Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

09 Oktober 2008

Pak Lah ditakdirkan berhenti kerana desakan bekas Presiden parti sendiri

Semalam selepas mesyuarat BN, Pak Lah mengumumkan tidak akan bertanding sebagai Presiden. Penggal kedua ( jika dikira 4 tahun satu penggal ) adalah penggal terakhir yang tidak sampai ke akhir penggal ( tahun ke 8 ). Sedangkan agenda Pak Lah masih banyak lagi yang belum dilaksanakan dengan jayanya.

Semua sedar banyak perubahan telah dan akan dilaksanakan beliau. Kesungguhan menjalankan amanah sebagai PM meskipun diuji dengan penderitaan isteri Endon yang meninggal akhirnya kerana kanser payudara, memang menambahkan ketabahan Pak Lah. Hingga kadang kadang keletihan menjadikan beliau terlena di pentas utama hadapan mata rakyat.

Manusia jika tidak suka akan kata macam macam. Bahkan bekas 'boss' beliau turut sama mengkritik dengan begitu lantang terhadap kepimpinannya.

Apakah jika Najib gagal baru rakyat akan dapat menilai kepimpinan Pak Lah ? apakah Najib bersedia menjadi 'boneka' Tun Mahathir dan konco konconya demi kepentingan mereka ?

Terkini Tun Mahathir sangat gembira dengan pengumuman Pak Lah akan berundur dan katanya Muhyidin gandingan yang sesuai untuk Najib. Mahathir mungkin masih ingin campur tangan dalam urusan negara dengan memberi tekanan kepada Najib agar mengambil Muhyidin sedangkan Najib sudah matang untuk memilih sesiapa yang dirasakannya sesuai dan layak.

Jika Muhyidin - calon pilihan Tun Mahathir - dapat disingkirkan melalui Zahid Hamidi atau Mohamad Taib, ia akan menjad 'balasan' team Pak Lah terhadap kelantangan Muhyidin yang jelas tanpa berkias lagi mahukan peralihan dilaksanakan segera. Suara yang sama dilaungkan anak Tun Mahathir, Mukhriz.

Jadi, kita akan menanti apakah akan terjadi pemilihan nanti. Samada sesuatu keajaiban akan berlaku hingga ada yang akan 'terkorban' dari jawatan tinggi parti ?

Nasihat saya kepada Tun Mahathir, berhentilah mencampuri utusan negara jika tidak mahu jasa jasa anda memerintah Malaysia padam di ingatan kami semua....

Selamat bersidang untuk semua perwakilan dan pilihlah calon yang mencari redha Tuhan.

17 ulasan:

sumandak bayu berkata...

Sumandak tak rasa sangat Tun tu nak masuk (campur+tolak+bahagi+darab) urusan negara sangat-sangat..

Apa yang TUN buat adalah untuk melihat kepada keinginan dan aspirasi segelintir rakyat yang nak nampak NEGARA ini perlukan perubahan....

Kita cuma dapat mendoakan agar pemimpin yang bakal jadi PM berusaha untuk menyatukan semula ahli di bawah BN dan cari betul-betul 'penasihat' agar mimpi yang jahat ni tidak berulang lagi....

Tun akan berdiam diri apabila melihat negara ini dah mula bersatu kerana TUN masih bertanggungjawab untuk pastikan kita hidup aman dan damai. INILAH tanggungjawab seorang PEMIMPIN dah turun tetap aktif dan peka dalam isu negara.....

LU PIKIRLAH SANDIRI.....bukan nak angkat kaki TUN tapi realiti kehidupan kita yang bergelar RAKYAT MALAYSIA YANG BERTANGGUNGJAWAB DAN BERJUANG DEMI NEGARA.

Azam Abd Rahman berkata...

SOAL MENDESAK PAK LAH UNDURKAN DIRI BUKANLAH HANYA DARI TDM SEMATA-MATA. INI SEBENARNYA DESAKAN RAKYAT CUMA RAKYAT MARHAIN SUARANYA TIDAK DIDENGAR.

SECARA PERIBADI SAYA SANGAT GEMBIRA ATAS PENGNDURAN PAK LAH DARI KERUSI PRESIDEN UMNO DAN PM KERANA BELIAU TERNYATA GAGAL DALAM PENTADBIRANYA DAN BELIAU HILANG KAWALAN.

PAK LAH GAGAL MENGHALANG CAMPURTANGAN KELUARGA TERUTAMA KHAIRI. DAN RAKYAT MELIHAT BAGAIMANA KHAIRI MEMANIPULASIKAN KEADAANNYA. TERLALU BANYAK UNTUK DIPERKATAKAN; ECM LIBRA SATU CONTOH. SELAIN ITU KHAIRI TIDAK DISENANGI KERANA SIKAP BELIAU YANG SERING MELAMPAU. BELIAU JUGA DILIHAT DILUAR KAWALAN.

KELEMAHAN PAK LAH MENYEBABKAN BANYAK PIHAK BERANI MENCABAR. LIHAT APA BANGSA ASING LAKUKAN TERADAP KEPIMPINAN MELAYU? HINDRAF TIDAK AKAN SEBERANI INI DIZAMAN TDM, TERESA KOK TAK AKAN BERANI BERKOKOK BEGINI. SEMUANYA KERANA KEPIMPINAN YANG LEMAH.

KITA HARUS TAHU MEMBEZAKAN ANTARA BERTOLAK ANSUR DAN MENGIKUT TELUNJUK. ANTARA KERAS KEPALA DAN TEGAS.

DSN PATUT MENGANGKAT TDM SEBAGAI PENASIHAT PARTI KERANA TDM ADALAH SEORANG NEGARAWAN ULUNG. MALAYSIA TIDAK AKAN MEMILIKI SEORANG LAGI PM SEPERTI TDM SEKURANG-KURANGNYA DALAM MASA 50 TAHUN.

SELAGI TUHAN MENGANUGERAHKAN USIA KEPADA BELIAU, SEHARUSNYALAH KITA BERSYUKUR KEPADA ALLAH KERANA MAMBERIKAN KESEMPATAN KEPADA KITA MENDAPAT NASIHAT DAN TUNJUK AJAR DARI TDM.

PIKIR-PIKIRKANLAH DENGAN WARAS. TDM TELAH MEMBAWA KITA JAUH KEHADAPAN.

Ipoh Marley berkata...

sudahlah PANGLIMA PERANG CYBER tak perlulah salahkn TUN..sebenarnya PAK LALALA perlu letak jawatan bukan skrg tp sepatutnya lagi awal..sememangnya keadaan parti UMNO semakin teruk..perubahan yang dilakukan sebenarnya mendatangkan kemudaratan kepada negara..lihat la segala mslah yg berlaku skrg ni dgn ANWAR,HINDRAF,MASLAH KAUM,MINYAK,KEGAWATAN GLOBAL,MAJLIS PEGUAM semuanya memerlukan seorang pemimpin yg kuat dan matang..xpernah sejak 1969 kecoh masalah kaum berbangkit spt skang kerana PAK LAH x dpt mngawal negara jika ianya berterusan maka PANGLIMA PERANG CYBER kena la bertempur..saudara PANGLIMA barangkali kurang mengerti erti perjuagan parti UMNO..sbb 2 la saudara beria2 mempertahankan PAK LAH@saudara berasal dari PULAU PINANG jajahan CINA DAP..terima la knyataan bahawa PAK LAH MERUPAKAN BAPAK KEHANCURAN MALAYSIA..ALHAMDULILLAH

Panglima Perang Cyber berkata...

saya bukan nak salahkan Tun, cuma analisa ada menyatakan kekalahan teruk BN ada disebut juga disebabkan Tun.

Mungkin penyanjung Tun tidak suka komen tersebut sebagaimana penyanjung Pak Lah tidak suka Pak Lah dikaitkan dengan campur tangan khairy.

Saya setuju jika Tun diangkat sebagai penasihat tetapi sekarang sudah terlambat.

Bayangkan kena hentam teruk pun Pak Lah tak buang jawatan penasihat Tun dan anak Tun.

Rasanya jarang orang sangat berkuasa macam AAB kena kutuk kaw kaw tapi biarkan pengutuknya tanpa dilucutkan jawatan.

Harap pengganti Pak Lah akan lebih baik. Atau kita akan melihat suasana makin buruk.

Buruk2 Pak Lah pun banyak jasa dia utk agama dan bangsa kita dengan projek JQAF yg dijalankan seluruh negara dan Koridor 2 di negeri melayu miskin..

yg lain LU FIKIR LAH sendiri seperti biodiesel, jelapang makanan@pertanian adalah perniagaan.

Harap 5 tahun kerja kuat Pak Lah akan dikenang rakyat jelata.

Beliau adalah PM terbaik bagi saya yang sangat sabar dan cekal.

Jika Pak Lah gila kuasa, tak ada peluang langsung orang lain nak naik.. tapi tidak.

salam

Sutera Timur berkata...

Rakyat Malayia bukan bahlol tak tahu nak bezakan seorg pemimpin itu layak atau tidak untuk jadi pemimpin,malah peluang dah diberi secukupnya kpd dollah untuk memerintah dgn meng besar dalm PRU Ke12 sebelum ini .Tapi apa dah jadi dgn keadaan negara kita. Dollah sebenarnya tak tahu memerintah,oleh itu janganlah nak salahkan lantai tak rata pulak kalau tak tahu menari kata org tuatua.Anda tak tahu lagi ke TUN M telah menjadi warisan negara.Kalau tak mahu dengar nasihat TUN nak dengar nasihat siapa?Anuar Ibrahim ??????ke?Jadilah org yg tahu mengenang budi.Kalau bukan TUN yg memerintah dulu jamin ke negara akan berada dlm kedaan spt sekarang.Baru 5 tahun Dollah memerintah negara seakan nak kena jual.Bukan semua org boleh jadi pemimpin spt kata TUN tukg lawak dan tukg karut bolehla.....kita diberi akal untuk berfikir gunakan sebaik-baiknya supaya dapat dimanafaatkan untuk kebaikan semua ........

Sila layari sutera-timur@yahoo.com

Cheguman berkata...

Saya tidak nampak yg Panglima perlu dihenyak dan diperlekehkan kerana artikal ini. Beliau hanya menyatakan faktanya. Tanpa mengambil kira kelemahan Paklah, adakah kita dapat nafikan terdapat semacam satu pakatan bagi menggulingkan Paklah. Saya amat berharap agar selepas Paklah meletakkan jawatan secara rasmi, satu bedah siasat yang benar2 jujur dibuat bagi mengenalpasti kekalahan BN dalam PRU12.

Bedah siasat sebelum ini pun tak begitu jujur kerana mereka takut jika hal sebenar didedahkan Paklah akan kembali diterima oleh akar umbi.

Akar umbi? Sehingga kini ibu bapa dan mertua saya di kampung belum mengisi sebarang borang survey atau ditanya pendirian mereka.

Saya mengalu-alukan keputusan Paklah tetapi bukan dengan gembira. Cuma jika memang itu pilihan rakyat, buat lah...

Ingat, apapun implikasinya, kita akan tanggung sama-sama.

4D KTM berkata...

thanks Pak Lah kerana mendengar keluhan dan tuntutan rakyat..Tun thanks for your support selama ni but pls jgn hentam sgt..buat bincang secara tertutup...we all know you are the respect one...anyway harap DSN akan membawa kembali perpaduan dlm UMNO and BN..insyaallah..

Ipoh Marley berkata...

benar mmg ada projek yg bagus dan berjaya kerana amat bangang la kepada seorang perdana menteri jika x mencapai apa2 dlm eranya..
tp bagaimana pula dgn ISLAM HADHARI yg dilaungkan dgn KUAT dan berakhir dgn SUNYI???sejauh mana implikasinya n kesannya??

klu benar sgala KORIDOR yg di katakan dimanakah buktinya..setakat bercakap n bercakap..mungkin yg yg benar hanya KORIDOR ISKANDAR yg lain semuanya omong kosong..duit telah keluar tp apa yg dpt kita lihat perkembangannya sejak dilancarkan semalam kut..

jd xperlulah crita ttg projek ini dan itu spt tuan empunya blog sampaikan krn akan membuka lebih byk permaslahan yg berlaku dalam perlaksanaan projek2 tersebut..

dan xperlu la kita menyalahkan orang lain atas kejatuhan p.lah kerana kita byk mencari kesalahan org lain dari mencari kesalahn yg telah dilakukan sendiri.

kebenaran telah terbukti akhirnya..wasalam

Panglima Perang Cyber berkata...

Boleh tak saya katakan orang iri hati dengan pak lah dalam Umno menjadikan kata kata pembangkang sebagai alasan tolak pak lah turun ?

apa komen sahabat semua ?

Realitinya orang terlalu baik dan lurus sukar berada dalam politik yang dipenuhi mereka yang bernafsu syahwat dunia.

Jadi, berundur diri cara orang beriman dari terus berebut bangkai dunia.

Tengok Tun Mahathir ambik masa 5 tahun baru berundur selepas 1998...

Pak Lah dikutuk mula 2005 oleh bekas PM iaitu Tun Mahathir dan tak sampai 5 tahun bersedia berundur...

Ingat juga sahabat Nabi ditikam oleh munafik walaupun beberapa tahun menjadi Khalifah.

Seperti saidina Usman r.a dan saidina Ali.

Kerana ketika itu ramai munafik ingin merebut jawatan selepas peninggalan Rasulullah s.a.w.

Sakitnya ialah kena tikam dari belakang...bukan dari depan.

tengok di sini kisah sirah nabi dan sahabat bagaimana khalifah dibunuh dan diperdaya oleh munafik dalam agama..

http://www.epondok.com.my/index.php?p=bannerbulanan/pramadhan.php

Ipoh Marley berkata...

Apa pn tq untuk bertukar2 pendapat dan ia menunjukkan panglima benar2 menyanjungi keperibadian p.lah..

ibarat bau busuk pn akan dikatakan wangi.

jadi cukup la kita mencritakan ttg pemimpin yg akan bersara MAC ni..biarkan la yg buruk atau baik dinilai melalui persepsi sndiri melalui kajian.

harap slps ni perbykkan lg penulisan@idea2 tuk perkuatkan dan menyatupadukn UMNO dari mencari kesalahan org lain..

membujur lalu melintang patah

Ipoh Marley berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Ipoh Marley berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Panglima Perang Cyber berkata...

Tak apalah jika begitu komen HADI...

kita bebas berbicara mengikut persepsi kita..

cuma mengingati satu sama lain juga kena diamalkan sentiasa...

terima atau tidak bukan tugas kita atau saya..

WAZAKKIR FAINNAZIKRA TANFA'UL MUKMININ

- dan peringatkanlah kerana peringatan itu memberi manfaat kepada orang beriman... - al quran

sumandak bayu berkata...

PAK LAH or TUN adalah pemimpin AGUNG kita sebagai rakyat MALAYSIA... Setiap insan di bumi ni ada kelebihan dan kelemahan....

Sekarang kalo nak bertelaga sesama kita dah tak sesuai baik lagi kita fikirkan macam mana nak baiki keadaaan politik negara.....

Sekurang-kurangnya kita tak ada kuasa tapi kita ada idea yang boleh sedarkan bakal pemimpin negara yang akan menerajui kepimpinan negara ini. LU PIKIRLAH SANDIRI BRO

wokyoh berkata...

salam datok panglima .

molek benar nasihat demo kepada tun supaya tidak mencampuri urusan negara setelah 22 tahun mencampuri urusan negara.....siapa demo untuk kata macam tu ???

demo sorang tak ingat jasa dia pun tak apa...ramai lagi orang yang akan mengenang TDM...

bro,paklah tak serang atau hentam tun sebab ada sebab...kenapa halang tun untuk ke perhimpunan agung umno yang lepas???...tun sorang...paklah dan menteri kabinet serta MT kan ramai...takut sangat ke??? ajaklah orang tua TDM tu untuk berdebat secara terbuka kalau berani bila bila masa dan dimana saja......jika paklah dipihak yang benar? baru kawe dan rakyat lain boleh menilai siapa yang lebih ada akal dan siapa yang dungu bebal.

bestro22 berkata...

Saya sokong sangatlah Pak Lah berundur demi kemajuan negara.Bukannya apa, tiada apa-apa kemajuan pun yang dapat kita lihat sepanjang kepimpinannya melainkan ekonomi negara yang kian merosot ditambah pula harga barang yang naik.Minyak contohnya, masa naik naik macam ribut punya lah cepat dan tinggi bukan main tapi bila part nak turun macam semut je. Harga barangan pun apa lagi liku sama dan nak turun pun macam semut gak. Bajet 2009 yang diumumkan pun tak banyak membantu kecuali pasukan polis je yang banyak untung sebab banyak dapat peruntukkan dan elaun bertambah. Negara kita ni pun dah jadi macam negara polis je dah nampaknya....sana sini roblock tak sudah sudah sampai nak pergi kerja pun payah sebab jalan jem.

Tanpa Nama berkata...

Pak Lah upgrade polis salah.

Pencuri banyak kerajaan disalah.

Gua Pening la bro....

Cari Blog Ini

Translate