Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

13 November 2008

Nizar MB Perak buat hal lagi dengan Utusan Malaysia !

Tentu Utusan Melayu (nama asal Utusan Malaysia ) akan dikritik lagi ekoran penyiaran berita tentang tindakan MB Perak yang saya tengok sangat lemah menjaga emosinya.

Beliau tidak bolehlah disalahkan sepenuhnya kerana saya tahu kekurangan pengalaman menjadi ketua Kerajaan Negeri mengekang prestasi cemerlang beliau selama lebih kurang 8 bulan menjawat jawatan Menteri Besar.

Namun itu bukan alasan kerana Pakatan Rakyat telah bersetuju dengan perlantikannya...

Jika beginilah rupa calon terbaik PR untuk jawatan MB Perak, rasanya kita patut soal kembali adakah cukup atau tidak pemimpin berkelayakan mengisi ruang kosong Parti Pakatan Rakyat ?

Jika tidak kita sebenarnya menunggu kehancuran jika amanah dan urusan diserahkan kepada bukan ahlinya..

Kesian juga kepada Pakatan Rakyat kerana ramai penyokong mereka telah termakan dakyah bahawa Utusan itu talibarut Umno. Sedangkan Utusan pernah dibaca oleh kita dalam sejarah menegakkan prinsip hingga ramai penulis telah ditangkap oleh kerajaan BN sendiri...

walaupun semakin marah dengan kelantangan Utusan Melayu yang sangat kritikal dengan nama Pakatan Rakyat. MB Nizar tidak patut memberi contoh tidak baik kepada lain terutama ahli bawahan PAS.

Namun selepas sekian lama MB Nizar semakin gagal emosinya. Jika berterusan saya khuatir akan ada orang perlu dihantar ke Tanjung Rambutan.

Memang patut kerana Pakatan Rakyat bercita cita besar ingin menggantikan Barisan Nasional dan tentunya segala aspek dalam dan luaran mereka perlu dianalisa serta didedahkan kepada rakyat.

Penulisan berfakta Utusan tentu tidak sama dengan Malaysia Today yang sekadar menggunakan akauan sumpah bernilai RM4 untuk menyokong dakwaan palsu mereka.


Lihat komen pro PR di TKO ( Tranung Kite Online ) tentang membincangkan isu ini... Memang hangat sehingga telah melebihi 10 'page' di sana....




Namun ada juga komen forummer di TKO yang mendakwa Utusan patut diterajang serta dihalau..



Lihat gambar ini di atas atau pergi sendiri ke sana dengan klik di sini.


Saya katakan palsu kerana sehingga kini tidak ada lagi bukti kukuh hingga kini tuduhan palsu mereka yang ingin menjatuhkan sesiapa sahaja pemimpin dari Barisan Nasional selaku saingan tunggal pakatan yang telah terbukti menjaga negara kita dari sejak awal merdeka.

Mujurlah satu persatu sokongan diberikan kepada Utusan Melayu termasuk juga kenyataan hari ini di dalam berita Utusan tentang sokongan padu Majlis Veteran Umno Kelantan ( lihat sini )

Lagi sokongan yang telah diterima ialah dari Umno Sabah, Puteri Umno Kedah, Pemuda UMNO Malaysia sendiri.


Bagi yang tidak sempat membaca berita tersebut, macam ni sebenarnya :


IPOH 12 Nov. - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaludin hari ini bertindak di luar dugaan apabila memaksa jurugambar Utusan Malaysia menyerahkan kamera dan memadamkan gambarnya yang diambil ketika penyerahan surat tuntutan maaf daripada seorang peguam.

Kejadian berlaku semasa sesi rehat sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di dewan makan Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini apabila jurugambar, Mohd. Najib Mohd. Nor, 28, merakamkan gambar Mohammad Nizar menerima surat tuntutan maaf daripada peguam Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali.



Surat itu disampaikan oleh wakil firma guaman Shafee & Co. menuntut Menteri Besar menarik balik tuduhannya bahawa Mohd. Tajol Rosli terlibat dalam konspirasi politik membabitkan penangkapan dua Exco kerajaan negeri ini oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) pada Ogos lalu.

Dalam kejadian itu, jurugambar Utusan Malaysia telah diherdik dan diminta keluar dengan berkata ''Go.. go..".

Selepas meminta Mohd. Najib keluar, Mohammad Nizar kemudian dengan memanggil semula Mohd. Najib.

''Woi, mari sini. Saya nak memory card kamera tu," katanya.

Mohd. Najib bagaimanapun enggan menyerahkan kad tersebut tetapi bersedia memadamkan gambar yang diambilnya itu di depan Mohammad Nizar.

Bagaimanapun, Menteri Besar itu meminta kamera untuk memastikan gambar- gambar tersebut telah dipadamkan.

Selepas membuat pemeriksaan, beliau menyerahkan kamera itu kepada Setiausaha Akhbarnya, Anuar Hashim bagi membuat pemeriksaan lanjut.

Tidak lama selepas itu, barulah kamera berkenaan diserahkan semula kepada Mohd. Najib.

Mohammad Nizar kemudian bertanya lagi kepada jurugambar itu ''Siapa beri keizinan ambil gambar ini? Awak dari mana?"

Wakil syarikat guaman Shafee & Co. itu kemudiannya diminta menyerahkan surat tuntutan tersebut di pejabat Menteri Besar.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nizar malu tu..orang bersalah tentu gelisah jer.

kesian, tapi terlajak kata kena terima surat samanlah jawabnya.

kikiki

Tai berkata...

Betul kan apa yang saya kata? Bala dari tuhan yang maha esa, satu demi satu telah dihempap di atas Parti Pas yang dulunya asyik menghina, mencaci dan mengeji orang? Nah sekarang, macammana? Segala dosa itu dihempap di atas kepala mereka? Bala dari tuhan, tiada siapa yang boleh halang.

Tanpa Nama berkata...

Islam sebenar berbeza dgn islam PAS

Tai berkata...

ya sokong tu. islam sebenar tak semacam ni.

Tanpa Nama berkata...

Agama menjadi alas kaki orang politik !!!!

Jika agama dijadikan pegangan dan dijunjung tentu dah lama PAS baik baik dgn Umno.

Al-Rashid Zulkefli berkata...

aku rase nizar da bengong!!!hahaha!!!sebab kene control ngan cine perangai cam teresa n kit siang!!!
hahaha!!!
"ni bkn perkauman"

Panglima Perang Cyber berkata...

rakyat dah menyesal betul skrg...

Cari Blog Ini

Translate