Saya masih belum melihat dengan teliti perkembangan terkini RTM yang dikata sudah semakin baik persembahan dan juga semakin jelas perubahan yang dilakukan di bawah Menteri Penerangan yang begitu efisyen, Datuk Shabree Chik.
Beliau yang pernah menjadi jaguh kerajaan kerana berani berbahas dengan pemimpin de facto Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim tahun lepas, sehingga mendapat pujian ramai, sekali lagi berjaya mengubah tanggapan bahawa stesen RTM di bahawa seliaan Kementerian Penerangannya, tidak berdaya maju dan sering menjadi bahan ketawa orang.
Kesungguhan mengubah tanggapan tersebut telah disaksikan sendiri oleh saya yang sedang menaip artikel ini sambil melihat warta jam 9 edisi terkini yang disifatkan oleh sesetengah pengkritik sebagai tidak patriotik kerana waktu siarannya selepas warta Mandarin..
Ramai juga mengkritik perubahan tersebut dan saya memilih berdiam diri ketika meneliti komen mereka kerana tidak lagi melihat dengan tepat apa sebenarnya yang telah diubah dan ditukar oleh RTM sehinggalah saat saat ini.
Akhirnya…..
Wow !!!
Itulah perkataan yang dapat saya tulis di sini bagi menggambarkan bagaimana reaksi spontan saya melihat paparan berita yang semakin sofistikated dan canggih dengan kemudahan bahasa isyarat yang menjadi ‘trade mark’ ulung RTM sejak sekian lama.
Ia begitu unik dan tidak dapat ditandingi walau oleh stesen swasta seperti TV3.
Mereka yang mengkritik sebenarnya tidak merasa perasaan tok tok lebai atau jemaah masjid atau pekerja swasta yang biasanya lewat sampai di rumah. Mereka juga dahagakan informasi terkini dan siaran jam 9 ini sangat tepat pada waktunya.
Golongan ini akan dapat mengikuti segala maklumat dan hebahan kerajaan menerusi siaran berita dan ia sangat bertepatan dengan tugas RTM sebagai media perantara antara rakyat dan kerajaan. Tidak mustahil jurang perbezaan pendapat antara kerajaan dan rakyat dapat didekatkan dengan usaha mengubah waktu siaran berita RTM 1 ini…
Apa guna berita disajikan sedangkan rakyat tidak sepenuhnya melihat kandungan berita tersebut ekoran saingan hebat di stesen tv yang lain ? Mungkin ia antara punca ramai rakyat negara kita kurang memahami isu isu semasa atau isu lapuk yang menggangu sokongan mereka kepada kerajaan kita.
Saya sendiri sekarang ini mendapat peluang seimbang samada untuk menonton berita di TV3 atau menonton kandungan berita di RTM1 selepas penetapan waktu baru siaran berita tersebut. Sebelum ini saya lebih memilih untuk melihat TV3 memandangkan mereka lebih ke hadapan dan menarik dari aspek penyampaian berita. Apatah lagi kedua stesen tersebut bersiaran serentak pada waktu yang sama.
Kini saya sudah tidak lagi tersepit di antara kehendak menonton berita
Syabas kepada Datuk Shabery Chik yang sentiasa 'berani berubah' dan bagi saya, beliau patut diteruskan menjadi Menteri Penerangan pada kabinet baru PM ke 6 walaupun ‘nakhoda’ kapal akan bertukar dan hala pelayaran mungkin tidak sama dengan arah tuju kapal sekarang Mac hadapan.
Salam dan jumpa lagi.
Blog Menteri Penerangan boleh dilayari di sini :
http://notashabery.com/shabery/?p=160
Tambahan : Evolusi logo logo RTM dari dulu hingga sekarang..

