YDP Blogger Pembela Negara (BPN) Malaysia / Chief Blogger Of National Defence
Translate
Video Pilihan
23 Ogos 2010
Akhirnya Presiden Mahasiswa Universiti Multimedia menghantar 'kebenaran' kepada Panglima !
Ugutan Presiden Pelajar MMU mahu saman Panglima !
Panqlima : Untuk pengetahuan Mr Gavin Panglima menyiarkan email yang dihantar dengan harapan memohon jawapan tentang isu yang disiarkan.... Namun ia tidak berlaku seperti yang dikehendaki oleh Panglima sebaliknya ugutan saman yang hadir.
Justeru itu perkara ini boleh dijernihkan apabila ada jawapan balas tentang tuduhan atau fitnah atau mungkin ia satu kebenaran selepas pihak terbabit menjelaskannya di sini.
Panglima tidak menyangka Presiden pelajara sebuah universiti hebat di Malaysia akan bersikap emosional seperti ini.
Ini boleh menjatuhkan reputasi saudara sebagai Presiden dan juga tempat saudara belajar sekarang !
Harap jika benar-benar saman terhadap Panglima ingin diteruskan maka kita jumpa di Mahkamah nanti !!!
Berani kerana benar, takut kerana salah.
Sebagai Blogger Pembela Negara, tugas kami adalah memastikan hala tuju negara tidak tersasar...
kita tidak mahu kes keruntuhan moral pemimpin pelapis negara didiamkan dan pemimpin yang ada salah laku perlu disingkirkan dengan baik atau secara paksa.
Tidak kira samada mereka beragama Islam, Budhha atau Kristian....
Sila tarik balik ugutan 'kebudak-budakan' ini atau lebih banyak lagi akan disiarkan !!!!
Fikir dulu sebelum 'buang'
p/s : hp Panglima masalah bateri. Sebarang sms akan dibaca kemudian dan sebarang panggilan tidak akan dilayan. SMS only.TQ