Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

31 Mac 2009

Edisi Petang : MB Perak Dr Zamry main hujan ? ~ Malaysiakini

Sumber Perak Bangkit

Dr Zambry Abd Kadir adalah Pemimpin Berjiwa Rakyat


30 Mac 2009 - PEMIMPIN BERJIWA RAKYAT....

Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir meredah hujan lebat untuk berjumpa dan meluangkan masa bermesra dengan lebih 50 ahli Silat Gayong Malaysia yang hadir membuat persembahan semasa program beliau bersama rakyat di Taman Kaya, Taiping pada Ahad.

Beliau mengambil keputusan untuk berhujan bersama ahli-ahli silat itu apabila melihat mereka basah kuyup menanti ketibaan beliau pada pukul 3.30 petang ketika hujan masih lebat.

Mungkin ini adalah cara beliau mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli silat itu yang terdiri daripada kalangan kanak-kanak hinggalah dewasa yang sanggup meneruskan persembahan walaupun dalam keadaan hujan lebat.

Semasa ucapannya, Dr Zambry berkata permintaan penduduk kaum India di Taman Kaya yang mahu supaya sebuah sekolah Tamil dibina telah beliau bawa kepada pengetahuan Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishamuddin Husein.

Katanya Hishamuddin telah memberikan jawapan yang positif kepada permintaaan beliau itu dan berharap sekolah itu dapat dibina di kawasan perumahan tersebut tidak lama lagi.

Beliau juga berkata kerajaan negeri akan menwujudkan Rancangan Perkampungan Tersusun di setiap daerah bagi membantu bekas-bekas tentera mendapat lot rumah.

"Kita akan pastikan semua bekas tentera akan mendapat lot rumah sebagai tanda terima kasih kita kepada pengorbanan mereka dalam mempertahankan negara," katanya.

Semasa program sama, Dr Zambry juga menerima borang keahlian UMNO baru daripada penduduk Taman Kaya.

Program adalah anjuran bersama Persatuan Seni Silat Gayung Malaysia, Cawangan Pokok Assam, Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Larut, Matang, Selama, Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia, Rukun Tetangga Taman Kaya, Larut Tin, Pokok Assam, Moi Thai dan Changkat Jering dan Persatuan Anak Perak Bangkit.




TAMBAHAN :

SEKEJAP TADI SAYA ADA MEMBUAT SEBARAN AM KEPADA SAHABAT BPN DI YAHOO MESSENGER.

MEMANDANGKAN TAKUT ADA GENG BPN TIDAK ONLINE ATAU TIDAK RETI YAHOO MESSENGER ATAU TIDAK ADA EMAIL SAYA MAKA SAYA ULANG BALIK MESEJ TERSEBUT DI SINI..

salam...esok saya bercadang nak tinjau jika ada blog tidak memenuhi syarat syarat ini  Syarat menjadi Ahli BPN atau Penyokong BPN : 

- Siarkan Logo, resolusi terbaru, Pautan Ahli BPN dan juga Chatroll BPN seperti yang ada di sini sebelum memaklumkan kepada saya atau mana mana blogger bpn untuk diproses keahlian mereka dan dimasukkan ke dalam senarai..

- Logo mesti berada di ruang atas blog dan list blogger bpn mesti tidak dicampur dengan blogger bukan ahli BPN.                                     jika ada saya akan gugurkan dari senarai BPN dan akan dimasukkan balik selepas syarat tersebut dipenuhi...maaf jika ia menyusahkan sahabat2 semua.

Edisi Pagi : Pkr Jerai dibubar - satu lagi tamparan hebat kepada DSAI ~ Malaysiakini

Cerita 1

Pagi ini saya menerima mesej dari sahabat kita PasMuda tentang grafik Logo BPN yang semakin menarik dengan tambahan flash pada tulisan sekeliling logo tersebut.

Untuk makluman logo sebelum ini pun PasMuda yang telah menambahkan tulisan sekeliling logo dan kali ini beliau telah menghasilkan tulisan bergerak / flash di logo BPN tersebut.

Saya harap anda dapat jenguk logo tersebut di sini untuk perhatian dan komen sahabat BPN semua. Harap anda dapat berikan pandangan bernas anda di ruang komen di bawah ini.

Terima kasih.


Cerita 2

Parpu dan Gomo serta Faisalrohban akan ke Bukit Gantang. Mereka akan bersama sama pejuang yang lain di sana untuk tujuan membuat liputan pilihanraya yang akan diadakan. Pemergian mereka telah diatur oleh seseorang dan sesiapa berminat boleh hubungi saya atau antara mereka bertiga bagi urusan penginapan dan kemudahan2 lain.

Selain itu, rakan bpn yang sudah berada di Bukit Gantang atau Selambau atau Batang Ai bolehlah menghantar gambar atau video atau cerita dari sana untuk disebarkan oleh team bpn. Memandangkan ramai antara kita sibuk bekerja maka bantuan bahan bahan tersebut oleh petugas parti atau jentera pilihanraya tempatan amatlah dialu-alukan.  Setakat ini saudara sekupangdua banyak menghulurkan info kepada kita.



Cerita 3

Perisik-Rakyat hari ni cuba menggambarkan UMNO/ BN semakin terdesak hingga memanggil budak PLKN untuk membantu. Dia juga cuba menggambarkan UMNO/BN bergolak. Kesian budak ni. Mentaliti kebudak budakan begitu jelas. Sah dah tak ada idea betul diorang ni. Rasa macam mereka ni jenis blogger yang tidak ada isu dan tak ada intelektualiti untuk menulis dan memberi fakta sebenar kepada rakyat. 

Percaya atau tidak mereka ini asyik asyik dengan andaian, khabar angin sebagai asas penulisan. Kalau macam nilah caranya maka kita akan bertukar dari fakta kepada persepsi/andaian/ agak agak serta khabar angin sebagai rujukan utam kita. Jika anda rasa dapat tahan muntah boleh lah ke blog pencacai upahan PR di sini http://perisik-rakyat.com/2009/03/umnobn-bukit-gantang-bergolak.html


Cerita 4

Semalam di chatroll Apaingelai ada memberitahu PKR Jerai sudah runtuh, mereka telah keluar beramai ramai tidak puas hati terhadap parti mereka PKR. Hari ini saya menemui berita sahihnya. Punca mereka keluar parti kerana mereka merasakan sudah diperdaya dan akhirnya PKR bahagian Jerai tersebut sudah roboh. Berita mengenainya ada di sini oleh Mstar Online. Jelas semakin hari semakin roboh PKR dan tidak mustahil ia akan tinggal menjadi batu nisan sahaja tidak lama lagi selepas ini.


Cerita 5

Blog rasmi BPN untuk PRK Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai sudah siap dibina oleh saya semalam. Ia akan dikendalikan oleh beberapa admin iaitu TaipingMali, YeopPerak ApaiNgelai dan saya sendiri.  Lebih ramai admin lebih baik untuk pastikan blog rasmi kita tersebut dapat dikemaskini setiap detik bagi memudahkan ramai orang mendapatkan maklumat tentang PRK di dua bukit satu batang tersebut dengan pantas dan jelas. 

Anda boleh lihat blog tersebut di sini http://kempen-3prk-bpn.blogspot.com/




Itu sahajalah dulu untuk edisi pagi ini.. Panjang umur lapang masa saya update lagi. 


Chow dulu !

30 Mac 2009

Edisi Petang : Rakyat Malaysia Menolak Sistem Beraja ~ Malaysiakini

Cerita 1

Petang ni bekalan internet streamyx baru pulih. Tidak pasti apa masalahnya cuma ia memang mendatangkan masalah kepada saya walaupun ia masalah yang jarang berlaku sebenarnya.

Semalam sempat belayar sekejap guna internet jiran belakang rumah dan saya tidak lama kerana sudah lewat malam. Sempat berchat dengan parpu kumbang dan beberapa blogger bpn yang lain. Walaupun semalam saya sempat sambil berziarah untuk mengemaskini blog menggunakan smartphone. Kerana cuaca dan liputan Celcom yang begitu luas dan pantas.

Semalam memang benar benar menjadi hari bersejarah kerana program merapatkan ukhwah sesama saudara a.k.a ziarah berjaya dengan 4 buah rumah dilawati, semuanya buat kali pertama dalam hidup selepas sekian lama berhajat melawat mereka.Alhamdulillah.

Biasa melayari internet dengan kelajuan 1 mbps ibarat memandu Mercedes dengan kelajuan 190 km/j dan apabila berlaku kerosakan / gangguan talian streamyx saya terpaksa menukar kepada broadband Maxis yang begitu lembab..Ibarat seolah olah bertukar kepada kelajuan lebih rendah 286 kbps atau macam naik kancil 850cc dengan kelajuan 80 km/j.

Apa rasanya ? Memang menyeksakan...



Cerita 2

Sekejap tadi ada komen masuk tulis tak setuju dengan sistem Raja di negara kita di sini. Nick nama Froggy tulis :

aku cume nk bgtau kt sini aku cume menentang konsep beraja di malaysia..yg langsung x menyumbang kepade gaji aku tiap2 hari..

Ingat dah tak ada lagi nak sentuh isu Raja kita ni lepas hari tu 13 Mac 2009 dah ada 6 orang didakwa di mahkamah. Siap menangis lagi. Namun tak sangka masih ada yang cuba cuba barangkali menjolok sarang tebuan. Orang bukan Melayu barangkali mamat ni. Sebab tak ada rakyat Raja akan derhaka dan tulis kasar serta biadap macam tu...Sila lihat komen tersebut klik di sini



Cerita 3

Dah dengar kisah Nizar cuba berceramah di masjid Simpang? Kesian. Dia tak sempat habiskan kempennya di sana. Dia telah berjaya dihalang Pengerusi Masjid tersebut.Berita lanjut lihat berita Mstar sini

Semalam juga rahsia Nizar sudah terbongkar di mana beliau sudah terjaga dari tidurnya dan tidak lagi menggunakan status Menteri Besar di dalam borang pencalonan. Alhamdulillah ! Akhirnya kenyataan tetap menjadi kenyataan walau pahit untuk ditelan....


Cerita 4

Bekas Ketua Wanita UMNO Kak Fidah (panggilan mesra) tetap hadir berkempen walau baru sahaja kehilangan jawatan yang sudah berbelas tahun tahun disandangnya. Ia mengharukan saya dan harap ramai bekas bekas yang menjadi ketua dulu turut mengikut langkah penuh semangat beliau demi memastikan kemenangan UMNO kali ini..Berita penuh klik sini




Cerita 5

Berita hangat malam ini Ezam akan membelasah Anwar di Bukit Selambau seperti mana makluman GAP di sini. Jika saudara/i ada di sana, jangan lupa dengar ceramah beliau dan beberapa bekas PKR yang pasti hangat..

Juga komen saudara AbangTuah ( klik sini ) berkenaan kenyataan Mukhriz yang disifatkan sangat mulia di sini. Alhamdulillah nampaknya blogger Pro KJ seperti Abang Tuah sudah dapat menerima Mukhriz bahkan memujinya... perpaduan ini tentunya adalah hasil perpaduan Tun M dan Pak Lah seperti yang kita saksikan dua hari lepas.



Moga pro KJ atau Khir atau Mukhriz kembali merapatkan saf dan menutup keretakan agar perpaduan Melayu Muslim akan semakin jitu dan kukuh selepas bertahun kita bergaduh dan hampir hampir runtuh !!!!

Walaupun ada juga cubaan nakal tetap mengatakan perubahan UMNO yang berjaya kembali bersatu hati semasa persidangan lepas, tidak akan memberi kesan di Bukit Gantang seperti laporan Malaysiakini di sini

Itu sahaja 5 cerita untuk edisi petang ini...

Moga kita akan berusaha lebih gigih demi membina agama bangsa dan negara kita dengan mendapat limpah perkenan Tuhan Maha Esa..

29 Mac 2009

Edisi Khas : Gambar Perpaduan Melayu UMNO dan Komen Blogger BPN ~ Malaysiakini



[pic+tun.jpg]
                             

KEHADIRAN Tun Dr. Mahathi Mohamad pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO semalam memeranjatkan para perwakilan. Beliau yang mulanya duduk di kerusi pemerhati di tingkat atas Dewan Merdeka PWTC kemudiannya naik ke pentas utama sejurus selepas Najib Tun Razak selesai berucap. Di atas pentas, beliau, Najib dan Abdullah Ahmad Badawi saling berpegangan dan menjulang tangan yang secara spontan menerima tepukan gemuruh para perwakilan.




Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berganding tangan dengan Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak (kanan) dan timbalan presiden parti Tan Sri Muhyiddin Yassin (kiri) selepas mengadakan sidang media sempena Perhimpunan Agung UMNO 2008 yang berakhir hari ini di PWTC hari ini.



Diharap semua pembaca termasuk Blogger BPN khususnya dapat tuliskan komen anda di bawah ini sebagai satu tanda sokongan kita kepada perpaduan yang telah dijalinkan oleh para pemimpin pemimpin di atas. Kerana ia adalah matlamat utama BPN untuk menjana perpaduan sesama kita.


Edisi Ahad : Dugaan BPN dan berita terkini Calon Bukit Gantang / Selambau - Malaysiakini

Pagi ini calon bukit gantang dan selambau telah disahkan dan saya mendapat makluman dari saudara sekupangdua.even menerusi sms yang didahului panggilan telefon sebelumnya.Di mana tiga calon akan bertanding pada pilihan raya itu yang akan berlangsung 7 April ini.Serta 15 penjuru
pula di Bukit Selambau.

Pertandingan tiga penjuru tersebut melibatkan parti Barisan Nasional (BN), Pas dan wakil Bebas.

BN diwakili oleh Ismail Saffian, 48; Pas, Datuk Seri Ir. Mohammad Niza

Di Bukit Selambau pertandingan melibatkan 15 penjuru dan senarainya seperti di bawah:

1. Datuk S. Ganesan (Barisan Nasional)

2. S. Manikumar (Parti Keadilan Rakyat)

3. Husaini Yaakob (Bebas)

4. T. Chandrarajan (Bebas)

5. Mejar (B) Anuar Abd. Hamid (Bebas)

6. M. Venason (Bebas)

7. Abdul Rahim Abu (Bebas)

8. S. Moganakumar (Bebas)

9. Mohd. Fazil Abd. Wahab (Bebas)

10. Radzi Md. Lazim (Bebas)

11. R. Loganathan (Bebas)

12. L. Sarala (Bebas)

13. A. Jayagopal (Bebas)

14. Tan Hock Huat (Bebas)

15. Khamis Awang (Bebas)


Harapnya penderhaka Raja akan dimakan sumpah perbuatannya dan dikuburkan oleh pengundi di sana.Serta tiga PRK ini akan dimenangi oleh pemimpin baru kita demi mengalahkan mereka yang sudah gagal menghalang peralihan kuasa secara terhormat.

Pagi ini juga buat kali kedua saya menggunakan hp P1i Sony Ericsson yang belum pun satu perempat dijelaskan hutangnya, walaupun sahabat saya tidak kisah atau mendesak sebenarnya.

Pagi ini ramai sahabat BPN baru mengetahui kisah perang BPN dan BNM di mana sasaran mereka tiga buah blog iaitu parpu, garamanis dan faisalrohban.Khabarnya Rm 5 juta akan disaman kepada mereka bertiga atas dakwaan menyebarkan fitnah. Seperti dakwaan di blog Albanjari Online.

Yang saya nampak ialah pendedahan berani mereka bertiga sahabat bpn yang menggoyang kedudukan team merek bnm. Ye lah, siapa suka jika dirinya difitnah begitu rupa sebagaiman yang dibuat oleh BNM terhadap BPN sebelum ini hingga habis orang tidak berdosa turut terkena.Siap dengan no IC dan no Kereta dan saman trafik. Macam kisah Imam Ramlan Poringi yang kena tindakan sama sebelum dia naik pentas PKR malam pengundia PRK Permatang Pauh .

Pagi ini juga kita melihar sinar perpaduan telah terpampang di dada2 akhbar di mana dua mantan Presiden Umno iaitu Tun M dan Pak Lah telah berjabat tangan dan kembali menjalin hubungan akrab. .Sementara semalam gambar Tan Sri Muhyidin mencium tangan Pak Lah telah disiarkan muka hadapan akhbar Utusan Malaysia.

Paling menarik ikrar Tan Sri Muhyidin yang benar benar jujur dan ikhlas untuk tetap Setia seperti mana Ds Najib lakukan kepad Pak Lah dan Pak Lah kepada Tun M.

Ahhh, kepala berdenyut2 pagi ni tak tahu kenapa.saya mohon berehat dulu. Apa2 komen sila tinggalkan di bawah.

Semoga dalam kita menjadikan blog sebagai medium perjuangan kita janganlah sampai melanggar undang2 atau mengaibkan orang.Pastinya kita kena jaga etika sebagai warga Malaysia apatah lagi sebagai seorang Islam.Kerana itulah juga Etika BPN selaku team paling digeruni oleh pembangkang setakat ini.

Hidup BPN! Hidup Melayu! Hidup Islam!

28 Mac 2009

Edisi Pagi : Nik Aziz celupar kata perokok sama seperti haiwan ~ Malaysiakini



Salam perjuangan !

semalam nik aziz mencarut lagi. kata rokok membahayakan.walhal rokok tidak sama dengan arak dari segi agama. kerana ia haram mendatang bukan haram secara asal zatnya..

arak setitik haram. tetapi ramai silap faham rokok seperti arak. Mereka fikir sedut haram dan gelapkan hati. walhal ia tidak sebegitu. bahkan cukai rokok paling besar menyumbang kepada negara. dan petani melayu penanam tembakau itulah yang meraih hasil daripadanya.

nik aziz lupa banyak benda besar dan jelas lagi haram yang mereka sedang lakukan. Nak saya perinci satu persatu ? di bawah beberapa perkara yang saya sempat tulis memandangkan masa tidak mengizinkan.

- letak gelaran tok guru dan merosakkannya.
orang semua tahu biasanya tok guru gelaran mulia. tapi tok guru ciptaan pas ini tak semulia gelarannya. orang mulia tak akan kata Allah pun samseng atau gedebe. atau tuhan mencarut. biasanya orang ada pondok baru layak dipanggil tok guru. tapi kenapa nik aziz digelar tok guru ? adakah dia layak dipanggil tok guru ? orang buta hati mungkin tak kisah barangkali.....

- pakai pakaian nabi tapi membawa akhlak musuh nabi
siapa tak tahu musuh nabi ? yer, setan atau nama panjangnya syaitan. nik aziz tak sepatutnya kutuk orang berpakaian sunnah merokok sedangkan dirinya memakai gelaran ulama, pakaian macam ulama  tetapi menolak perpaduan diwujudkan sesama islam dan mengutuk orang hingga ke tahap menyakiti hati yang dikutuknya. Bukankah Nabi berjaya satukan hati hati orang Islam atas iman ? sehingga mereka bersatu padu di Madinah hingga menguasai 2/3 dunia ?

- gila kuasa
siapa tak tahu dia sudah hampir 20 tahun jadi mb ? bila nak berhenti ? semua tahu bagaimana kelantan bawah pentadbirannya ! walau kita tidak nafikan ada juga kebaikan tetapi pembangunan sepenuhnya tetap tidak sampai di sana kerana berlainan parti antara federal dengan state yang mengganggu urusan pembangunan kerajaan negeri.

- syok sendiri
nik aziz tidak sedar kubur kata mari rumah kata pergi. dia masih lagi merasakan kelantan adalah nik aziz dan nik aziz adalah kelantan. siapa tolak dia seperti mahu pas kalah di sana.betul ke macam tu ?

Itu saja, kawan kawan tambahkan lagi di bawah....

Sekarang, hanya blogger sahaja boleh komen di blog saya. Mungkin ada pandangan anda berbeza sila penuhkan kotak komen tidak bertapis di bawah.

Bye dulu, mahu keluar sarapan pagi jap.



27 Mac 2009

Edisi Pagi : Tahniah untuk Presiden DS Najib, TS Muhyidin dan seluruh ketua yang bakal memimpin ~ Malaysiakini


gambar Blog Pilihan Anda


Keputusan Pemilihan UMNO 2008-2011


Pengerusi Tetap
Datuk Paduka Badruddin Amiruldin – 2272 undi

Timbalan Pengerusi Tetap
Datuk Mohamad Haji Aziz

Presiden
Datuk Sri Mohd Najib Tun Razak (Menang tanpa bertanding)

Timbalan Presiden
Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin – 1575 undi

Naib Presiden
1. Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi – 1592 undi
2. Datuk Seri Hishammuddin Hussein – 1515 undi
3. Datuk Seri Mohd Shafie Apdal – 1445 undi

Ahli Majlis Tertinggi
1. Datuk Mustapa Mohamad – 2259 undi
2. Datuk Noh Omar – 2084 undi
3. Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman – 2084 undi
4. Datuk Azian Osman – 2060 undi
5. Datuk Zainal Abidin Osman – 2054 undi
6. Datuk Ir. Mohd Zin Mohamed – 1854 undi
7. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob – 1838 undi
8. Datuk Seri Panglima Lajim Ukin – 1804 undi
9. Datuk Shaziman Abu Mansor – 1705 undi
10. Dr. Mohd. Puad Zarkashi – 1700 undi
11. Datuk Tajuddin Abdul Rahman – 1685 undi
12. Datuk Idris Haron – 1658 undi
13. Datuk Dr. Abd Latiff Ahmad – 1624 undi
14. Datuk Seri Jamaludin Mohd Jarjis – 1622 undi
15. Datuk Saifuddin Abdullah – 1619 undi
16. Datuk Dr. Norraesah Mohamad – 1611 undi
17. Datuk Seri Mahdzir Khalid – 1580 undi
18. Datuk Ahmad Husni Mohd Hanadzlah – 1529 undi
19. Datuk Hamzah Zainuddin – 1518 undi
20. Datuk Bung Mokhtar Radin – 1517 undi
21. Datuk Dr. Awang Adek Hussin – 1481 undi
22. Datuk Seri Zulhasnan Rafique – 1431 undi
23. Datuk Ahmad Shabery Cheek – 1377 undi
24. Datuk Seri Idris Jusoh – 1275 undi
25. Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim – 1265 undi

Maklumat tambahan :

Kalah Timbalan Presiden UMNO
Muhd Taib mendapat 916 undi.

Kecundang Naib Presiden:
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin - 1,397
Datuk Seri Rais Yatim - 491
Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad - 432
Datuk Syed Hamid Syed Jaafar Albar - 410
Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik - 192

Tewas MKT:
Menteri Pelancongan, Datuk Azalina Othman Said
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Noraini Ahmad
Timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd Johari Baharum
Timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Hasan Malek.

Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman
Menteri Besar Pahang Datuk Adnan Yaakob
Menteri Besar Perlis Datuk Seri Md Isa Sabu
Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan.


sumber : Blog AmirHamzah64




Sedikit Peringatan :



Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat. ( Surah An-Nisaa ayat 58 )



Ayat ini turun semasa Nabi bercadang untuk menyerahkan kunci Kaabah yang dijaga oleh “penjaga turun temurun” (sejak zaman jahiliyyah lagi) kepada penjaga lain yang baru. Allah menyuruh Nabi s.a.w. memulangkan kepada penjaganya yang asal.



Hadith Nabi s.a.w. tentang amanah:



Tidak sempurna iman


  • Tidak sempurna iman bagi orang yang tidak beramanah dan tidak diterima sembahyang orang yang tidak bersuci dan tidak sempurna agama, orang yang tidak diterima sembahyangnya” (Riwayat At-Tabrani).“
  • Tidak sempurna iman bagi orang yang tidak beramanah dan tidak sempurna agama bagi orang yang tidak menepati janji” (Riwayat Ahmad).
  • Tiada iman pada orang yang tidak beramanah” (Riwayat Ahmad)



MOGA SEMUA DAPAT MENJALANKAN AMANAH DENGAN BAIK DAN JUJUR DEMI AGAMA BANGSA DAN NEGARA KITA..


TAHNIAH KEPADA SEMUA YANG MENANG !!!!

26 Mac 2009

Edisi Pagi : Tiga Pendekar Baru untuk Tiga Perang demi Tiga Kemenangan ~ Malaysiakini






gambar : blog pilihan anda Desperado 
Exco Multimedia BPN 


Tahniah !!!

Kepada Ketua Pemuda, Ketua Puteri dan juga Ketua Wanita yang baru serta bakal Ketua Parti UMNO @ Presiden yang sudah sah jawatannya.

Perubahan yang melanda dan disahkan melalui undian perwakilan (walau ditohmah dengan politik wang ) adalah satu tanda transformasi UMNO sendiri yang sedar di mana perlu diubah dan di mana perlu dibaiki.

Jika tidak, seperti kata DS Najib - Kita perlu berubah atau kita akan rebah !

Yang menang jangan rasa terlalu bangga dan kalah jangan terasa sangat hina

Kita hanya dipilih dan yang tidak terpilih kena terima masanya belum tiba untuk dirinya menggandang amanah berat memimpin umat di negara kita menerusi jawatan di dalam parti pusaka bangsa ini.. Begitu juga dengan penyokong kena sokong siapa yang jadi ketua kita sekarang samada di wanita, puteri atau pemuda sendiri.

Semalam saya difahamkan ramai menghadiri sidang chatroll BPN dan saya memohon maaf kerana tidak dapat online melalui hp kerana berada di Giant untuk urusan membeli barang keperluan memandangkan esok dan lusa saya akan keluar kawasan lagi. Tetapi saya sempat curi masa guna hp untuk chat dengan team BPN yang online seperti cheguman., yeopperak  yang melayan tetamu BPN di chatroll kita.

Pagi ini saya berchat dengan Andaksz@yahoo.com ( teman siber ) yang baru dikenali semasa debat BPN vs BNM minggu lepas. Ada juga antara yang saya baru kenali tersebut adalah rakan yang pernah dikenali menerusi blog tetapi tidak pernah berbual secara maya seperti Pu3, Pak Mie, Qasehnuryz dan lain lain. 

Hikmah besar disebalik debat tersebut ialah saya mendapat ramai teman siber baru samada pro atau opposisi melebihi seratus orang. Meskipun BNM tidak datang hantar wakil selepas dua hari kita ajak berdebat di chatroll tetapi BPN tetap dikutuk.

Apatah lagi saya digelar dengan bermacam gelaran yang saya rasa ia tidaklah seteruk yang dilontar kepada Nabi junjungan yang pernah juga digelar Gila, Ahli Sihir, Perosak Ummah dan sebagainya. Saya tahu ramai orang ucap Syahadah tetapi hati musyrik ( bercampur iman dan kufur ) hingga tidak taat pada perintah Allah sepenuhnya. Jika mereka benar pasti tidak ada kata nista akan keluar dari lidah mereka yang kononnya beriman kepada Allah ! Apatah lagi mendakwa diri pejuang agama Allah !!!!!!


Kata Andaksz - sebelum pemilihan saya pro Mukhriz. Selepas pemilihan saya pro Ketua Pemuda. Sokong siapa jadi ketua. Imej chat saya dan dia ada di atas seperti anda dapat lihat sendiri..Saya juga telah dapatkan kebenaran beliau untuk paparkan chat tersebut di posting saya pagi ini..

Apa makna kata kata Andaksz di atas ?

Ahli perjuangan UMNO yang faham dan sedar pasti akan bersikap seperti Andaksz.  Sokong siapa yang dirasakannya layak samada Mukhriz, Khir atau Khairy dan menerima sesiapa yang diputuskan sebagai penerima undi teramai demi memastikan parti terus stabil dan utuh. Bukan memboikot parti atau menimbulkan huru hara kerana calon sokongan mereka tidak diterima.

Dalam berparti konsep Wala ( patuh ) kepada Pemimpin sangat ditekankan kerana ia faktor kejayaan Nabi bersama sahabat di dalam berjuang. Lihatlah perang Uhud di mana ada antara pasukan tentera yang sengaja ingkar arahan Nabi maka kekalahan telah dialami oleh orang Islam dan dikenang sehingga kini.

Saya harapkan ramai orang berpendirian seperti Andaksz di atas dan tidak melayan perasaan dirinya sehingga melebihi perasaan sebenar yang patut dicurahkan kepada parti yang didokongnya selama ini. Ingat tiga lagi medan PRK akan kita depani tidak lama lagi dan marilah betulkan saf atau kita akan menjadi punca keruntuhan kuasa yang kita ada ini kerana kita bersengketa sesama sendiri kerana besarkan perasaan dari perjuangan membela agama bangsa dan tanah air.

Ok, itu bab UMNO dan sekali lagi saya pesan agar semua Ketua Pemuda, Ketua Puteri dan Ketua Wanita akan berusaha jadikan tiga PRK di Bukit Gantang, Batang Ai dan juga Bukit Selambau akan dimenangi UMNO sebagai bukti pertama tahap daya kepimpinan mereka dan sebagai  hadiah pertama mereka selepas dipilih oleh ahli ahli UMNO untuk UMNO juga !


Di bawah pula saya siarkan sedikit komen terkini saya dalam menjawab provokasi opposisi yang cuba naikkan kemarahan saya dan saya telah maafkan mereka demi Allah kerana Allah dan bagi Allah !!!

Satu lagi, pagi ini saya akan berada di PWTC. Sejak semalam lagi  saya harap nak hadirkan diri dan saya harap dapat bersua dengan rakan rakan blogger BPN di sana yang sudah turut serta sejak hari pertama lagi. Jika anda hadir sama jangan lupa call / sms saya nanti.


Komen tersebut sila klik di sini


Blogger Panglima Perang Cyber said...

Tak puas hati lagi ke nak kenakan dan buat saya marah ?

Moga Allah maafkan dosa dosa saudara.

Kita perlu sedar kita adalah saudara sesama agama.

Jangan dipandang saudara sebagai musuh utama.

Munafiq zaman nabi pun tak dikutuk sebagai menjaga rahsia mereka.

Hanya sahabat Huzaifah Al Yamani r.a sahaja yang menyimpan rahsianya tidak pernah kita dengar rahsia tersebut dibongkarkan beliau.

Saidina Umar r.a tahu kelebihan beliau di mana nak kenal munafiq kena periksa adakah beliau hadir atau tidak majlis pengkebumian orang tersebut.

Maknanya ?

Sifat AsSattar ( Menutup Aib ) diamalkan demi membuktikan Islam itu agama Rahmat seluruh alam.

Menyakiti hati muslim dilarang apatah lagi menfitnahnya dengan wanita, salah laku dan sebagainya.

Sedarlah saudaraku dari pihak sana!


Kepada sahabat BPN teruskan berjuang..

Akhlak kunci utama kemenangan Nabi dan kita juga akan jadikan akhlak mulia teras perjuangan untuk mencapai kemenangan menaikkan nama agama bangsa dan negara kita..

Selagi kita mengamalkan prinsip agama pasti kita akan ditolong oleh Maha Perkasa dalam perjuangan kita..


25 Mac 2009

Edisi Petang : Kenapa Nizar perlu Ditolak Di Bukit Gantang ~ Malaysiakini



1. Dia mohon derhaka kepada sultan



2. Semasa jadi MB Perak, dia jadi boneka DAP



3. Dia team Erdogan yang Pro Anwar yang sokong Zionos



4. Dia lulus tanah kepada Cina selama 999 tahun



5. Dia bukan calon pilihan Nik Aziz Nik Mat tetapi calon pilihan Ngeh Kor Ham



6. Dia bukan anak tempatan Bukit Gantang



7. Dia tamak kuasa dan enggan serah kereta Camry. Tu baru kereta



8. Dia lebih bertuankan Anwar dari PAS bermakna apa saja agenda pihak asing
 melalui Anwardia akan disokong.

9. Dia lebih suka mengajak rakyat berdemonstrasi, yang kena tangkap dan sakit siapa????



10. Datuk Harussani, mufti Perak memfatwakan Nizar adalah penderhaka. Siapa yang harus kita percaya antara DUA ni.



11. Nizar tak sesuai jadi pemimpin sebab keras kepala, macam mana kita nak tegur dia nanti???

 



 

sumber sahabat BPN : http://brokenthecode.blogspot.com

Edisi Pagi : Mari Lihat Manusia Bertopeng di Blog Panglima ~ Malaysiakini



Salam perjuangan untuk sahabat sahabat semua !

Pagi ini saya baru sahaja menukar format komen di blog saya selepas menyampah dengan kehadiran komen bertaraf sampah 'anonymous' yang ditulis oleh blogger yang terlalu risau kata kata komen mereka barangkali menjadi back fired kepada kredibilit mereka sendiri.

Jika anda berminat menukarnya sila pergi ke papan pemuka > tetapan> ulasan > pilih tetapan - pengguna berdaftar - termasuk openID....

Di sana juga anda boleh juga memilih 'Papar' di ruang ' Pautan Balik' untuk mengetahui siapa yang ada buat pautan ke blog anda dan saya juga baru menukar tetapan tersebut untuk memudahkan saya mengetahui siapa yang ada membuat pautan ke tajuk artikel terkini saya.

Pendekatan Blogger pihak sana dalam memberi komen sebagai Anon walaupun bertaraf Blogger adalah sangat saya kesalkan. Saya sendiri tidak pernah menggunakan kesempatan menggunakan komen Anonymous untuk mengutuk kerana saya sedar Allah melihat perbuatan saya di mana sahaja saya berada.



Berbanding blogger BPN yang sentiasa macho dengan komen lengkap dengan profil diri sendiri walau pun atas nama glamour seperti parpu kari, gomo, taipingmali ( antara contoh ) mereka sanggup menanggung kesan positif atau negatif atas komen yang mereka berikan.

Satu keberanian bertaraf pendekar walaupun latar belakang pendidikan mereka juga tidaklah sama tetapi sikap tersebut amatlah saya puji kerana ia tanda keberanian diri yang tinggi !!!

Syabas Bro Bro BPN dan moga kita akan semakin mara ke hadapan untuk Rakyat Malaysia dalam membela agama bangsa dan negara !!!


Demi Allah, untuk Allah dan Hanya kerana Allah.


Dengan slogan keramat kita iaitu - Satu Suara , Satu Arah dan Satu Akidah



Logo Background Putih di atas ini baru dihantar 
kepada saya  pagi ini hasil sumbangan PasMuda




P/ S : SELAMAT MEMBUAT PEMILIHAN PERWAKILAN UMNO DEMI MENENTUKAN PEMIMPIN TERBAIK YANG BOLEH MENJAGA NEGARA KITA SERTA AGAMA DAN BANGSA AGAR LEBIH HEBAT DARI HARI SEMALAM...


Pengumuman : Ahli terkini BPN saudara Pemuda Gagasan sila ziarah blog beliau di sini dan BPN akan membuat liputan dari PWTC oleh beberapa orang blogger kita selepas diberi Pas oleh Sahabat Gunung untuk tujuan tersebut.

Siapa berminat membantu membuat liputan di sana sila hubungi GOMO dengan segera !!!

Terima Kasih Sahabat Gunung atas usaha anda...

24 Mac 2009

Edisi Petang : Rahsia Hj Hadi pilih Nizar Menentang Pendapat Nik Aziz di Bukit Gantang ? ~ Malaysiakini

[sk_01_big0.jpg]

Assalamualaikum dan Salam Petang...

Saya ingin menulis isu pemilihan Nizar bekas MB ( terpendek ) Perak yang menderhaka dengan sembah derhakanya serta enggan meletak jawatan sebagai MB walau dititah oleh Raja.

Hari ke hari Nizar hanya didampingi oleh mereka mereka yang nampaknya setiakawan dengan Nizar untuk digunakan bagi mencapai matlamat mereka tanpa kita sedar hasrat mereka.


 Gambar dari Malaysian2day


Saya terfikir kenapa Nizar masih dipilih calon Bukit Gantang walau Nakhoda PAS MB Kelantan tak setuju  !

Saya dengar di Bukit Gantang gambar Nik Aziz lebih banyak dari gambar Hj Hadi.. Siapa sebenar orang no1 dalam PAS ? Nik Aziz ke atau Hj Hadi ?

Mungkin kerana Hj Hadi berniat nak bermuzakarah dan berurusan dengan kerajaan BN maka Hj Hadi telah dipinggirkan secara halus ?


gambar dari blog Tunku Aisha


Atau barangkali kerana Hj Hadi belum memberikan fatwa halal mencarut atau berbogel di dalam rumah atau fatwa fatwa lain yang menguntungkan PAS ?

Adakah kerana Nizar perlu diberi peluang untuk membuktikan sokongan rakyat ke atasnya ?

Atau Hj Hadi ingin menunjukkan kuasanya sebagai Presiden Parti mengatasi Nakhoda Nik Aziz ?

Atau kerana ingin 'menguburkan' Nizar jika kalah di Bukit Gantang tidak lama lagi ?


Nizar walau apa jua alasan sekalipun, sudah menjadi liabiliti kepada PR dan juga PAS secara khususnya...


Perbuatan menderhaka telah mencemarkan imej PAS walau cuba dihalalkan dengan apa jua cara sekalipun.


Nizar dilihat telah menjadi keldai tunggangan DAP yang menguasai jumlah kerusi di Perak.


Jadi kenapa Hj Hadi memilih Nizar ?

Adakah untuk menghangatkan hati Nik Aziz yang menentang Nizar dicalon dan juga menimbus imej Nizar jika kalah di Bukit Gantang tidak lama lagi?


Perbuatan Hj Hadi perlu dilihat seluruh aspek dan jarang orang melihatnya dari sudut itu !


Itu saja dan saya rasa andaian itu boleh dibincangkan macam biasa di ruang komen bawah ini...

Opppss ada tambahan : Fatwa Nik Aziz sudah berubah lagi dari berita terkini pro pembangkang di sini ...

Dia sudah memberi restu dan Nizar sudah boleh bertanding dengan restu Nik Aziz tersebut !

Edisi Pagi : Kembali Menulis Blog Pagi Ini


Salam semua. Pagi ini saya sudah selamat kembali ke rumah selepas 11 jam bermusafir pulang dari Terengganu. Pergi pun 11 jam sama dengan masa pulang walau pun berbeza waktu, semalam waktu malam dan hari Jumaat lepas waktu siang..

Di dalam perjalanan saya sempat melihat banyak kenderaan sedang berpusu pusu ke Kuala Lumpur. Dengan kenderaan mewah dan konvoi beramai ramai, saya jangkakan mereka ini pasti perwakilan atau pemerhati Persidangan Agung Umno yang bermula hari ini...

Ramai pelik pastinya dan tertanya tanya kenapa kerap panglima keluar kawasan sehari dua ini !

Sebenarnya panglima mendapat jemputan untuk memberi panduan dan nasihat motivasi kepada pelajar pelajar di program anjuran sahabat panglima.

Beliau sering membuat program-program untuk pelajar pelajar dan panglima sering dijemput untuk menjadi tenaga penggerak program tersebut.

Jika sebelum ini berbulan bulan lalu sahabat panglima telah pun mengajak menghadiri program anjurannya tetapi terpaksa ditolak kerana BPN kita ketika itu masih lagi di peringkat ibarat bayi yang perlu diberi sepenuh perhatian dan juga 'belaian'..


[bpn.jpg]


Namun selepas 4 bulan berlalu maka panglima merasakann sudah sampai masanya panglima memenuhi ajakan ikhlas beliau kerana BPN kita juga sudah mampu dan boleh berdiri sendiri. Tidak mengapa jika panglima keluar kawasan sekalipun - pada hemat panglima..


Dengan kekuatan hampir 100 blog yang ada dalam list blogger bpn di semua blog sahabat ahli BPN maka kita tidak risau lagi dengan tohmahan dan juga fitnah pembangkang. kerana kita mempunyai Batalion Blogger yang aktif dan aggresif di dalam mencuci kembali najis najis yang dilontar pembangkang ke arah kerajaan kita selama ini.


Jika selama ini mereka sering menguasai alam siber dengan jumlah puluhan blog dan laman pro pembangkang namun sekarang mereka sudah sedar perbuatan mereka menggunakan alam siber untuk tujuan memburukkan orang dan juga menabur fitnah / persepsi dan juga andaian tanpa asas telah pun dikacau oleh blogger BPN.. 


Mereka baru sedar ruang siber ini bukan milik mereka sahaja, dan ianya tidak lagi menjadi kawasan mutlak hak pembangkang. Apatah lagi untuk disalah gunauntuk tujuan yang saya sebutkan di atas. Kerana marah dan benci maka sebuah blog untuk mencaci blogger kita telah pun dibina untuk tujuan tersebut ( sila klik sini )


Jika diikutkan perancangan awal memang panglima tidak akan terputus dengan sambungan internet semasa pergi memenuhi ajakan menghadiri program kepada pelajar2, kerana broadband sudah dimiliki.


Namun masalah talian yang berlaku ekoran kawasan pendalaman menyukarkan panglima terus melayari internet untuk mengetahui perkembangan terkini alam siber. Kecuali line Celcom sahaja yang boleh membantu menyambungkan di mana sahaja walau jauh di ceruk desa.


Lagipun peluang mendidik generasi muda tidak wajar ditolak dan sememangnya untuk menolak ajakan sahabat baik pun tak sampai hati ! Di samping peluang mendapat sedikit pengalaman berinteraksi dengan bakal pelapis kepimpinan negara adalah satu peluang sangat menyeronokkan..


Meskipun panglima sedar tugas membanteras fitnah pembangkang dan juga hasutan mereka lebih besar juga, namun panglima merasakan perlu ada sesekali program seperti itu dihadiri oleh panglima agar peserta peserta yang terdiri dari generasi muda kita tidak akan terpedaya atau terkeliru dengan dakyah pembangkang..Sehingga mereka akan merasa tidak berbangga dengan negara kita atau merasakan kebaikan dibuat kerajaan seperti 1001 keburukan.


Walaupun ilmu tidak tinggi dan pengalaman tidaklah banyak, tetapi sedikit sebanyak yang dipelajari dan diamalkan boleh dikongsi dengan pelajar pelajar yang datang agar mereka dapat menjadi manusia berguna untuk agama bangsa dan negara.


Setakat ini sahabat2 bpn selalu call dan sms perkembangan terkini BPN kita dan terima kasih atas makluman tersebut.


Persidangan Agung Umno telah pun bermula dan panglima mengharapkan perwakilan akan memilih gandingan yang mantap antara Presiden dan Timbalan Presiden. Ramai nampaknya sukakan gandingan Muhyidin dan Najib dan pasti yang terbaik dan paling ikhlas akan menjadi pilihan perwakilan.


Jalankan kewajipan memilih pemimpin dengan akal dan hati bukan berdasarkan kepada wang yang diberi... Ingat Allah agar Allah akan menggerakkan hati kita memilih yang boleh membela agama bangsa dan negara kita ke mercu kejayaang yang lebih cemerlang gemilang dan terbilang.


Kerana penentu kestabilan Malaysia adalah parti pemerintah dan UMNO tentu sangat penting untuk diisi oleh mereka yang sedar dan insaf konsep amanah melalui jawatan untuk digunakan ke jalan Allah tanpa ada unsur unsur mencari kekayaan duniawi atau kebanggaan diri.


Itu sahaja edisi pagi ini dan edisi petang Insya Allah akan menyusul suku ketiga hari ini.


Salam hormat dan selamat berjuang !




Isu isu lain :


1. Poster biadap pembangkang menghina Sultan dan Mufti Perak

[hina2.JPG]

Jika ia dinafikan pembangkang sekalipun, sememangnya mereka tetap bencikan Mufti dan Sultan dan ternyata mereka sangat berani untuk menghina Sultan hingga sanggup menggambarkan ke tahap Murtad - keluar agama, sebagaimana dibuat oleh Blogger Ibnu Hasyim di sini :




Komen balas menarik ada di bawah tajuk tersebut ditulis oleh pemberi komen nama Talhah :

Walau apa pun yang difatwakan Di indonesia, ianya tidak boleh diguna pakai Di Malaysia.

Secara prinsipnya anda salah jika mensyaki atau membuat penyataan yang menjurus kepada DYMM Sultan Perak Murtad. Walaupun dengan tanda "?" itu. Seolah-olah nak menyuruh orang mengesyaki dan menuduh seseorang itu murtad. Memang anda tidak menyatakan secara terang tapi tindakan anda itu boleh mempengaruhi pemikiran orang lain dan seterusnya membuat pendapat sendiri bahawa Sultan Perak mungkin murtad. Ini adalah satu pekerjaan yang amat keji seperti baling batu sembunyi tangan pada pendapat saya kerana anda tidak mengunakan kaedah yang betul. Berhati hati lah kerana perbuatan ini seperti tindakan Iblis dan Syaitan yang membisik-bisik serta menimbulkan pra-sangka dan was-was dalam hati manusia. 

Sudah terang Fatwa di Indonsia tak boleh diguna pakai di MAlaysia kerana kita ini berlainan Daulah.

Harap anda hentikan perbuatan ini dan bertaubatlah.

Cari Blog Ini

Translate