlaknya.” (HR. Abu Dawud)




Annuar Musa tidak setuju debat Presiden UMNO


TERAKHIR DIKEMASKINI: 22 JUN 2018

BY WARTAWAN AGENDADAILY




Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa meluahkan pandangannya yang tidak setuju debat terbuka calon-calon Presiden UMNO kerana tidak mahu urusan dalaman parti didedahkan kepada orang luar apatah lagi pihak musuh.




Menurutnya walaupun debat secara umumnya merupakan aktiviti yang baik, tapi beliau bimbang trend populis dan kempen berlebihan akan membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan.


Berikut disiarkan kenyataan penuh beliau.


Baru-baru ini timbul isu mengadakan debat Calon Presiden UMNO.

Dua calon dilaporkan bersetuju sementara sementara lima lagi calon belum memberikan reaksi.




Ramai yang menanti-nanti reaksi Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang kini memangku tugas Presiden UMNO.


2. Difahamkan isu ini turut dicampuri pemimpin parti lain, termasuk menteri dari parti DAP yang menawarkan rakaman dan siaran oleh stesyen TV tertentu



3. Debat secara umumnya adalah aktiviti yang baik. Ia membolehkan peserta berkongsi pendapat atau sesuatu isu.


4. Namun dalam konteks pemilihan Presiden UMNO, ia harus difikirkan secara berhemah dan penuh kebijaksanaan.


5. UMNO adalah sebuah parti pembangkang. Setakat ingatan saya, tidak pernah ada sebuah parti pembangkang pun yang pernah mengadakan 'public debate' di antara calon Presiden parti mereka.


6. Mungkin oleh kerana UMNO atau calon-calon Presiden ada tarikan istimewa tersendiri, maka debat ini diharap menjadi realiti. Apapun suka saya menasihatkan mereka yang terlibat agar tidak terlalu ghairah sehingga terlupa gelanggang mana mereka harus bersilat dan irama paluan siapa yang harus mereka menari.


7. Pemilihan jawatan dalam parti adalah urusan dalam keluarga. Ia tertakluk kepada peraturan, etika dan tradisi tertentu. Ia juga merupakan perkara sensitif dan tidak harus terdedah kepada musuh atau melibatkan campur tangan orang luar. Kita seharusnya terbuka tetapi keterbukaan itu mesti dalam kerangka yang tidak memudaratkan perjuangan.


8. Saya khuatir dengan trend populis dan percubaan mengikut mengikut rentak luaran.


Jika kita bertindak berlebihan ia membawa banyak keburukan daripada kebaikan kepada parti yang kebetulannya pula sedang melalui satu kejutan kehilangan status parti pemerintah.


9. Justeru itu kita perlu menguruskan hal ehwal dalaman secara tertib dan penuh kebijaksanaan. Yang lebih penting ialah jangan sehingga percaturan dalaman kita ditentukan oleh musuh atau kita tertikam kawan dengan pisau yang diberi musuh kita.


10. Bagi saya, memadai dengan kita berwacana melalui pelbagai media. Kita melayani pelbagai wawancara dan kita berbicara melalui pelbagai cara.


11. Mesej dan visi calon perlu sampai kepada mereka yang bakal membuat keputusan, dan debat awam bukanlah satu-satunya cara untuk mencapai matlamat ini. Biarlah keberanian pemimpin turut bersulamkan kebijaksanaan.


12. Jika mau berdebat perkara menyentuh rakyat dan negara, saya mencadangkan kita adakan satu perdebatan terbuka di antara Ketua Kerajaan dan Ketua Pembangkang apabila genap 100 hari pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH).-22/6/2018


Jaringan GOL cantik Argentina VS Croatia #worldcup2018 #rusia Croatia 3 Argentina 0




Netizen Media Sosial Tidak Percaya Khairuddin Berbanding Zahid












Cari Blog Ini

Translate