Tiga didakwa rasuah
KUALA LUMPUR 22 Jan. – Tiga termasuk dua pemimpin UMNO dihadapkan ke mahkamah hari ini atas dakwaan rasuah pada pemilihan peringkat bahagian parti itu tahun lalu.
Ketiga-tiga mereka dituduh memberi suapan wang tunai bagi mendapatkan undi pada pemilihan tersebut.
Di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini seorang guru penolong kanan mengaku tidak bersalah atas tuduhan memberi rasuah RM400 kepada dua ahli parti itu bagi pemilihan ketua dan timbalan ketua UMNO bahagian Raub pada September tahun lalu.
Junaidi Abdul Hamid, 45, yang juga ahli UMNO bahagian itu didakwa melakukan perbuatan itu dengan memberikan RM200 kepada Noranizah Abd. Hamid yang juga adik iparnya di Coffee House, Tingkat 1, Hotel Grand Season di sini pada pukul 8 malam, 13 September 2008.
Wang itu dikatakan sebagai dorongan agar Noranizah mengundi Datuk Mustafar Kamal Ab. Hamid sebagai Ketua dan Datuk Abdullah Bakar sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian Raub.
Junaidi turut didakwa merasuah Adnan Samad sebanyak RM200 atas tujuan yang sama di hotel berkenaan.
Hakim Rosbiahanim Arifin membenarkan tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin RM10,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin.
Beliau menetapkan 23 Mac ini untuk sebutan semula kes itu.
Di Ipoh, seorang kontraktor yang juga Naib Ketua UMNO bahagian Beruas, Azman Noh, 42, juga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas tuduhan memberi rasuah RM300 kepada seorang ahli UMNO pada pemilihan Bahagian Beruas, Oktober tahun lalu.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu dengan memberi RM300 kepada Davad @ Daud Parman di sebuah rumah beralamat No. 10A, Kampung Sungai Ramai, Ayer Tawar pada pukul 12 malam, 11 Oktober 2008.
Azman dituduh memberikan wang itu sebagai dorongan kepada Daud supaya mengundinya untuk jawatan Naib Ketua UMNO Bahagian Beruas, Abd Manaf Hashim bagi jawatan Ketua UMNO Bahagian Beruas dan Azhar Ahmad bagi jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Beruas pada pemilihan yang berlangsung 12 Oktober 2008.
Azman yang mengaku tidak bersalah dibebaskan dengan ikat jamin RM6,000 oleh seorang penjamin dan kesnya akan dibicarakan dari 1 hingga 3 Jun depan.
Sementara di Melaka, Ketua UMNO cawangan Panchor, Alor Gajah, Johari Ibrahim dihadapkan ke Mahkamah Sesyen kerana dituduh memberi rasuah sebanyak RM200 kepada salah seorang perwakilan parti itu.
Johari, 46, yang juga Ahli Jawatankuasa UMNO bahagian Alor Gajah didakwa memberi suapan wang tunai RM200 kepada Nadiah Roslan di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Selandar, kira-kira pukul 12 tengah hari, 1 November lalu.
Tertuduh didakwa melakukan per buatan itu sebagai dorongan kepada Nadiah untuk mengundi calon ketua bahagian Alor Gajah, Datuk Abdul Kadir Daud.
Johari juga mengaku tidak bersalah dan mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan perbicaraan mulai 18 Mei ini.
KOMEN SAYA :
Unsur tidak sihat memang wujud walau tindakan tegas dibuat. Namun jika dibiarkan pasti barah ini akan menjalar ke seluruh tubuh badan dan tidak mustahil jika didiamkan, satu tubuh akan menemui 'ajal'
Mendaki hieraki politik melalui lorong 'gelap' dan 'curam' seperti ini bukan kaedah orang Islam yang beriman.
Ia satu tindakan bagi memenuhi kehendak syahwat dan juga mencari nama serta glamour sahaja..
Yang benar benar berkhidmat pasti tidak memerlukan sokongan berasaskan wang kerana ia tidak diajar oleh agama Islam atau mana mana agama sekalipun.
Biar malu tetapi yang penting hayati sabda Nabi :
Jika anakku fatimah binti muhammad mencuri, pasti aku akan potong tangannya....
Keadilan tidak mengira sesiapa dan wajar sekali parti UMNO dibersihkan dari unsur tidak sihat ini dengan segera..
Syabas dan tahniah kepada SPRM dan moga jangan ada lagi yang terlepas tak kira sekecil kecil hingga ke sebesar besar yang menggadai nasib kita dengan perbuatan rasuah wang mereka.
3 ulasan:
Terima kaseh Pak Lah yang membawa perubahan kepada Umno dalam membenteras rasuah politik dan politik wang.
Umno dan lepas ni sam-sama kita tgk Pekatan Rakyat pulak.
Rasanya mereka tak berani. Kalau berani 3Exco Perak pasti di pecat. begitu juga dgn Mat Sabu, mesti di rejam.
ya~ dan x kira siapa~
salah tetap salah~
malah jika hudud dilaksanakan pon,
SPRM xkan disalahkan kerana 'pemberontakan' mereka adalah terhadap pemimpin yang x adil..
Allahuakbar.
yang bagus kita kena sokong...
yang buruk kita kena 'potong'...
Catat Ulasan