Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

Memaparkan catatan dengan label TV3. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TV3. Papar semua catatan

04 September 2010

SURAT TERBUKA KEPADA TV3 ISU IKLAN RAYA 2010 YANG BOLEH MEROSAKKAN AKIDAH KITA

  1. IKLAN RAYA TV3 2010 YANG MENDAPAT KECAMAN BERBAGAI PIHAK SEPERTI BLOGGER GAP dengan tajuk IKLAN TV3 TARIK BALIK, MAHAGURU58 ( TV3's Blasphemous Eid ul Fitr's Ad ~ Which Idiot approved this insulting message? ) PERLU DIHENTIKAN SERTA MERTA!
  2. ISU INI BARU TIMBUL 2 SEPTEMBER LALU (MENGIKUT CARIAN GOOGLE) DI BLOG DAN SAYUGIA IA DIHENTIKAN SERTA MERTA. KERANA JELAS IA DICEMARI UNSUR MELIBERALKAN AGAMA DAN TIDAK HARUS DITAYANGKAN KEPADA UMAT ISLAM DI MALAYSIA.
  3. HASRAT UNTUK MEWUJUDKAN ELEMEN 1MALAYSIA GAGAL DITERJEMAHKAN DENGAN BAIK DALAM IKLAN TERSEBUT SEHINGGA MENAMPAKKAN UNSUR 1AGAMA /PLURALISME YANG SANGAT JELAS.
  4. MENTERI PENERANGAN PERLU CAMPUR TANGAN ISU INI SEBELUM KECAMAN DEMI KECAMAN AKAN BERTAMBAH DAN MEMBURUKKAN NAMA BAIK NEGARA. CEO TV3 JUGA DIHARAP MEMBACA TULISAN-TULISAN YANG DIBUAT OLEH BLOGGER UNTUK MENJAGA NAMA BAIK TV3 SELAMA INI..
  5. SEBAB SEBAB IA PERLU DIHENTIKAN BOLEH BACA TULISAN BLOGGER2 BERTAJUK :-



UNTUK MEMUDAHKAN ANDA MAKA PANGLIMA TELAH SALIN KEMBALI TULISAN LAMAN SHARINGINFOZ TENTANG IKLAN TERSEBUT SEPERTI DI BAWAH.


Pernah tak anda tengok iklan raya TV3 2010 yang terbaru? Ianya sudah dikecam hebat kerana ada unsur-unsur krismas. Tajuk iklan tu adalah Sinari Lebaran, Keindahan Dalam Kemeriahan. Oklah sedikit ringkasan.

Iklan tu bermula dengan dengan seorang budak sedang membaca buku di dalam sebuah rumah.

Adalah gambar sebuah beca dalam buku tu. Tiba-tiba buku itu mengeluarkan sinaran dan bersinarlah gambar beca tu. Sinaran itu macam magik le keluar ke luar rumah dan muncul le seorang pakcik berkopiah mengajak budak itu naik beca boleh terbang tu....

Budak itu naik beca dan di dalamnya terdapat ramai lagi kanak-kanak yang diangkut oleh pakcik tu untuk dibawa berjalan-jalan.. opssss, bukan jalan terbang ya....Budak-budak memang suka le, kalau aku pun suka boleh terbang.....

Dan seterusnya mereka dibawa di suatu tempat yang asing dan indah. Memang penuh dengan imiginasi macam pelita keluar melalui kelopak bunga, bahulu yang diterbangkan dan macam-macam lagi.

Akhirnya mereka gembira untuk menyambut hari raya secara futuristic tetapi mempunyai elemen-elemen kerjasama dan juga kuih muih yang tradisional.

Ramai di laman facebook tak setuju dengan iklan ni dan sesetengah daripada mereka mengesyorkan agar iklan ni dikeluarkan. Bukannya apa taakut rosak akidah lebih-lebih lagi dengan raya aidilfitri.

Memanglah tak dinafikan yang banyak unsur-unsur yang tak masuk akal atau logik dalam TV sekarang tapi rasanya tak perlu le ditambah oleh masyarakat Islam. Apa pandangan anda semua. Nak tahu lebih lanjut boleh tengok kat
sini.




P/S : BINI PANGLIMA JUGA BERFIKIR SAMA DENGAN TULISAN BLOGGER DI ATAS... MAKNANYA DARI SEMUA PERINGKAT MESEJ YANG KELUAR DI FIKIRAN KITA IALAH ELEMEN AGAMA LAIN DENGAN SENGAJA TELAH DICAMPUR ADUKKAN UNTUK IKLAH HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN INI...

21 Januari 2009

TV3 masih mantap dan RTM semakin hebat !!

 
   

Saya masih belum melihat dengan teliti perkembangan terkini RTM yang dikata sudah semakin baik persembahan dan juga semakin jelas perubahan yang dilakukan di bawah Menteri Penerangan yang begitu efisyen, Datuk Shabree Chik.

 



Beliau yang pernah menjadi jaguh kerajaan kerana berani berbahas dengan pemimpin de facto Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim tahun lepas, sehingga mendapat pujian ramai, sekali lagi   berjaya mengubah tanggapan bahawa stesen RTM di bahawa seliaan Kementerian Penerangannya,  tidak berdaya maju dan sering menjadi bahan ketawa orang.

 



Kesungguhan mengubah tanggapan tersebut telah disaksikan sendiri oleh saya yang sedang menaip artikel ini sambil melihat warta jam 9 edisi terkini yang disifatkan oleh sesetengah pengkritik sebagai tidak patriotik kerana waktu siarannya selepas warta Mandarin..

 



Ramai juga mengkritik perubahan tersebut dan saya memilih berdiam diri ketika meneliti komen mereka kerana tidak lagi melihat dengan tepat apa sebenarnya yang telah diubah dan ditukar oleh RTM sehinggalah saat saat ini.

 



Akhirnya…..



 

Wow !!!

 



Itulah perkataan yang dapat saya tulis di sini bagi menggambarkan bagaimana reaksi spontan saya melihat paparan berita yang semakin sofistikated dan canggih dengan kemudahan bahasa isyarat yang menjadi ‘trade mark’ ulung RTM sejak sekian lama.

 



Ia begitu unik dan tidak dapat ditandingi walau oleh stesen swasta seperti TV3.

 



Mereka yang mengkritik sebenarnya tidak merasa perasaan tok tok lebai atau jemaah masjid atau pekerja swasta yang biasanya lewat sampai di rumah. Mereka juga dahagakan informasi terkini dan siaran jam 9 ini sangat tepat pada waktunya.

 



Golongan ini akan dapat mengikuti segala maklumat dan hebahan kerajaan menerusi siaran berita dan ia sangat bertepatan dengan tugas RTM sebagai media perantara antara rakyat dan kerajaan. Tidak mustahil jurang perbezaan pendapat antara kerajaan dan rakyat dapat didekatkan dengan usaha mengubah waktu siaran berita RTM 1 ini…

 



Apa guna berita disajikan sedangkan rakyat tidak sepenuhnya melihat kandungan berita tersebut ekoran saingan hebat di stesen tv yang lain ? Mungkin ia antara punca ramai rakyat negara kita kurang memahami isu isu semasa atau isu lapuk yang menggangu sokongan mereka kepada kerajaan kita.

 



Saya sendiri sekarang ini mendapat peluang seimbang samada untuk menonton berita di TV3 atau menonton kandungan berita di RTM1 selepas penetapan waktu baru siaran berita tersebut. Sebelum ini saya lebih memilih untuk melihat TV3 memandangkan mereka lebih ke hadapan dan menarik dari aspek penyampaian berita. Apatah lagi  kedua stesen tersebut  bersiaran serentak pada waktu yang sama.

 



Kini saya sudah tidak lagi tersepit di antara kehendak menonton berita gaya swasta dan menonton ulasan berita gaya kerajaan kerana kedua dua mereka mempunyai kelebihan dan kekurangan masing masing.. Rakyat lain tentu merasa dengan perasaan yang sama kerana mereka juga tentu tidak lagi serba salah antara memilih stesen kerajaan atau stesen swasta.

 



Syabas kepada Datuk Shabery Chik yang sentiasa 'berani berubah' dan bagi saya, beliau patut diteruskan menjadi Menteri Penerangan pada kabinet baru PM ke 6 walaupun ‘nakhoda’ kapal akan bertukar dan hala pelayaran mungkin tidak sama dengan arah tuju kapal sekarang Mac hadapan.



 

Orang yang pandai berkhidmat  ( YB : Yang Berkhidmat ) patut disokong oleh rakyat !!!

  



Salam dan jumpa lagi.

 



Blog Menteri Penerangan boleh dilayari di sini :



 http://notashabery.com/shabery/?p=160



Tambahan : Evolusi logo logo RTM dari dulu hingga sekarang..


 

  

 



Cari Blog Ini

Translate