Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

Memaparkan catatan dengan label agama politik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label agama politik. Papar semua catatan

06 Ogos 2010

Video Seks Ariel Dengan Bunga Lestari pun wujud ?

Tajuk di atas antara tajuk di sebuah laman hiburan. Panglima sengaja menggunakan tajuk seumpanya di atas selepas mendapati hiburan adalah pilihan utama pemuda pemudi di mana sahaja di dunia.

Tidak kira Malaysia, Indonesia atau lain lain negara.

Ia juga tidak mengira Islam, Kristian atau Hindu dan Buddha. Semua terkena 'jerat percintaan' berkaitan hiburan.

Topik seperti kisah skandal seks artis menjadi pilihan Google dan Yahoo... Termasuk Ariel Peterpan yang sudah digelar Raja Seks Indonesia.

Ada laman mengatakan lebih 32 gadis jelita dikaitkan dengan Ariel Peterpan (di sini)

Pendek kata tulisan tentang masa depan negara, isu ekonomi, isu ancaman keselamatan dan juga ancaman agama Islam tidak menjadi pilihan utama menu 'santapan minda' mereka.

Jarang sangat pemuda pemudi yang berminat mengikuti isu isu politik kecuali segelintir pimpinan persatuan pelajar atau mereka yang sedar tugas mereka MEMERANGI MUSUH AGAMA BANGSA DAN NEGARA !

Maka itu, Panglima merasakan elok juga diulas sekali sekala isu isu hiburan dengan memasukkan elemen lain yang bersesuaian seperti agama, politik, sains, ekonomi dan sejarah.

Menariknya laman hiburan juga turut memuatkan tulisan tentang Imam Muda terbitan Astro Oasis seperti di link ini http://beautifulnara.com/

juara imam muda


Sebelum pergi mari kita baca tulisan Blogger Aspirasi Bangsa yang mendedahkan Permaisuri Agong telah dimalukan Pakatan Rakyat di negeri Selangor apabila tidak ada sambutan selayaknya diberi kepada Raja Permaisuri Agong ( klik sini )

Juga tentang cubaan menyebar agama Kristian di bandar Shah Alam kawasan Khalid Gereja (gelar kawan blogger saya) di sini http://malaysiaheaven.blogspot.com

Sudah jelas ramai pihak tidak menjadi ahli politik dihina Pakatan Rakyat ini seperti Mufti dan Raja kita termasuklah Raja Permaisuri Agong !!!

Lihat berita tentang isu penghinaan Kerajaan Negeri Selangor terhadap Raja Permaisuri Agong
yang disiar oleh Malaysiakini di sini http://www.malaysiakini.com/news/139325.



Istana Negara menafikan bahawa keberangkatan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah ke majlis Islamic Song Festival di Shah Alam pada 4 Julai lalu atas sebab-sebab peribadi.



Istana Negara dalam kenyataan, lewat petang semalam berkata keberangkatan Tuanku Nur Zahirah ke majlis itu merupakan acara rasmi baginda.



NONE"Pentadbiran Istana Negara ingin menasihati pihak yang terlibat dalam perkara ini supaya tidak mengulangi perkara seperti itu dan sentiasa berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan yang mungkin boleh disalahtafsirkan oleh rakyat," kata kenyataan itu di Kuala Lumpur.


Pada Isnin lalu, akhbar The Malay Mailtelah mengeluarkan laporan bertajuk "Being Frank: Selangor's Royal Snub, Date with the Queen" dan satu lagi artikel "It was not a royal snub" keluaran Selasa, yang telah mendapat perhatian Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Tuanku Nur Zahirah.


Laporan itu "It was not a royal snub" menyatakan bahawa kerajaan Selangor mendakwa Tuanku Nur Zahirah menghadiri majlis anjuran Pelancongan Selangor itu atas kapasiti peribadi di mana beberapa pemimpin penting kerajaan negeri itu tidak hadir.


Laporan itu juga menyebut ketidakcekapan kerajaan negeri menganjurkan acara itu telah memalukan Tuanku Nur Zahriah kerana tidak kehadiran pentadbir utama negeri termasuk Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyambut ketibaan Baginda.

NONE
Majlis itu hanya dihadiri oleh kurang darpada 200 orang dalam Stadium Tertutup Malawati di Shah Alam yang mempunyai kapasiti 5,000 penonton dan kegagalan kerajaan negeri memaklumkan kepada Sultan Selangor mengenai kehadiran Baginda pada majlis itu.


Istana Negara mendapati mesyuarat persediaan menyambut keberangkatan Baginda ke majlis itu diadakan melibatkan pihak Istana Negara, penganjur serta jabatan dan agensi kerajaan negeri yang terdiri daripada Pejabat Menteri Besar Selangor, Bahagian Khidmat Pengurusan SUK, Bahagian Protokol SUK dan Tourism Selangor dan dipengerusikan oleh Pengurus Besar Tourism Selangor.


"Istana negara juga menolak laporan yang menyatakan Baginda meninggalkan majlis lebih awal daripada yang dijadualkan, pada hal sebenarnya pihak penganjur telah dimaklumkan terlebih dahulu bahawa Baginda tidak akan menyertai majlis santapan selepas konsert tersebut," kata kenyataan itu.





Psssst :cuba lihat gambat YDP Agong dan Permaisuri di atas dan dibawah. Jelas Malaysiakini tidak sensitif dengan gambar dan tidak mustahil gambar rendah kualitinya diguna secara tidak langsung untuk 'menghina' YDP Agong dan Permaisuri !

Gambar yang dirakam bersama mantan PM Tun Abdullah jelas boleh dilihat perbezaannya yang sangat ketara antara gambar Malaysiakini dan gambar saya perolehi dari Google Image di bawahnya. Sedangkan lokasi dan waktunya dirakam adalah sama.



26 Jun 2010

Tahniah Kepada Ulama Wahabi Yang Sudah Menjadi Ahli Parti !

  1. Pertama sekali sekalung tahniah kepada gerombolan ( pinjam ayat Tukar Tiub ) yang sudah pun diterima menjadi ahli parti UMNO beberapa jam tadi. Meskipun saya membantah keras ura ura mereka menyertai UMNO namun tugas saya menyampaikan ingatan dan pandangan tentang baik dan buruk mereka diterima sebagai ahli parti sudah dilaksanakan dan keputusan yang dibuat tentu ada strategi dan pendekatan tersendiri.
  2. Menyorot sejarah silam kita masih ingat lagi pada tahun 1974 semasa zaman Ayahanda DS Najib para ulama telah bangkit menyokong agar perpaduan dikuatkan sesama Islam terutama kalangan ahli politik kerajaan dan pembangkang. Hasilnya 12 tahun kerajaan Perikatan sebagai bukti Melayu Islam boleh bersatu.
  3. Seakan sejarah kembali berulang dan adakah ini detik permulaan kepada penyatuan umat Melayu Islam di negara kita ? Adakah fikrah Wahabi yang dimuat turun dalam kepala ahli agama (bagi saya bukan ulama) yang menyertai UMNO ini boleh membantu menguatkan perpaduan Melayu atau semakin memecah belahkannya ?
  4. Untuk menjelaskan perkara ini baik kita kaji satu persatu mula dari A - Z agar tidak ada yang akan keliru. Mohon maaf saya bukan penulis yang baik tetapi saya suka menghasilkan tulisan dari apa yang terlintas di fikiran berdasarkan fakta bukan perasaan atau sebab perasan.
  5. Dalam entri Utusan Malaysia di sini Dr Fadlan Mohd Othman Pensyarah UKM telah menyerahkan borang permohonan menjadi ahli mewakili 39 yang lain. Dua anak bekas Mufti Perlis iaitu Fathul Bari dan Khairi menyertai majlis masuk UMNO tersebut. Kisah Fathul Bari yang pernah ditahan mengajar tanpa tauliah akan diulas kemudian. Menariknya majoriti yang menyertai UMNO adalah berasal dari Kelantan seperti laporan Malaysiakini di sini
  6. Untuk info Fadlan Mohd Othman adalah spesis sama dengan Asri iaitu 'peminat' Wahabi seperti bukti di blog beliau di sini yang membela tokoh Muhammad Abd Wahab sebagai reformis agama untuk memurnikan akidah. Beliau juga telah menjadi panel dalam rancangan Hello Malaysia di Astro seperti laporan blog beliau di sini
  7. Carian selanjutnya saya menemui fakta sangat bahaya iaitu pemikiran beliau ibubapa Nabi Muhammad s.a.w adalah kafir dan tidak beriman klik sini Ternyata biadap sungguh golongan yang hanya pandai memutar belit pendapat Imam Nawawi demi menjustifikasikan pendapat Bin Baaz dan Ibnu Taimiyah. Dalam rencana 'Jangan sakiti Rasulullah s.a.w ' tulisan Panel Penyelidikan Yayasan Sofa (di sini) dan disiar di kebanyakan blog Ahlu Sunnah Wal Jamaah menjelaskan bahawa ibubapa Baginda s.a.w beriman dan mustahil Nabi lahir dari keturunan yang musyrik !
  8. Asri pernah juga menyentuh isu Maulid yang diamalkan IJMAK ULAMA warisan dari Syiah http://wargamarhaen.blogspot.com/2010/02/perarakan-maulud-nabi-warisan-syiah-dr.html dan bukti beliau suka angkat pendapat tidak popular kalangan Ulama untuk jadi popular ada diulas Korban Demokrasi di sini http://korban-demokrasi.blogspot.com/2010/02/asri-wahhabi-dan-maulid.html
  9. Apa lagi kita mahu dari ulama pro wahabi ini ? sekali lagi saya ulangi bahawa UMNO akan cepat pupus dengan menerima Ulama fahaman Wahabi ini kecuali mereka dikawal dan tidak dibenar menyebarkan fikrah mereka dalam UMNO atau Kerajaan. Ini pendirian saya dan ini kata kata yang MUKTAMAD !!!

Cari Blog Ini

Translate