Dalam Sinar Harian semalam ditulis :
Tarikh : December 23, 2011SHAH ALAM – Seluruh anggota Pas diingatkan supaya mengikut haluan dan hala tuju parti serta cara perjalanannya yang tersendiri, berlandaskan Islam secara feqah dan bukan hanya berpaksikan semangat tanpa ilmu dan fahaman sahaja.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, sesiapa yang berlagak pandai dan menganggap dirinya paling bijak dalam Pas pasti tersungkur serta menjadi mangsa serigala politik musuh.
Menurutnya, setiap ahli seharusnya menyedari bahawa tindakan bersendirian dengan membelakangkan parti pasti akan gagal namun Pas tetap selamat dan menjadi parti Islam yang makin gagah perkasa.
“Seluruh ahli Pas wajib bertambah yakin bersama perjuangan di atas bahtera parti dengan setiap pengalamannya walaupun tidak diberi hak yang adil, inilah sifatnya perjuangan Islam.
“Pas telah berjaya menghadapi semua pengalaman di sepanjang perjuangannya sejak ditubuhkan, sama ada secara bersendirian, bersefahaman dengan kerajaan, pembangkang dan NGO, Islam atau kalangan bukan Islam,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
http://www.sinarharian.com.my/
Cuma adakah benar ini kenyataan Haji Hadi atau ia kenyataan yang ditulis pihak tertentu untuk hentam Dr Hassan Ali?
Jika benar maka jelaslah PAS sudah tersepit celah kangkang kafir harbi DAP yang masih belum menarik penentangannya terhadap Negara Islam berbeza dengan UMNO yang mengisytiharkan terang-terangan bahawa Malaysia ialah negara Islam.
PAS sudah mati semangat Islamnya selepas bersahabat dengan DAP!
